Tips solekan yang sesuai untuk si hitam manis

Gambar dari pak cik google


Assalamualaikum..hai semua!Kali ni Za nak share tips solekan yang sesuai untuk si hitam manis..Untuk yg kulit gelap hitam manis tu,jangan sangka yg korang tak boleh dapat solekan yg sesuai..Kalau kena dengan caranya,boleh jadi lebih cantik daripada yang berkulit putih taw..Korang yg berkulit gelap jika dikenakan sedikit solekan,pasti dapat menaikkan kejelitaan dan kemanisan pada wajah.Tapi,harus berhati-hati dalam pemilihan warna yg betul supaya wajah tak nampak pelik..


ASAS SOLEKAN
Pertama,wajib untuk ambil taw warna mekap..Korang perlu bijak memilih warna asas yg tak terlalu terang.Pilihlah bedak asas yg tak terlalu kontra dengan warna kulit.Korang boleh gunakan bedak asas berbentuk cecair kerana ia boleh bagi kulit korang nampak lebih sekata dan semula jadi.Apabila korang menyapu di atas wajah,pastikan bedak asas meresap hingga ke dalam kulit.Kemudian,sapukan bedak 'compact' ke seluruh wajah..

PEMERAH PIPI
Bagi kulit hitam manis,pemerah pipi yg sesuai adalah warna 'coral','rose', dan 'deep orange'.Kemudian,padankan dengan warna pembayang mata coklat.Gunakan warna merah jambu untuk kegunaan siang hari kerana ia menjadikan wajah lebih cerah.Pada malam pula,korang boleh gunakan warna 'bronze' atau plum untuk menonjolkan tekstur kulit wajah korang.

WARNA MATA
Untuk mata pulak,penggunaan warna natural seperti coklat,merah bata,kelabu,coklat,'silver bronze' dan warna emas lebih sesuai.Elakkan daripada memilih warna yg terang dan putih kerana warna ini kontra dengan kulit korang.Dan jangan lupa untuk mencalitkan 'eyeliner' dan maskara di mata dengan warna yg sesuai seperti biru gelap,hitam atau kelabu gelap.

WARNA BIBIR
 Selepas keseluruhan wajah dikenakan solekan yg betul,perkara terakhir yg harus dilakukan adalah pemakaian gincu.Jangan sesekali menggunakan warna pucat kerana ia akan menghilangkan seri pada wajah.Antara warna yg sesuai adalah merah,ungu atau 'copper'.Sapukan juga 'lip gloss' agar bibir lebih menonjol.Buat remaja perempuan pulak,jadikan warna kulit gelap korang satu kelebihan dalam solekan sehingga menampakkan korang kelihatan cantik sepanjang masa.

Selamat mencuba ! :)


7 comments: