NAWWAL HUSNA,
baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan
dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju
dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama
dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus
sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu
mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya.
Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married
life, you will regret what you have done today.” –
Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari
kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” –
Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” -
Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang...
Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk
sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love.
Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” -
Zahrain AliminApabila
mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu
dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak
bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah
tangga bahagia!