Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.
Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang
dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang
terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan
ringgit.
Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia
juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh
harapan.
“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah
tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu
duga untuk mencari akauntan.”
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk
menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia
pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.
Anehnya. Tiada angin,
tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan
sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...
“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”
“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya
tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”
“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah
kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak
pun saya boleh jatuhkan.”
Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu.
Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan,
apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sal
ly, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.