Kuih Lopes



Assalamualaikum..Menu petang tadi..hehe..Makan kuih lopes..Sedap..So,sekarang nak share sikit cara nak buat kuih lopes..


Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
  • Daun pisang



air gula kuih lopes


Bahan untuk Air gula:
  • Daun Pandan
  • Gula melaka
  • Air


Cara membuat kuih lopes:

  1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
  4. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.

*Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. 


Selamat mencuba!


14 comments:

  1. pebret ni..kuah pandai la buat...lopes tak pandai nak buat

    ReplyDelete
  2. Za yg buat ka ? OMG pandainyaaaa .. Errrmmm dap ermmmm .. Peberet nihhhh .. Selalunya beli kat kedai tepi rumah .. Hehehee

    ReplyDelete
  3. sedappp..lama dah tak makan..biasa kat kedai bentuk 3 segi..hehehhe

    ReplyDelete
  4. wahh,, dah lamanya xmam kuih lopis :)

    ReplyDelete
  5. lamenye xmkn kueh ni..fav arwah ayah :(

    ReplyDelete
  6. sedapnya... feveret kaksha... lama tak makan sejak kawin ni....
    mak kaksha rajin buat :)

    ReplyDelete
  7. Nampak sedapppp ;D

    ReplyDelete
  8. Peberet saya.
    Kalau bab potong saya paling rajin.
    Betul potong pakai benang

    ReplyDelete
  9. fav saya jugak tapi nak buat malas.

    ReplyDelete
  10. wah...sedapnya...thanks for sharing...nnt nak try wat la

    ReplyDelete