Sinopsis:-
Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang
menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya
yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu
menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang
biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz.
Kejadian yang tidak dijangka telah
membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan
gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya
yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul
Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya
Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang
suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku
semasa 'bulan madu' pertama mereka.
Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu
semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis
perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada
lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya
membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia
mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung.
Kehadiran orang baru pula tanpa disedari
membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul,
ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas
perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga
Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka
masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka?
Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga?
“Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?”
No comments:
Post a Comment