Review Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna



Assalamualaikum..Selepas drama Rindu Awak 200%,giliran novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana pula dijadikan drama untuk slot akasia TV3.Dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Sara Ali dan lain-lain..


Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

P/S : Start esok jam 7 malam di tv3 .. :)

10 comments:

  1. Amboiiii awai bebeno review pun . Nampak semangat kat sini .. Hahaha .. Ehemmm nak tengok ka tak eh ? tapi ada Sara Ali . Kunk kalau start tengok nanti kunk termelekat depan tv setiap hari pulak . Adusss *buat kening ziana zain* (~.-)

    ReplyDelete
  2. sggh mlm...da ade nobel ni..;)

    ReplyDelete
  3. wah! ada lagi drama yg diadaptasi dari novel? hmm...kena tgok ni di TV...hehehhe
    abah zuki follows your blog. no 1486.

    ReplyDelete
  4. byk betul drama yg diadaptasi dari novel kan..dah jadi cam musim plak..

    ReplyDelete
  5. Byk tul citer dr novel sekarang ni kan Ct..

    ReplyDelete
  6. wow nak start malam nhe.. seronok ja...

    ReplyDelete
  7. hehee...ok dh tau citer xpyh tgk la..hahaha

    ReplyDelete
  8. Suka ngan novel acik lana ni haha... pas tu fahrin ahmad pulak tu jadi hero dia!!! OMG

    ReplyDelete
  9. dah start drama baru pulak yer..akak tak layan sangat..hehehe

    ReplyDelete
  10. tak suka watak melina tu dibawa sara ali, nelydia senrose maybe ok.. dengan fahrin pulak.. asyik nell dengan sharnaaz je

    ReplyDelete