Kurma ataupun tamar ialah sejenis tumbuhan palma atau nama saintifiknya Phonex dactylifera mempunyai banyak khasiat seperti kismis dan aprikot kering.Ia kaya protein,serat,gula,vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi,kalsium,sodium dan potasium.Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga dua peratus,serat dua hingga empat peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.Kurma boleh dijadikan jus selain dimakan segar,kering atau salai,kurma dibuang biji dan digantikan dengan kacang tanah,badam atau gajus bagi melazatkannya.Selain itu,kurma juga boleh dibuat jem,sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikan makanan ringan yg mengandungi garam,lemak dan gula berlebihan.
singgah sini..salam Ramadhan Kareem, semoga usaha kita untuk menjadi yang terbaik akan berjaya hendaknye. Amin Ya Robb.
ReplyDeleteJemput ke blog Cik Anis, ada cerpen bersiri menarik sempena Ramadhan berdasarkan kisah benar tetapi diolah sedikit ^^
Thanks for sharing this infor :)
ReplyDeletemanis kurma berzat..:)
ReplyDelete