Sinopsis
Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih
calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka
menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam
pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah
dia tolak. Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya
sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi
yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut. Namun pertama kali
bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air
tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu
Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia. Sedangkan bagi
Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas,
lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal
lelaki menjengkelkan dalam tenang.
Dah lama tak layan novel
ReplyDeletebaru start baca =)
ReplyDelete