Hadiah yang sesuai untuk Hari Ibu





Assalamualaikum..hai ! korang masih tercari-cari hadiah yang sesuai untuk ibu korang?ha..Za nak share  hadiah yang sesuai untuk Hari Ibu..jom baca..:)

1.Sebelum membelikan hadiah,fikirkan apakah barang yang paling ibu korang idam-idamkan   selama ni.Ha inilah masanya untuk korang belikannya..

2.Korang juga boleh sediakan kek dan adakan majlis sambutan istimewa untuknya.Pasti ibu akan tersenyum dengan kejutan korang..

3.Tak tahu nak beli apa?Bawalah ibu menonton filem kegemarannya..

4.Korang juga boleh ambil alih peranan ibu korang di dapur.Biarkan dia berehat dan korang pula yang sediakan segala hidangan istimewa untuknya.

5.Ambil peluang ini untuk membawa ibu makan malam di restoran kegemarannya.

6.Korang juga boleh hadiahkan pakej percutian untuk dua orang!Pasti ibu dan ayah akan gembira..

7.Korang juga boleh belikan sepasang baju yang cantik buatnya.Pastikan warna baju itu mengikut warna kegemarannya.

8.Tidak mempunyai bajet?Apa kata korang buat sendiri hadiah tersebut.contoh kad ucapan yang kreatif kan?Tentunya ibu korang akan lebih menghargainya..:)


p/s : bagi Za,tiap2 hari ialah Hari Ibu..i luv u mak !

2 comments:

  1. Tahun ni beli kain tuk raya kot..tahun lepas dah kasi handbeg.. ^^

    ReplyDelete
  2. Hmm.. Sebenarnya saya malu mahu bagi hadiah dengan mama saya sendiri.. Dulu, saya bagi tapi tidak diterima.. Huhu.. Mungkin hadiah yg saya bagi tu bukan barang kesukaan dia..

    ReplyDelete