6 penyebab hubungan tak kekal lama

Assalamualaikum...



Tidak dinafikan setiap orang menginginkan hubungan yang kekal berpanjangan tanpa ada penipuan.Tapi,tak semua hubungan berakhir dengan happy ending macam dalam novel.Pada mulanya memang berterus terang dan ikhlas tapi lama-kelamaan perkara lain pula terjadi.Hubungan mula renggang tak macam dulu..Betul kata orang,untuk menjaga hubungan sehingga ke alam perkahwinan kena banyak bersabar dan kejujuran adalah kunci untuk sesebuah hubungan.Hakikatnya,banyak perkara yang menjadi punca sesebuah hubungan boleh putus..



1.TIDAK SERASI
-Setiap pasangan yg cuba untuk memahami satu sama lain juga kadangkala terkandas dan tidak ada keserasian antara mereka.Pada mulanya memang seronok sebab pasangan berlainan minat dan cita rasa daripada diri sendiri.Tapi,lama-kelamaan faktor ini mungkin menjadi penyebab untuk hubungan terputus kerana percanggahan pendapat dalam aspek penjagaan anak,kewangan dan sebagainya.


2.PENIPUAN
-Kejujuran adalah nilai paling penting dalam hubungan.Apabila membuat sesuatu komitmen,pasti ia memerlukan keiklasan dan tanggungjawab.Tapi,apabila semua nilai ini disangkal,maka buruk akibatnya.Contoh,berjanji untuk keluar bersama,tetapi di saat akhir membatalkannya.Kalau sekali dua tak pa lah,kalau selalu sangat..Faham-faham lah yer..


3.TAK SETIA
-Memang susah untuk seorang lelaki untuk setia dengan pasangannya tanpa sibuk 'melayan' perempuan lain.Untuk lelaki yang agak KASANOVA,agak sukar untuk setia pada yg satu.Ada juga yg tiba-tiba jatuh cinta dengan perempuan lain dan terus tinggalkan pasangan yang sedia ada.. *penat setia bertahun-tahun kat hang ooiiii*


4.BELUM BERSEDIA
-Hubungan yg sedia lama terjalin pasti mahu diakhiri dengan perkahwinan.Tapi kalau pasangan belum sedia,pasti kecewa.Kadang2,lelaki dah berfikir masak-masak untuk berkahwin,tapi pihak perempuan belum bersedia.Ada juga yang perempuan nak kahwin,tapi pihak lelaki pulak tak bersedia.. *ada ka perempuan yg tolak kalau pakwe dia ajak kahwin?*
-

5.CEMBURU
-Mungkin pada awal peringkat hubungan akan mudah serasi bersama dan semestinya tumpuan tu lebih tertumpu kepada si dia sorang ja.Tapi,lama-kelamaan pasti akan timbul perasaan cemburu.Contoh,pasangan bermesra dengan orang lain,tak cemburu ke?Sekali dua it's okay,kalau sepanjang masa?Fikirkan lah..


6.PERBEZAAN 
-Dah lama berhubungan,dah tiba masa untuk perkenalkan kepada family masing2..Tetiba,mak ayah tak berkenan dengan calon tu.Sebab?Mungkin sebab perbezaan darjat macam cerita P.Ramlee..?Perbezaan dari aspek pekerjaan?Pendidikan?..Ada yg cinta terhalang disebabkan lelaki setakat spm,perempuan ada degree..


P/S -apa pun,semua jodoh kita Allah dah aturkan..Kita hanya mampu berdoa.Eh,kalau ada salah dalam entry ni,maafkan lah yer..Just bagi pendapat.Jangan ada sesapa yg terasa sudah dengan entry ceq ni..


15 comments:

  1. betul tuh..apa pun jodoh di tgn Allah

    ReplyDelete
  2. Sekuat mna pun perhubungan klau dia bukan jodoh kita kan terima dgn redha

    ReplyDelete
  3. takda yg xboleh xstuju..
    byk pngalaman za ni ehehe

    ReplyDelete
  4. kalau hubungan berakhir bukan happy ending tu namanya tak berjodoh... huhu... mungkin Allah dah sediakan yang lebih baik.. tak gitu Za? :)

    ReplyDelete
  5. jodoh pertemuan ketentuan allah :)

    jom singgah sihatitunikmat.com

    ReplyDelete
  6. jodoh itu rahsia Allah. tp andai ditakdirkan kita kena terima dgn hati terbuka

    ReplyDelete
  7. Semua diatas memang betul. Tapi itu semuanya alasan ja, bila Allah dah tentukan jodoh kita tak berpanjangan. Terima dengan redha.

    ReplyDelete
  8. Apa guna sayang kalau disakiti dan dikhianatikan. Apapun Allah dah jodohkan kita dengan someone yang betul- betul selayaknya degan kita, cuma kita yang tak tahu siapakah dia dan dmanakah dia. InsyaAllah bila tiba waktunya pasti akan bertemu jua...

    #done follow #1525
    Jemput singgah sini http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. dalam perhubungan kejujuran itu penting..Apepun jodoh di tangan Allah :)

    ReplyDelete
  10. Hmm... Ada betul tapi semua tu dlm rahsia Allah jua..

    ReplyDelete
  11. betul2...tp sebab yg utama adalah, tak ada jodoh,..hee

    ReplyDelete
  12. jodoh, ajal, maut semua kerja Allah swt..
    as salam tuan tanah.. tahniah anda ada blog yang menarik..

    jemput blogworking
    www.yatiadam.com

    ReplyDelete