Tips cara jimatkan bateri laptop



Assalamualaikum..Jika korang nak guna laptop untuk jangka masa panjang tapi nak bateri tahan lebih lama masa nak guna,mesti kena taw caranya.Jom baca tips untuk menjimatkan bateri laptop korang..

1.Perlahankan 'volume' atau 'mute' volume jika perlu.

2.Sesuaikan cahaya skrin,kurangkan kecerahan untuk kurangkan penggunaan bateri.

3.Tutup aplikasi 'bluetooth' jika tidak menggunakannya.

4.Gunakan aplikasi yg tidak memerlukan jumlah RAM(Random Access Memory) yg banyak.Sebagai contoh,penggunaan 'note pad' lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding Microsoft Word.

5.Matikan kad rangkaian jika tidak menggunakan Internet atau LAN.

6.Keluarkan peranti USB jika perlu.Sebagai contoh,tanggalkan 'pendrive' jika tidak menggunakannya.

7.'Shutdown' laptop atau biarkan ia dalam keadaan 'hibernate' berbanding menggunakan 'standby' jika tidak menggunakan laptop buat seketika.

8.Buat 'defragment' seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.

9.Jangan terlalu kerap gunakan cakera padat atau DVD.

10.Matikan 'ports' (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet,USB dan sebagainya.

11.Gunakan pad kipas bersesuaian dengan laptop untuk elakkan terlalu panas.

12.Elakkan daripada meletak laptop di permukaan yg menyerap haba seperti atas bantal atau tilam.Ini menyebabkan laptop semakin panas.

Review Novel Imam Mudaku Romantik







“Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih
“Kenapa?” - Khalisah
“Kita solat tahajud sama-sama.”
“Hah? Wajib ke?”
“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?”
 Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!
 LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.
Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.
 Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun,
pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.
“Khalisah sendiri tak tahu anak siapa yang ada dalam kandungannya sekarang. Sebab selain dengan  suaminya, Khalisah sebenarnya dah banyak kali tidur dengan saya, semenjak dia belum berkahwin dengan Faqih lagi.” – IZHAM
Campur tangan kedua ibu bapa mereka menambahkan lagi keperitan hidup rumah tangga mereka. Disebabkan fitnah itu Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.
“Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama Laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.”
Adakah bahagia  milik mereka?

Tips elakkan dehidrasi kulit



1.Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.Jika cuaca betul-betul panas,korang perlu minum lebih daripada itu.Sekiranya badan tak dapat cukup air,ia akan menyebabkan tubuh korang dehidrasi.Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja.Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan.Sebagai contoh,kopi boleh membuatkan kulit korang bertambah kering dan juga mungkin menyebabkan masalah kulit lain seperti jerawat.

2.Makan makanan berkualiti tinggi yg kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.Elakkan makan kanji,gula,makanan ringan,kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3.Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yg menyebabkan masalah kulit kering.

4.Elakkan berada di dalam tempat yg berhawa dingin untuk satu jangka masa yg lama.Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering.Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh walaupun suhu persekitaran sejuk.

5.Basuh muka korang tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka.Cucian yg lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka korang tu.

6.Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka korang,sama ada berminyak atau kering.Ini akan membantu korang untuk memilih produk penjagaan dan solekan yg betul.Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit.Jika kulit korang berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari,ia mungkin bermakna produk yg korang gunakan tidak sesuai.

7.Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam.Tidur yg secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.Pastikan bilik korang dapat pengudaraan yg bersih.

8.Tekap kulit muka korang menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yg diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.


 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.