Nasi Goreng Kampung



Assalamualaikum..Jemput makan..hehe..Nasi goreng kampung..Ni makan kat kedai..tapi tetap jugak nak share resipi dalam blog..Kot nak buat dekat rumah kan..



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 pinggan nasi putih, 
  •  ikan bilis (ikut suka banyak mana)
  • 2 ulas bawang putih,
  • 2 ulas bawang merah 
  • 5 batang cili padi(bagi yang suka pedas),
  • 1 inci belacan,
  • 1 biji telur,
  • serbuk lada hitam,
  • secubit garam(secukup rasa), 
  • sayur kangkung, 

Cara-cara masak :


1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi,belacan dan garam(tidak perlu begitu halus)

2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.

3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.

4..Masukkan telur,kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.

5.Masukkan sayur kangkung,kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.

10 comments:

  1. Okayy.. Terus lapar.. Hahaha

    Jom follow papaglamz
    http://www.papaglamz.com/2014/11/foodsglamz-ll-char-kuey-teow-juara.html?m=1

    ReplyDelete
  2. uwahh.. sodapnyee.. dah lme xmkan nasi goreng air tangan Umi... huu.. cedihh..

    ReplyDelete
  3. alahai... makanan lagi mama nampak hari ni... kiki.. laparrrrnya...
    Mama Niza

    ReplyDelete
  4. Baru je tdi pagi lya wat nasi goreng hihi

    ReplyDelete
  5. Nasi goreng kampung ni kalau pedas lagi sedap ;-)

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa. tambah 10 biji cabai melaka lagi sedap. ^^

    ReplyDelete