Assalamualaikum..Za just nak inform yg blog pink ni akan terabai untuk seketika sebab Za dah mula bekerja..makin kurang lah cerita and tips nak bgi kat korang..huhuhu..sorry ya korang..nanti Za ada masa,tips akan diupdate.takkan lupa punyalah..and nak bagitaw jugak yg hadiah2 yang Za menang dah sampai..tapi tak sempat nak update dari GA mana sebab buat entry ni pun dalam keadaan tergesa-gesa sebab nak bersiap pi kerja..tapi sempat lah snap picture hadiah yg dapat..tq penganjur and sponsor.
P/S : Kepada pemenang yg join GA Za,maybe lambat sikit Za pos hadiah ..kena tunggu cuti..harap bersabar ye..
Tips elak jadi mangsa kekasih pisau cukur
1.BUAT MUKA KERING
-Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis,jangan termakan janji manisnya.Perempuan juga jangan cepat tersentuh hati dengan wajah yang mereka tunjukkan kerana lelaki dalam kategori ini mudah dan pandai dalam memujuk rayu.
2.KENAKAN SYARAT KETIKA KELUAR
-Berikan beberapa syarat kepada teman lelaki untuk keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada mereka dengan mengeluarkan wang sendiri.Jika dia yang mengajak keluar,biarkan teman lelaki yang mengeluarkan duit untuk berbelanja.
3.JAUHKAN DIRI
-Apabila terasa diri ditipu,cubalah belajar berjauhan daripadanya,mungkin ketika itu dia akan berasa perubahan pada diri korang.Lelaki dalam kategori ini juga tidak ikhlas dalam percintaan.
4.BERANIKAN DIRI KATAKAN 'TIDAK'
-Jika teman lelaki ingin meminjam wang dengan kerap,berikan alasan yang munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu mereka dan berani suarakan pendapat dan katakan TIDAK andai teman lelaki tidak putus-putus mengganggu urusan seharian kerana ingin meminjam wang.
5.PURA-PURA TIADA DUIT
-Wanita juga harus bijak dalam berpura-pura,terutama kepada orang lelaki yang suka meminjam duit ini.Jika diri sering kali dipergunakan untuk diminta wang,cubalah berpura-pura tidak mempunyai wang atau berikan seberapa banyak alasan seperti akaun bank ada masalah atau belum terima gaji.Mudah kan?
6.PUTUSKAN HUBUNGAN
-Nasihat juga tidak diterima dan tabiat itu masih berleluasa seperti malas bekerja hanya tahu meminta,putuskan saja hubungan dengan mereka.Jangan buat diri sendiri terjerat dengan masalah teman lelaki sehingga diri terjebak dengan konflik itu.Mungkin ada yang lebih baik menanti korang di luar sana.
Roti Gardenia yang paling sedap
Assalamualaikum..entry entah pape je kan..haha..sorry yaa..just nak share yang Za suka sangat roti gardenia inti kacang merah ni..lembut je..sedap giler tak hingat..hahaha..kalau jumpa roti ni kat kedai,wajib ambil 2 3 peket..hehe..
Duit 8Share dalam proses
Assalamualaikum..tak perasan pulak entry ni terperuk dalam draf..hehe..so,sempat publish untuk malam ni..duit 8share dah diproses..Setiap 15hb setiap bulan kot baru diorang proses cash out yang kita buat..tak sabarnyaa..haha..hari tu still belum proses..baca SINI . nak taw berapa yang Za cash out?baca SINI pulak..
P/S : Mudah-mudahan rezeki sentiasa bertambah..Amin.
P/S : Mudah-mudahan rezeki sentiasa bertambah..Amin.
Gaya potongan rambut kena ikut bentuk wajah
Assalamualaikum..korang selalu tukar gaya potongan rambut tak?kalau selalu,korang dah pastikan yang potongan rambut korang tu sesuai dengan bentuk wajah korang?ataupun korang rasa main hentam ja asalkan nampak cantik..hehe..sekarang jom semak gaya potongan rambut yang sesuai untuk bentuk muka korang..
WAJAH BERBENTUK HATI
-Wajah berbentuk hati biasanya mempunyai dagu runcing.Disertakan 'jaw-line'(rahang) yang ketara jika dibandingkan dengan bentuk wajah yang lain.Bagi korang yang memiliki wajah berbentuk begini,disarankan potongan rambut yang tidak menutup rahang.Potongan rambut pendek,panjang atau kerinting tidak menjadi persoalan tetapi dinasihatkan untuk tidak menggunakan dandanan rambut yang sarat,tinggi atau 'heavy waves'.
WAJAH BUJUR
-Wajah berbentuk bujur kebiasaannya memiliki tulang pipi berserta dagu yang menyerlah.Kelebihannya ialah apa-apa potongan boleh diaplikasikan pada orang yang memiliki bentuk wajah ini.Selalunya wajah berbentuk bujur mempunyai pakej bentuk muka yang agak panjang.Jadi,disarankan untuk tidak mengenakan potongan 'spike' yang terlalu tinggi kerana menyebabkan ketidakseimbangan pada wajah.Potongan terlalu panjang juga adalah tidak disarankan.
WAJAH BULAT
-Bentuk muka ini ialah memiliki rahang dan dagu tidak ketara,malah ia membentukkan wajah bulat yang sempurna.Kebiasaannya,korang yang berwajah bulat mempunyai pipi yang kelihatan agak 'chubby'.Dandanan rambut yang tinggi bersesuaian dengan wajah ini kerana mampu seimbangkan bentuk wajah agar menjadi lebih cantik dan menawan.Potongan rambut terlalu pendek,tidak disarankan sama sekali kerana akan menyerlahkan bentuk bulat yang ketara.Elakkan juga potongan rambut tebal di bahagian pipi kerana memberi ilusi rambut yang kelihatan sungguh sarat.
SEGI EMPAT
-Wajah yang bersegi empat memiliki sudut garisan rahang yang ketara sehingga memberi bentuk bersegi.Bentuk wajah ini mempunyai kelebaran yang sama dari hujung rambut ke hujung dahi,antara kedua-dua pipi dan rahang.Potongan rambut 'layers' sesuai diaplikasikan bagi mengurangkan kesan bersegi pada wajah.Namun,potongan lurus dan rata tidak disarankan pada wajah berbentuk ini kerana akan memberi ilusi wajah yang sangat lebar kelihatan semakin ketara.
Pemenang Giveaway 5 Hari je
Assalamualaikum..Pertama sekali nak mintak maaf sebab lambat umumkan pemenang..Sibuk sampai tak sempat nak update blog..huhu..sorry ya..ok..korang dah sedia maklum yang Giveaway 5 Hari je dah tamat secara rasmi pada 15/2/2014 tepat2 jam 2 petang..Senarai peserta boleh semak di SINI .
PEMENANGNYA IALAH :
Ha..macam mana?nombor korang ke?kalau ya,tahniah..dan kalau tak,takda rezeki korang lah tu..jangan sedih2 taw..kepada pemenang,sila hantar detail seperti NAMA,ALAMAT RUMAH, dan NOMBOR TELEFON ke Page SitiZawiahLife .Terima kasih kepada semua peserta..
P/S : Bulan depan tak sure nak buat GA ke tak.. :(
PEMENANGNYA IALAH :
Ha..macam mana?nombor korang ke?kalau ya,tahniah..dan kalau tak,takda rezeki korang lah tu..jangan sedih2 taw..kepada pemenang,sila hantar detail seperti NAMA,ALAMAT RUMAH, dan NOMBOR TELEFON ke Page SitiZawiahLife .Terima kasih kepada semua peserta..
P/S : Bulan depan tak sure nak buat GA ke tak.. :(
Senarai peserta Giveaway 5 Hari je
Assalamualaikum..maaf lambat nak update senarai peserta Giveaway 5 Hari je..kelmarin ada kenduri kat Perak,tak sempat nak update..korang boleh semak link korang ye..kalau takda,sila bagitaw cepat2 sebab malam satgi Za dah nak umumkan pemenang..
1.http://justforfund.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
2.http://taiptaipkeyboard.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
3.http://shafyqahazahar.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
4. http://fqaakmal.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
5. http://ayuzan.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
6.http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
7.http://muslimahsejati96.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
8.http://cikalyea.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
9.http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
10.http://batrisyiagiveaway.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
11. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
12. http://sicomotizati.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
13.http://sheerachocolate.blogspot.com/p/giveaway-5-hari-je.html
14. http://diyanawan.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
15. http://www.syuhadasalleh.my/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
16.http://misscotcet.blogspot.com/2014/02/giveaway5harije.html
17.http://yummycoklet.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
18. http://sna-aai.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
19.http://nisflox.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
20.http://farhanazulkafli-96.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
21. http://jueazrin.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
22.http://aidablurr96.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
23. http://eymasu.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
24. http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
25. http://ratupimples.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
26.http://girlanddiary.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
27.http://aimifarzanabloggie.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
28. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
29.http://ckecilberbicara.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
30.http://lifeandpassionate.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
31. http://havinue.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
32.http://dramaticyang.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
33.http://teenagegirlnikki.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je-by-kak-siti-zawiah.html
34.http://blogkusuperstar.blogspot.com/2014/02/giveaway-5-hari-je.html
Giveaway 5 Hari je
*TAMAT*
Assalamualaikum..kembali lagi dengan giveaway..haha..suka sangat lah buat giveaway..suka hati lah kan..hehe..yang mana pernah join giveaway sebelum2 ni mesti taw syarat tersangat2 lah simple..berminat nak join?jom scroll ke bawah...
SYARAT2 PENYERTAAN :
-Follow blog Za dan like Page SitiZawiahLife .
-Klik iklan dan tunggu hingga habis loading..
-Buat satu entry "Giveaway 5 Hari je",publish dan letak di bahagian komen post ini sahaja.
HADIAH :
notebook bear & rabbit je * bukan laptop tu ye * |
2 NOTEBOOK CUTE
#MENCARI DUA ORANG PEMENANG MENGGUNAKAN RANDOM..
#MULA 10/2/2014 HINGGA 15/2/2014. ( 2 PETANG)
P/S : JEMPUT RAMAI2 JOIN YA..
Yogurt untuk cantik?
Assalamualaikum..Korang suka makan yogurt?Za pun suka..hehe..tapi korang taw tak yang yogurt boleh dijadikan sebagai bahan untuk kecantikan?Selain mudah didapati dengan harga yang berpatutan,yogurt juga rahsia terbaik untuk merawat beberapa masalah khusus untuk golongan remaja yang gemar bertukar produk berjenama bagi tampak lebih cantik dan kacak.Malah ramuan semulajadi ni juga sangat mujarab untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut.*banyak kelebihan yogurt ni ye*. Syaratnya,korang kenalah rajin dan disiplin merawat tubuh dan wajah korang tu..Antara kebaikannya dan kelebihan yogurt untuk diri kita ialah...
KULIT LEBIH HALUS
-Bagi yang mengalami masalah kulit kusam dan kasar,lakukan perawatan wajah dengan menggunakan yogurt dua atau tiga kali seminggu.Caranya amat mudah,sapukan seluruh wajah dengan yogurt.Biarkan selama 10 hingga 15 minit,bilas dengan air suam.Hasilnya wajah akan lebih cerah,lembut dan berseri.
ATASI KULIT TERBAKAR
-Sesetengah wanita dan remaja lelaki mengalami masalah kulit terbakar atau lebih dikenali sebagai 'sunburn' apabila terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari terutama jika bercuti di pulau atau pantai.Kesannya kulit akan menjadi merah dan mengelupas.Bagi merawat kembali kulit rosak,campurkan yogurt dan minyak pati bunga Chamomile.Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang terbakar.Insha Allah akan pulih seperti sedia kala.
BANTU MENGECUTKAN JERAWAT
-Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dihadapi tidak kira wanita atau lelaki dan mengikut peringkat umur.Kehadiran jerawat bukan saja menyakitkan malah ia juga mencacatkan penampilan wajah.Jangan susah hati,cuba gunakan petua ini.Bersihkan wajah,kemudian sapu yogurt secara nipis di bahagian berjerawat.Biarkan selama 30 minit,kemudian bilas bersih.Jerawat akan beransur kecut dan wajah akan bebas daripada parut.
LEBIH CERAH SEKATA
-Ingin memiliki wajah yang cerah sekata?Cuba ramuan istimewa ini dengan mencampurkan yogurt dan pati lemon.Gaul sebati,kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher.Lakukan tiga kali seminggu.Insha Allah,korang akan berpuas hati dengan hasilnya.Kulit tidak lagi berbalap atau tidak sekata sebaliknya ia akan lebih segar dengan warna kulit yang seimbang.
RAHSIA AWET MUDA
-Apabila wajah mula menampakkan garis halus,korang perlu bertindak segera mengekang proses penuaan.Tidak perlu ke pusat estetik untuk merawat wajah,cukup sekadar mencampurkan dengan minyak zaitun dan yogurt.Gaul sebati dan jadikan ramuan ini sebagai masker.Lakukan tiga kali seminggu,wajah akan menjadi lebih halus dan garis halus beransur hilang.
BUANG SEL KULIT MATI
-Yogurt juga boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan kulit tubuh halus dan lembut.Caranya,parut timun kemudian campurkan dengan yogurt.Sapu pada keseluruhan tubuh serta wajah,biarkan selama 15-20 minit,gosok perlahan-lahan untuk tanggalkan ramuan itu.Ia dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi lebih lembap.
RAMBUT LEBIH SIHAT,BERSINAR
-Yogurt mengandungi banyak khasiat seperti kalium,kalsium,protein,dan vitamin D.Kandungan mineral ini akan membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar.Yogurt mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti bercabang,kering dan kasar.Lumurkan yogurt pada rambut.Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala.Perap selama 10 hingga 15 minit,kemudain bilas bersih..
P/S : Selamat mencuba untuk diri Za dan jugak korang.. :D
Salmon ikan yang sangat unik
Assalamualaikum..Korang taw tak?Salmon ikan yang sangat unik..Ia bertelur dan menetas di hulu sungai tetapi membesar di laut.Lebih menambah keunikan ketika bertelur,salmon akan mudik ke hulu sungai dan menempuh pelbagai kesukaran sehingga beratnya turun dua pertiga daripada berat asal.
Ketika mencari tempat bertelur,salmon melompat melawan arus deras sungai sehingga beberapa kaki tinggi bertujuan hanya ingin melepasi halangan arus untuk sampai ke hulu.Keika ini,salmon mati akibat terhempas di batu,ada juga disambar pemangsa seperti beruang dan haiwan lain.
Dengan matlamat membiakkan keturunannya,salmon betina akan mengorek lubang sedalam 20 hingga 30 sentimeter untuk melepaskan telurnya dan disenyawakan salmon jantan.Kedua-duanya menunggu di situ beberapa lama sehingga benih telur dibiakkan..
Kenapa lelaki lebih pilih untuk diam?
Assalamualaikum..Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga,wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki.Ini kerana fahaman korang mengenai tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan.Biasanya lelaki begitu ego dalam kehidupan.Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain.Tapi,jika tiada jalan penyelesaian,maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah itu.
Lelaki juga akan diam apabila ditanya soal kahwin kerana dia seakan-akan tidak percaya dapat memikul satu tanggungjawab berat dalam hidupnya.Lelaki sentiasa memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga.Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin,kebanyakan lelaki akan berkelakuan pelik..
P/S : Any komen?
P/S : Any komen?
Kenali ragam sahabat di sekeliling kita
Assalamualaikum..Korang mesti ada sahabat kan?Tapi sahabat korang tu dalam kategori mana?Jom kenali mereka..
TALAM DUA MUKA
-Eh!!Bukan talam yang hidang makanan tu..Tapi talam dua muka ialah nampak baik di depan macam pijak semut pun tak mati tapi bila di belakang kita,Ya Allah!!!Bukan main lagi sedap-sedap mengutuk.Kalau korang ada kawan yang perangai macam ni,tolonglah jauhkan daripada menceritakan mengenai orang lain dengan dia.Takut nanti dia sampaikan pulak kat orang tu.
CEPAT TERASA
-Kalau sekali-sekala takpa nak terasa dengan kata-kata orang lain,tapi kalau selalu susah laa kan..Think positive kalau orang tu bergurau,mungkin dia nak menceriakan suasana je..
HIDUNG TINGGI
-Hidung tinggi kat sini bukanlah bermaksud hidung tinggi macam hidung mancung tu..bukan bukan bukan ye kawan2..Maksud kat sini mereka yang merasakan hanya dia yang paling hebat dan menganggap takda orang lain yang lebih bagus daripada dia.Apa yang orang cakap,semuanya salah je..Hanya pendapat dia seorang yang betul.Sahabat jenis ni jugak suka merendahkan kemampuan orang lain..
BATU API
-Harus dielakkan daripada terus berkawan dengan sahabat yang macam ni..Mereka antara kawan yang paling berbahaya terutama sanggup melihat kawan baik sendiri jatuh menyembah bumi.Memang kejam tak hingat dunia !
MENIPU DAN SUKA BERALASAN
-Susah untuk mereka bercakap benar.Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan tapi jika sudah kerap,mungkin tiada maaf bagimu sayang~~haha..Malah pelbagai alasan akan diberikan untuk mengelak daripada terbabit dengan sesuatu urusan lalu menyusahkan orang lain.
HANGAT TAHI AYAM
-Perancangan dibuat sangat rapi dan pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan apabila nak berjumpa.Tapi satu apa pun takda dan tak pernah jadik..Semua hangat-hangat tahi ayam je..
PANAS BARAN
-Kalau berkaitan dengan mengutuk dan memaki orang lain memang serah kepadanya.Tpi bila kena pada batang hidung sendiri,mulalah nak marah orang lain tak tentu pasal.Malah memang sukar bagi dia untuk mengawal rasa baran itu..
MENGUNGKIT
-Dalam sesebuah persahabatan,kita perlulah berkorban sedikit.Tak perlu nak berkira atau mengungkit selepas memberikan sesuatu pemberian kepada orang lain.Adatlah,kawan tengah mengalami kesusahan atau pokai,tak ada salahnya kita menghulurkan bantuan apa yang ada..
P/S : Lepas ni kena belajar berubah supaya kawan senang dengan kita..
First time cash out duit 8share
Assalamualaikum..lepas dah fikir masak2,rasa macam nak cash out ja..so,cash out now..haha..tapi 15hb ni baru 8share proses..tak sabarnya nak tunggu.. :)
Cara penjagaan kasut kulit
ihsan dari google |
WAX
-Pengilat ini boleh didapati melalui pelbagai jenama.Ada mahal dan ada yang murah.Pengilat jenis ini lebih berkesan dan menampakkan kasut lebih kelihatan berkilat.Tetapi,yang lecehnya korang kena guna bersama dengan berus.Lepas tu,korang kena biarkan ia kering..Kemudian,beberapa lapisan wax harus disapu untuk mendapatkan hasil yg lebih baik.
CECAIR
-Pengilat jenis ni lebih murah dan mudah.Ini kerana reka bentuknya yg mempunyai span di hujung adalah mudah digunakan dan untuk penyimpanan.Korang hanya perlu menekan hujung sapan tu pada kasut sebanyak beberapa kali dan korang akan dapat lihat cecair pengilat akan mengalir keluar.Malah hasilnya lebih memuaskan.
PENGILAT TAMBAHAN
-Korang boleh mendapatkan pengilat tambahan yg dijual di mana-mana kedai alatan.
PETUA TRADISIONAL
-Ada petua megatakan kulit pisang mampu mengilatkan kasut.Sila cuba untuk lihat kesannya!hehe..
JAGA BERUS DENGAN BAIK
-Pastikan korang jaga berus dengan baik untuk memastikan helaian bulu pada berus tidak rosak.Sekiranya tekstur berus telah berubah dan tidak rata,tukar yang baru.
SENTIASA MENGELAP DAN SIMPAN DI TEMPAT YG BETUL
-Untuk memastikan kulit luar kasut tidak mudah rosak,korang kena sentiasa mengelapnya dan jangan dedahkan pada persekitaran berhabuk atau lembap.
ELAKKAN MEMIJAK BAHAGIAN BELAKANG KASUT
-Korang taw tak kalau korang selalu pijak bahagian belakang kasut masa nak bukak kasut akan meyebabkan tulang utama kasut korang tu cepat rosak.
Jerawat di wajah ada rahsia tersendiri
Assalamualaikum..korang ada masalah jerawat tak?Korang taw tak jerawat ni ada rahsia..rahsia apa ye?Jom Za share untuk korang..
Jerawat yang tumbuh pada wajah,selain dikaitkan dengan faktor hormon sebenarnya turut mempunyai rahsia yang tersendiri.Jerawat pada dahi bermaksud peredaran darah tidak baik disebabkan terlalu letih atau tertekan.
Jika pada hidung pula bermaksud tulang belakang mempunyai masalah,jerawat pada dagu dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi wanita manakala pipi membabitkan fungsi buah pinggang atau sisitem endokrin(rembesan dalaman) lemah.
Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan bermasalah.
Senang bagi harapan,senang juga hancurkan
Assalamualaikum..Lamanya tak update entry pasal diri sendiri..asyik bagi tips je kat korang..so,sekarang nak curah isi hati yang Za rasa..Setiap pertemuan,pasti adanya perpisahan.. mungkin ada kot salah kat mana2 yang menyebabkan hubungan kita tak dapat diteruskan..Thanks bagi harapan,and thanks jugak sebab senang lepaskan..hope bahagia dengan insan yang dapat membahagiakan hang tu.. :)
P/S : Entry untuk someone yang pernah bahagiakan diri ini .. :)
Cara lenyapkan suasana BOSAN ketika bersama pasangan
Ihsan dari google |
LAKUKAN AKTIVITI ATAU PERMAINAN
-Apabila korang and pasangan hanya mendiamkan diri tanpa sebarang perbualan,cuba main satu permainan atau aktiviti yang boleh menutup rasa bosan.Maybe korang boleh try permainan Scrabble,Uno,Saidina or pelbagai lagi lah permainan yang menyeronokkan.Apabila melakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya dapat mengisi masa tu dengan perkara yang berfaedah,malah mampu mengeratkan hubungan korang..
BUAT LAWAK
-Melawak turut membolehkan salah seorang ketawa.Kebiasaannya cara ni dapat memulihkan kesunyian.Tapi janganlah membuat lawak yang tak masuk akal,tu akan membuatkan pasangan korang rasa pelik terhadap korang.Tapi apabila lawak itu berjaya buat pasangan ketawa,korang telah berjaya.tahniah!
MASA YANG SESUAI KENALI PASANGAN
-Inilah masanya yang baik untuk korang kenali isi hati pasangan korang.Gunakan masa yang ada untuk cungkil hal peribadinya.Cuba berkongsi kisah apa sekalipun seperti makanan yang disukai dan tidak.
JADI PENDENGAR SETIA
-Apabila si dia sedang berbicara sesuatu,korang cuba dengar dengan teliti.Jika pasangan meminta pendapat,berikan dengan jelas agar si dia mudah faham apa yg dibicarakan.Jangan menyampuk dengan topik yg tidak ada kaitan.
P/S : Apa yang penting kerjasama ! :P
Cara paling mudah menurunkan berat badan
Berjalan kaki ialah cara paling selamat dan berkesan untuk menurunkan berat badan.Paling penting ia harus dilakukan secara konsisten.Ia tidak mengambil kira bilangan,tetapi kekerapan korang berjalan.Berjalan kaki dengan laju sebanyak tiga kali seminggu mampu membantu menurunkan berat badan dan mencapai sasaran untuk menjadikan diri lebih sihat.Tidak perlu melakukan aktiviti lasak kerana berjalan kaki dengan laju boleh membakar sehingga 100 kalori setiap 10 minit.
Sekiranya seseorang berjalan selama 60 minit tiga kali seminggu,secara tak langsung dapat membakar 1,800 kalori setiap minggu.Jika korang tak mampu melakukan senaman lasak,berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit mampu membantu mendapatkan berat badan yang ideal.Malahan,masa berjalan boleh ditingkatkan dengan tambahan lima minit setiap minggu bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dari minggu ke minggu.
Tips untuk rambut sihat dan lebat
Gambar hiasan semata-mata |
Assalamualaikum..Setiap orang menginginkan rambut yang sihat dan lebat kan?Jom amalkan tips-tips di bawah agar korang mendapat rambut yang sihat...
HINDARI MINUMAN YANG MENGANDUNGI KAFEIN BERLEBIHAN-Mengambil makanan dan minuman yang mengandungi terlalu banyak kafein dapat menambahkan masalah pada rambut.Untuk itu,hindari mengambilnya secara berlebihan seperti kopi,coklat dan minuman bertenaga.Korang mesti banyak minum air putih supaya kelembapan dan kesuburan rambut korang sentiasa terjaga.
BERHATI-HATI KETIKA MEMILIH SYAMPU-Untuk mendapatkan rambut yang lebat,sebaiknya pilihlah syampu yang mempunyai label seperti ''extra body","volumizing shampoo","extra volume hair" dan "bodifying".Syampu yang tertera label berkenaan biasanya memiliki kandungan bahan kimia aktif yang dapat membuat rambut menjadi semakin lebat.
PROTEIN DAN VITAMIN MENCUKUPI-Protein dan vitamin B memiliki kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut.Kedua-dua kandungan nutrisi ini akan membuatkan rambut menjadi lebih subur dan lebat.Zat protein banyak terkandung dalam daging dan telur.Vitamin B pula banyak terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan pisang.
RAWATAN KEPALA-Rawatan seperti memicit bahagian kepala dapat membuatkan aliran darah kembali lancar.Disebabkan itu,pertumbuhan rambut tidak akan terganggu.Korang juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk menyapu pada keseluruhan rambut.Minyak daripada tumbuhan itu memilki fungsi untuk menguatkan akar rambut serta menghindarkan rambut dan kulit kepala korang kekeringan.
MENGGUNAKAN LIDAH BUAYA-Isi daun lidah buaya memang sangat terkenal untuk penjagaan rambut yang baik.Lidah buaya memiliki fungsi 'pelembap' yang dapat memberikan nutrisi tambahan pada rambut.Cara penggunaannya,tumbuk dua atau tiga helai daun lidah buaya yang sudah dikupas halus,lalu sapukan pada rambut dan kulit kepala.Kemudian biarkan selama 15 minit,selepas itu bilas dengan air bersih.
GUNA MADU LEBAH-Madu adalah salah satu makanan kaya nutrisi yang memiliki sejuta manfaat bagi tubuh.Malah,madu juga banyak digunakan untuk produk kecantikan.Untuk mendapatkan manfaat madu bagi rambut korang,cukup sekadar satu sudu besar madu dan lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit.Bahkan ia juga akan menjadikan rambut kelihatan lembap dan kurang kusut.
GUNA DAUN PANDAN-Selain berfungsi sebagai haruman pada makanan,daun pandan ternyata mempunyai khasiat kesihatan dan kecantikan rambut.Daun yang memiliki aroma wangi ini harus diambil daunnya untuk digunakan sebagai syampu.Caranya,rebus 5 hingga 10 helai daun pandan tua yang sudah dipotong dalam satu liter air.Selepas itu,segera angkat air mendidih yang sudah berubah kehijauan.Biarkan ia disimpan selama satu hari kemudian baru korang gunakannya..Selamat mencuba!
Fakta yang menarik tentang jantung
Jantung mulai berdenyut sekitar empat minggu bayi dalam kandungan dan terus berdenyut sehingga seseorang itu meninggal dunia.Bayi baru lahir memiliki denyut jantung lebih cepat,sekitar 70 hingga 190 denyutan per minit.Jantung bayi memiliki jumlah sel yang sama seperti jantung dewasa,tetapi ukurannya hanya satu per 16 kali daripada jantung dewasa.
Jantung berdenyut sebanyak 72 kali setiap minit bersamaan 100,000 kali dalam sehari dan 3,600,000 kali selama setahun.Jantung perempuan 25 peratus lebih kecil daripada jantung lelaki.Justeru itu,jantung perempuan harus berdenyut enam kali lebih banyak daripada jantung lelaki untuk mengalirkan darah ke seluruh tubuh.
Tips pilih seluar jean
gambar hiasan semata-mata |
Seluar jean?yes..seluar jean..mesti dalam almari korang ada kan?tipulah kalau tak ada langsung..Tapi,dalam banyak-banyak seluar jean yang korang ada tu,mesti hanya sepasang je yang korang teramat-amat suka kan?Yang lebih tu,korang pakai tapi jarang..Sebab tu,dalam entry kali ni Za nak kongsi sedikit tips untuk korang..Sebelum korang beli seluar jean,korang kenalah pastikan kelemahan bentuk badan korang,barulah dapat cari potongan seluar jean yang sesuai..Jom semak!
BERPINGGUL LEBAR
-Cari seluar jean yang berwarna gelap dan sedikit kembang untuk memberi keseimbangan pada bentuk badan.Untuk keselesaan pulak,korang cari seluar yang mempunyai regangan.Cuba elakkan potongan 'skinny',mempunyai pinggang tinggi dan potongan kaki lebar.Kemudian,lihat pulak poket pada seluar berkenaan.Jangan beli yang berpoket kecil kerana menampakkan pinggul korang kelihatan lebih besar.
BERKAKI PENDEK
-Korang nakkan keselesaan tetapi cuba elakkan membeli seluar jean yang terlalu longgar ataupun seluar jean 'baggy'.Seluar yang jatuh ke bawah pinggang membuatkan kaki korang nampak lebih pendek.Potongan lurus adalah yang paling sesuai untuk korang.Cuba titik beratkan panjang seluar jean korang iaitu ia harus di bawah buku lali kerana jean yang pendek tidak membantu untuk menampkkan kaki korang lebih panjang.Diingatkan juga untuk elak memasukkan baju ke dalam seluar.
BERISI
-Jangan sesekali membeli 'low-cut' atau 'jean skinny' kerana ia akan membuatkan korang berasa tidak selesa.Pilih seluar yang satu saiz lebih besar daripada saiz korang dan hantar ke tukang jahit untuk perbetulkan pinggangnya.Ia akan membuatkan seluar jean tampak terletak cantik di kaki dan pinggul korang.Cuba cari seluar jean yang ringkas tanpa corak.
TERLALU KURUS
-Pilih seluar jean yang berpotongan lurus dan ketat di bahagian belakang dan elakkan potongan kembang.Cari warna yang terang untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul korang tu.Pilihan yang terbaik adalah seluar 'skinny jean' yang panjangnya atas buku lali.
Kesalahan ketika memakai bedak asas
Assalamualaikum korang..kali ni Za nak kongsikan sedikit tips untuk korang yang gemar bersolek,atau yang sedang nak belajar untuk bersolek..hehe..Make-up yang paling penting untuk muka kita mestilah bedak kan..Bedak asas fungsinya untuk menutup cela-cela di wajah kita.Tapi kalau tersilap pakai,buruk padahnya.Jom baca kesalahan-kesalahan yg mungkin korang boleh perbaiki selepas ni..
SESUAI DENGAN KULIT WAJAH-Pertama sekali,korang kena pastikan bedak asas yang korang guna tu bersesuaian dengan kulit wajah korang.Kalau korang tersalah memilih bedak asas,ia akan membuatkan kulit wajah korang ditumbuhi jerawat dan semakin kusam walaupun sudah dibersihkan.Apabila korang dah pasti bedak asas yang betul,mulakan sapuan bedak daripada bahagian pipi di bawah mata yer..
BEDAK DI BAWAH PIPI-Seterusnya,pastikan korang menggunakan bedak asas yang cukup untuk satu bahagian pipi sehingga korang rasa dah tak perlu lagi nak tambah bedak asas pada bahagian bawah pipi korang tu..Ini akan membuatkan terdapatnya perbezaan warna antara pipi atas dan bawah.
GUNA SPAN YANG LEMBUT-Kemudian,pastikan span yang korang guna tu bersih,lembut dan tak kotor yer..Sapukan bedak asas dari atas ke bawah pipi dengan gerakan menarik agar membantu membuatkan wajah korang kelihatan lebih natural dan bedak asas tak terlalu tebal.Ini akan membuatkan penampilan korang semakin menyerlah.
HANYA BAHAGIAN WAJAH-Hindari daripada menggunakan bedak asas sampai ke bahagian leher atau tulang rahang.Cukuplah sekadar di bahagian wajah hingga ke dagu sahaja.Sekiranya korang mengaplikasikan wajah hingga ke bahagian leher,ia akan membuatkan sapuan bedak asas tampak lebih ketara antara kulit wajah dan leher yang lebih hitam.Inilah yang membuatkan kulit korang kelihatan berbelang.
Pemenang Mini Giveaway by SZL
Assalamualaikum..selamat malam korang..Pertama sekali Za nak mintak maaf sebab terpaksa awalkan masa penutupan Mini Giveaway by SZL..so,bawah ni senarai peserta yang join..sila check link korang ye..
1.http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
2. http://www.syuhadasalleh.my/2014/01/mini-giveaway-by-szl_6310.html
3. http://anisninja.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
4. http://ainexo96.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
5. http://aimifarzanabloggie.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
6. http://mellyareenza.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
7. http://alwaystarz.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
8. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
9. http://arunahakirah.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
10. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
11.http://dumtaradumdum.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
12.http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl_357.html
13. http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
14. http://cek-asayangawak.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
15. http://sayasukaimaginasi.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
16. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
17. http://havinue.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html
Ok..kat bawah ni ialah senarai pemenang yang berjaya .:)
16. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html (Button Badge)
9. http://arunahakirah.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html (Eraser cute)
6. http://mellyareenza.blogspot.com/2014/01/mini-giveaway-by-szl.html ( Brooch)
Tahniah! Yang tak menang tu,jangan sedih2 taw..boleh cuba dalam Giveaway yang akan datang.. Untuk pemenang,sila bagi details seperti NAMA dan ALAMAT RUMAH korang di Page SitiZawiahLife
P/S : Maaf kalau ada salah dan silap sepanjang Mini Ga berlangsung..
Tahniah! Yang tak menang tu,jangan sedih2 taw..boleh cuba dalam Giveaway yang akan datang.. Untuk pemenang,sila bagi details seperti NAMA dan ALAMAT RUMAH korang di Page SitiZawiahLife
P/S : Maaf kalau ada salah dan silap sepanjang Mini Ga berlangsung..
Mini Giveaway by SZL
* TAMAT *
Assalamualaikum..Alhamdulillah dah settle First Giveaway hari tu..so,kali ni Za nak buat Mini Giveaway by SZL pulak..syarat simple je..harap ada yg sudi join.. :)
SYARAT-SYARAT :
-Follow blog ZA dan Like page SitiZawiahLife .
-Klik iklan dan tunggu sampai habis loading.
- IKLAN SATU - IKLAN KEDUA -
-Buat 1 entry bertajuk ''MINI GIVEAWAY by SZL",tempek banner dan letak link entry dalam komen.
HADIAH :
Button badge ( 1 PEMENANG ) |
Eraser cute ( 1 PEMENANG ) |
Brooch ( 1 PEMENANG ) |
Setakat ni,yang tu je Za mampu nak bagi hadiah..Kiranya Za sedang mencari 3 PEMENANG untuk hadiah di atas.
TARIKH MULA 25/1/2014 ~ 1/2/2014.( 10 MALAM) 9 MALAM
TARIKH MULA 25/1/2014 ~ 1/2/2014.
2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN
2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN
Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.