Seorang Pakcik sedang menegur anak jirannya kerana bekerja sebagai GRO!

Seorang Pakcik sedang menegur anak jirannya kerana bekerja sebagai GRO!
Pakcik: Assalamualaikum..wawa..Pak cik tgk wawa asyik pulang rumah lewat je kebelakangan nie? Dari mana?
Wawa: wkumsalam Pakcik..owh wawa baru balik kerja..
Pakcik: kerja ape smpai pulang ke rumah lewat mcm tu? dgn pkaian pun xmcm pergi kerja..
Wawa: Ala Pakcik..saya bekerja sebagai GRO je dkt bndar..
Pakcik: (terkejut)astagfirullahalazim..wawa..knpe wt keje2 mcm tu??..
Wawa: Knpe Pakcik? Owkey pe GRO..
Pakcik: (terkejut lagi) Astaugfirullahalazim..subbahanallah..mcm ne la kalau mak ayah wawa tau ni..
Wawa: (selambe) dh tau la Pakcik..ayah dgn mak bagi dgn snang hati sy jadi GRO..
Pakcik: Ya Allah ya tuhan ku..buka kan lah pintu hati hambe mu ni ya Allah..wawa! Kembali lah ke pangkal jalan..jgn keje mcm tu lagi..
Wawa: Laa..pakcik ni knpe nk over?! Sy seronok sbgai GRO..family sy pun suke..PAKCIK lak lebih2..
Pak cik: Family wawa suke dgn wawa keje yg maksiat tu? Astagfirullahalazim..
Wawa: maksiat ape nye PAKCIK! GRO! Gunting Rambot Orang..halal okey! Astaghfirullahalazim Pakcik..otak kuning!! Insaf la Pakcik!
Pakcik: Alamak! Aku pulak terkena!

Pemerah pipi serlah wajah muda

Pemerah pipi adalah kosmetik yang biasanya digunakan di bahagian tulang pipi oleh wanita untuk memberi warna merah pada sekitar kawasan berkenaan bagi mendapatkan penampilan lebih muda atau ceria.
 Mengikut sejarah,pemerah pipi digunakan sejak zaman Mesir purba lagi.Ia juga dipakai di bibir sebagai gincu.Pda zaman pemerintahan raja di England,kedua-dua lelaki dan perempuan turut memakai pemerah pipi.
Namun,ketika zaman pemerintahan Victoria,individu yang mengenakan alat solek dikaitkan dengan moral rendah dan menyebabkan wanita pada masa itu menggunakan cara mencubit pipi untuk kelihatan merah.
Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan pemerah pipi seperti di zaman Greece purba yang menghancurkan buah mulberi dan hasilnya begitu disukai ramai.
Namun,ada juga yang menggunakan jus ubi merah,strawberi hancur dan bayam merah sebagai asas pembuatan pemerah pipi.
Berbanding zaman moden,pemerah pipi yang biasanya berasaskan talkum berwarna merah harus dipakai menggunakan berus untuk memudahkannya disapu pada pipi.

Enam sebab kahwin usia muda

1.SUDAH ADA YANG BERKENAN DI HATI
-Apabila seseorang itu sudah berjumpa dengan insan yang mencuri hati,pasti mereka akan berusaha untuk mendapatkan gadis atau lelaki idaman tersebut.Bila berkenan,tanda akan dihantar ke rumah dan lebih menggembirakan lagi diterima oleh keluarga.Ciri-ciri juga sudah ada seperti baik,beragama dan cantik rupa paras.Paling penting apabila si gadis yang lelaki berkenan itu sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat.Orangnya sudah ada,kenapa perlu ditangguhkan lagi?

2.INGIN MENJAGA MATA,HATI DAN AIB
-Memang benar perkahwinan bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata-mata.Namun  kita harus ingat manusia ini diciptakan berpasangan dan dicipta dengan punya nafsu.Walaupun setinggi mana iman seseorang itu tidak mampu melarikan diri daripada zina.Untuk menghindarkan diri daripada berlakunya zina ini lebih baik mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang mampu menjaga keharmonian sebaiknya.Mempercepatkan pernikahan agar terhindar daripada fitnah-fitnah itu.
 
3.MENCARI KETENANGAN
-Apabila mendirikan rumah tangga,jiwa dan perasaan akan berasa tenang tanpa perlu cemburu buta dan menuduh yang bukan-bukan terhadap pasangan kerana apabila berkahwin,sudah pasti pasangan sentiasa berada di hadapan kita tanpa syak  dan ragu-ragu dengan mereka.Terutama orang yang tersayang sentiasa berada di sisi sama ada waktu kita susah dan senang.Ketenangan dalam jiwa juga ketika beribadah akan hadir.
 
4.TEMAN DALAM PELAJARAN
-Ada juga di antara golongan pelajar yang masih muda mendirikan rumah tangga kerana untuk mendapatkan teman ketika belajar.Mereka yang berkahwin ketika masih belajar ini mengatakan bahawa,apabila belajar dan dalam masa yang sama menjadi suami,pelajaran juga semakin meningkat kerana membolehkan mereka belajar bersama-sama dan saling berlumba untuk mendapatkan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan setiap semester.Bukankah ini satu persaingan yang sihat?
 
5.TEMAN DALAM KEHIDUPAN
-Setiap manusia memerlukan teman seperti Adam yang memerlukan Hawa dalam setiap ujian yang dijalani.Cuba kalian duduk seorang diri di rumah tanpa teman,pasti akan berasa sunyi lalu timbul perasaan cemburu melihat kawan yang mempunyai isteri.Terutama apabila sakit,seorang lelaki pasti memerlukan seorang isteri yang selalu ada di sisi untuk menjaga dan menemani.
 
6.SUMBER KEKUATAN
-Bila kita jatuh,ada seseorang yang sentiasa di sisi yang akan memberi semangat untuk kita terus bangkit berjuang.Alangkah indahnya mempunyai teman yang sentiasa  setia begitu.Walau dalam kesedihan dan kepayahan,si dia sentiasa ada untuk memberikan kata-kata semangat agar kita bangkit berjuang,terutama apabila hal berkaitan dengan isu krisis kewangan keluarga.    

Blog dah berusia setahun

Assalamualaikum..dan selamat malam..dah lama tak taip lelaju kat sini..huhu..dah kekok ni..and kawan2 dalam blog pun mesti dah berkurang..*tengok dekat pageview makin menurun*hemm..apakan daya..eh..lupa nak wish..sempat lagi kut kan..  SELAMAT HARI RAYA ye kawan2..*sesapa yg sudi baca ni ler* raya kan sebulan..kuikuikui... Za baru teringat besday blog pink Za ni dah setahun..tak caya??cer korang gi lepak kat sidebar sebelah kanan tuh..cari tarikh2 penting..ha..dah tengok?angguk kepala tanda percaya..hehe,..ok la..dah ngantok ni..nak wish sekali lagi..happy birhday blog pinkku yang comel..*ohh perasan sebentar* tak sangka dah setahun kita together2 kan.. macam2 dah terluah kat dalam blog ni..dulu sebelum kerja aktif kemain..tiap2 hari..tapi sekarang dah kerja,kureeeennng sikit nak berblog..sorry sesangat..*bajet ada peminat dalam blog ni* ok la..sebelum merapu-meraban lebih teruk,gerak dulu..sweet dream.tata.. :D


p/s : eh..Za dah ada wechat..hehe..add la Za.. wechat id : siti_zawiah95

Review Novel Hero Aku Tomboy

Sinopsis:-
Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz.
Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka.
Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung.
Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga?

 “Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?”

Review Novel : Calon Isteri Jutawan

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.
Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.
Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.
“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”
“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”
“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”
Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.
 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.