Assalamualaikum..Mesti agak menyeksakan kalau badan berbau kan..Bergerak sikit pun dah berpeluh then berbau..Boleh hilang keyakinan diri untuk berhadapan khalayak ramai..so,kali ni Za nak share tips untuk mengelakkan bau badan melalui pemakanan..jom baca !
1.REMPAH RATUS
-Rempah memang mempunyai aroma yang kuat ketika di kunyah dan makan,rempah akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah dan akan melalui paru-paru dan liang pori kulit manusia.Ini akan menyebabkan bau badan dan mulut yang sangat kuat.Contoh makanan itu seperti bawang putih,bawang merah dan kari.
2.DAGING MERAH
-Daging merah memerlukan masa yang lama untuk mencerna dan ketika makanan tidak tercerna,racun dan gas berbau busuk dilepaskan yang akan menyebabkan kepada bau keringat.Satu kajian dibuat menyatakan bahawa bahan kimia yang terkumpul akan membuatkan badan manusia berbau dan ini sering terjadi kepada wanita berbanding kaum lelaki.
3.ALKOHOL DAN KAFEIN
-Cuba elakkan dari mengambil minuman yang mempunyai kafein tinggi seperti kopi,teh dan coklat.Ini untuk mengatasi masalah bau mulut yang kuat dan badan akan terasa lebih segar dan tidak menimbulkan bau yang kurang enak.
4.MAKANAN SEGERA
-Makanan ini mengandungi terlalu banyak garam,gula,tepung dan minyak.Apabila makan akan mengeluarkan bau nafas yang kurang menyenangkan seterusnya badan akan berbau apabila berpeluh.
5.PRODUK SUSU
-Produk susu mengandungi protein yang banyak dan menghasilkan hidrogen sulfida dan metil yang boleh mengeluarkan bau busuk kepada badan manusia.
6.MAKANAN GORENG
-Lemak dan minyak dalam makanan yang digoreng akan mengeluarkan bau badan yang tengik kepada seseorang yang bertubuh besar terutama apabila makanan itu tidak dicerna dengan betul.
7.TEMBAKAU
-Asap rokok akan mengeluarkan bau yang kurang enak kemudian akan melekat pada badan atau baju seseorang.Mulut mereka akan mudah berbau asap,sebab itu kita mudah untuk syak sama ada seseorang itu merokok atau pun tidak.
p/s : Amalkan minum air putih yang banyak dan makan makanan yg mengandungi serat dan buah-buahan .. :)
Nice sharing :)
ReplyDeletenice! Jemput ke blog cik anis ya.
ReplyDeletewww.anisfadliyana.blogspot.com
a ah kan. tak masukkan bawang, petai sekali ke?
ReplyDelete