Mee Sanggul Goreng Simple Tapi Sedap
Assalamualaikum..Ok taw tajuk macam syok sendiri.. -_- Tapi,kisah apa..hehe..Teringin sangat nak makan mee sanggul,so dah siap goreng..Dan dah selamat dimakan..Senang ja nak goreng mee sanggul ni..Sila scroll hingga habis entri untuk taw resipi..hehe..
BAHAN-BAHAN :
250 g mee sanggul - rendam dengan air dulu
400 g udang, dibersihkan (saiz ikut suka)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 sudu besar cili kisar
1 cekak sawi,(potong kecik-kecik)
Sedikit tauge
Bahan Sos:-
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 - 4 sudu besar kicap
Cara membuatnya:-
1. Dalam kuali panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili dan goreng hingga garing, masukkan bahan-bahan sos dan gaul hingga rata.
2. Masukkan mee sanggul dan gaul hingga rata.
3. Masukkan sawi dan taugeh tadi.Masukkan garam secukup rasa.Udang jangan lupa masukkan jugak..
4.Gaul hingga mee sanggul masak.Hidangkan..
P/S : Simple kan?Resipi orang malas masak sebenarnya..hehehe.. :P
Simple dan sedap..
ReplyDeleteSekali-sekala makan yang simple. Kadang-kadang lebih sedap dari yang remeh-remeh nak.masak.
ReplyDeletedulu nak dapatkan mee sanggul ni beli kt kampung je (taiping).. susah nak cari kedai yg jual ni.. skang ni tak tau la sbb skang pon still beli kat sana.
ReplyDeletesuka mak sendiri yg masak, sedap. basah basah gitu.. heee
tak pernah makan mee sanggul nii.. tapi nampak macam sedap..
ReplyDeletearrrghhh nampak sedap! thor goda i! :D
ReplyDeletenampak sedap, tapi tak pernah masak guna mee sanggul lagi..
ReplyDeletetak pernah mkn..huhu.. nampak sedap :)
ReplyDeleteuniknya nm mee ni..
ReplyDeleteAkak baru plan pg nie nk msk mee sanggul..hehehe
ReplyDelete