Petua merawat tapak kaki pecah



Assalamualaikum..Korang pernah dak hadapi masalah tapak kaki pecah?Mesti rasa tak selesa kan..Kalau dibiarkan,mungkin akan jadi lebih serius..Eeee ngeri tambah sakit lagi.. T_T
So,meh Za nak share sikit petua nak rawat tapak kaki pecah..


PETUA-PETUA MERAWAT TAPAK KAKI PECAH

1.Masukkan beberapa keping asam keping kedalam besen yg berisi air suam.Rendamkan kaki dalam masa setengah jam.Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh kaki halus dan cantik.

2.Sapukan losyen di tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari.Lakukan sehingga kaki sembuh.

3.Sapukan getah betik muda ke tempat yg merekah sehingga kulit kaki dalam keadaan seperti sedia kala.Tapi,perlu dilakukan dengan kerap.

4.Selain itu,boleh jugak gunakan belimbing buluh.Dengan cara gosokkan tumit kaki dengan buah tu.Kemudian berus lembut untuk menyapu belimbing buluh di permukaan tumit kaki..

5.Rendamkan kaki dengan air suam dan gosokkan dengan bawang putih sehingga tumit kaki kembali halus seperti dulu.

6.Gunakan selipar walaupun berada di dalam rumah atau di tempat kerja.Yalaa,mungkin korang kena berdiri lama kat dapur masa memasak.

Sekian,Selamat mencuba! :)


12 comments:

  1. wahh. tumit kaki ni mmg tgh pecah ni hahah

    ReplyDelete
  2. nice tips.. tumit kaki mmg slalu pecah2.. huhu

    ReplyDelete
  3. Petua yg beguna.. Alhamdulilah setaakat ni lya x da lgi alami tumit pecah ni

    ReplyDelete
  4. nice....slalu pakai slipar dalam rumah masa time belajar dulu...skrg balik rumah, slipar ntah ke mana...tumit pun merekah...org cakap sbb cuaca kering...n kurang minum air....huhu...

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik.
    Selalunya sapu losyen je

    ReplyDelete