Cara tambat hati bakal mertua



Assalamualaikum..Apabila korang dah buat keputusan untuk berkahwin,sebenarnya korang berkahwin dengan seluruh ahli keluarga dan sanak-saudara si dia.Paling penting,ibu dan bapa mertua.Kalau bakal menantu pilihan ibu mertua,selalunya selamatlah kan..Tapi,kalau yg bukan pilihan ibu mertua ni,macam mana pulak nak cari titik keserasian supaya hubungan silaturahim yg nak dibina akan lebih utuh?So,kalau first time korang diajak berjumpa dengan bakal keluarga si dia,ada perkara penting yg perlu korang ambil kira..


MASA
-Waktu paling sesuai untuk berjumpa bakal mertua buat pertama kali adalah pada hari keraian seperti hari raya atau kenduri.Kalau bertandang pada hari biasa apatah lagi jika kedatangan korang tu tak dimaklumkan terrlebih dulu,mungkin membuatkan kedatangan korang tu sedikit janggal.Elak daripada berjumpa dengan bakal mertua secara tiba-tiba atau atas desakan kekasih semata-mata.

PAKAIAN
-Bagi lelaki,jangan sesekali bertandang dengan baju yg memiliki imej atau corak yg tidak sesuai.Seelok-eloknya pakai kemeja lengan pendek serta seluar bukan denim.Bagi perempuan pula,baju kurung antara pilihan yg membuatkan diri korang akan kelihatan sopan.

TOPIK PERBUALAN
-Ia juga menjadi satu masalah utama apabila pertama kali bertemu dengan bakal mertua,apatah lagi zaman kini ramai anak muda agak sukar berbual dengan orang yg lebih tua.

BERKENALAN 
-Andai kata korang tinggal berjauhan dengan bakal mertua,korang tetap boleh berhubung dengan mereka.Sekarang kan macam2 teknologi ada..Korang boleh hubungi melalui telefon untuk bertanyakan khabar.Sebelum tu,selidik dulu sikap sebenar bakal mertua menerusi si dia.Tanya pada si dia,apa yg disukai dan tidak disukai mertua.Senang korang nak tambat hati mertua nanti.. :)


6 comments:

  1. memang nak amalkan nie....hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah ! tips untuk berjumpa dgn bakal mertua . Setuju jumpa time hari keraian , at least ada sebab . hahaha

    ReplyDelete
  3. betul betul betul .. bila nak jumpa bakal mak mertua, seelok-eloknya pakai sopan dan masa keraian. nanti takdelah janggal sangat :)

    ReplyDelete
  4. thanks for tips..banyak lagi cara untuk menambat hati mertua kan..

    ReplyDelete
  5. hehe, blum lagi bermentua2 ni..boleh jdi tips utk adik bradik yg da kwen..hehe..

    ReplyDelete
  6. hehehe.. lambat lagi perkara ni akan berlaku T.T

    ReplyDelete