Sinopsis:-
Nina telah
diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman.
Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan
tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang
bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap
Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman
apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel
Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada
menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu,
Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah
mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang
tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan
Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak
putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan
inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara
untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah
menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun
tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you
menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I
nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi
goda lelaki lain. I pun
akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”
Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima
Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi
saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish
tak layak jadi suami sesiapa pun!”
“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu.
Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI
SEMPURNA.”