Tips kawal perasaan cemburu




Assalamualaikum..Perasaan cemburu pasti menjangkiti sesiapa saja..Kadangkala,sifat cemburu tu begitu melampau sehinggakan ramai orang meluat dan membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada korang.Meh nak share sedikit tips untuk kawal perasaan cemburu ni..


FAHAM MAKSUD CEMBURU

-Cemburu adalah perasaan takut bercampur marah terhadap kebimbangan jika kehilangan seseorang yang amat penting pada kita.Mungkin insan tersayang dilihat lebih menaruh perhatian kepada orang lain dan seterusnya mengakibatkan kamu berfikir negatif dan cemburu.

FIKIR SEBAB CEMBURU

-Cemburu itu bersebab.Mungkin korang sukar untuk mendefinisikan apa sebab utama korang rasa cemburu pada seseorang.Mungkin dia lebih berjaya daripada korang?Mungkin dia lebih mementingkan orang lain daripada korang ataupun mungkin korang memang takut dirinya dirampas dari korang?

FIKIR KESAN NEGATIF 

-Korang mungkin tak perasan perasaan cemburu korang kadangkala keterlaluan dan memberikan impak negatif pada individu  di sekeliling korang.Korang mungkin ada banyak persoalan mengapa korang bersifat sedemikian.Tak perlu simpan segala perasaan negatif tu.Mungkin korang bersalah dalam hal ni dan seperti orang kata "cemburu tak tentu pasal".

BUANG PERASAAN BURUK

-Jika korang perasan bahawa sifat itu timbul akibat salah faham atau sangka buruk.Segera bertindak untuk membuangnya.Mungkin korang seorang yg kuat sangat cemburu tanpa memikirkan akibatnya.Tanyakan pada dia,apakah yg menyebabkannya melakukan sedemikian dan mengaku korang sebenarnya cemburu terhadapnya.Jika dia berada di pihak benar,ini bermakna kesalahan itu datang daripada diri korang sendiri dan patut berubah.

CARI JALAN PENYELESAIAN

-Kadangkala,kita bertindak cemburu tidak bertempat dan menyebabkan orang lain menjauhi kita.Jika korang rasa cemburu diatas kejayaan orang lain,itu patut diubah.Korang mungkin berkata-kata di belakangnya dan menyebarkan fitnah terhadapnya.Apa kata betulkan balik keadaan dengan meminta maaf kepadanya..



P/S : Cemburu tandanya sayang.. Cemburu boleh,tapi berpada-pada ye sayang2 sekalian..

7 comments:

  1. Cemburu buta tu yg bahaya prlu d kawal hihihi

    ReplyDelete
  2. cemburu atas sesuati yg baik tak pe jgn cemburu x tentu pasal kan
    sbg contoh cemburu org solat awal so kita pun nk jugak solat awal waktu..kalau cemburu dari segi tu ok lah :-)

    ReplyDelete
  3. sentiasa positif, kalau rasa cemburu... cepat2 buat benda lain yang boleh elak dibelenggu rasa cemburu tu... :)

    ReplyDelete
  4. cemburu buta boleh ngundang keburukan. berpada2 lah cemburu.

    ReplyDelete
  5. Cemburu tu takpe sebenarnya ..Tapi biarla berpada2

    ReplyDelete
  6. Cemburu dibatasi juga dgn iman.. Insha Allah dpt kawal..

    ReplyDelete
  7. dlu zaman cinta monyet, mmg cemburu menebal..kononnya cinta sampai mati la...tapi bila dah putus....and skrg ni tak ada dah nak cemburu teruk2...biasa2 ja...dah penat nak cemburu..huhu

    ReplyDelete