Nanas boleh meremajakan kulit



Sekiranya wajah anda kusam atau nampak seakan tidak bermaya,ada penyelesaiannya tradisional tanpa perlu membeli pelbagai produk kecantikan di pasaran.Hanya gunakan unsur alam iaitu buah-buahan ataupu tumbuh-tumbuhan.Kali ni,apa kata gunakan buah nanas yg sudah dikaji mempunyai khasiat tersendiri dalam memulihkan kulit wajah yg kusam dan tidak bertenaga.Kisar nanas dan dapatkan jusnya.Pastikan  jus itu adalah asli daripada buah yang dikisar tadi.

Jika terlalu pekat,campurkan sedikit air.Untuk hasil yg lebih baik,campurkan bersama jus asli lobak merah.Ingat,jus ini bukan untuk diminum sebaliknya ia digunakan untuk menyapu pada kulit wajah yg kusam tadi.Rendamkan tisu ke dalam campuran jus-jus tadi dan letakkan pada wajah.Jadikan seperti masker.Tunggu sehingga ia kering sebelum dibersihkan dengan air suam.Selain 'meremajakan' kulit,ia juga dapat mencerahkan kulit.

3 comments:

  1. akak nanas ni kurang berminat part bila makan lidah jadi gatal tu...

    ReplyDelete
  2. Tak suka mkn nenas .. Tp nk try laa nnti tips ni . . mmg berkesan ke ?

    ReplyDelete
  3. nenas sedap di makan saja, sayang plak nak buat masker..:p

    ReplyDelete