10 Kaedah yang betul untuk kekal wajah ayu

Gambar hiasan dari google




Assalamualaikum..Dah lama tak kongsikan tip dalam blog pink ni..So,sekarang nak bagi sedikit tips untuk kekalkan wajah ayu korang..Korang taw tak yg kaedah penggunaan alat solekan yg betul boleh jadikan kejelitaan wajah kekal lebih lama?Jemput baca ye...



1.BIBIR BERDARAH 
-Sebelum sapu gincu di bibir,oleskan pelembap bibir terlebih dulu untuk elakkan bibir pecah dan berdarah.Kemudian,sebelum ratakan gincu pada bibir,buat garisan menggunakan penggaris bibir yg sesuai dengan warna gincu.


2.BULU HALUS
-Buang bulu halus menggunakan salutan lilin paling lembut pada kulit korang.Lepas tu,semburkan penyembur rambut pada bekas penyingkiran tadi sebagai perlindungan.


3.PEWARNA KUKU ROSAK
-Korang pakai pewarna kuku?Kalau pewarna kuku korang rosak,apa yg korang kena buat?Cuba korang ratakan semula dengan jari sendiri.Kalau tak berjaya jugak,gunakan warna lain pada bahagian permukaan atas kuku korang menggunakan span dan cipta rekaan yg baru agar lebih ceria.


4.CELAK KERING
-Celak garisan luar mata mengering?Titiskan sedikit air ke dalam bekas celak tu..Gaul sehingga sebati..Cara ni boleh melambatkan tempoh untuk membeli celak yg baru..


5.MASKARA BERGUMPAL
-Kalau korang nak beli maskara,cuba tanya kat penjual tersebut sama ada diorang ada sediakan sampel berus atau tak..Lebih elok,gunakan sampel percuma yg masih elok sebelum disapu ke bulu mata korang.


6.KULIT MENGELUPAS
-Minyak kelapa antara pelembap yg terbaik untuk kulit wajah..Korang boleh sapukan minyak kelapa pada kawasan kering sebelum mengenakan sebarang alat mekap..


7.BULU BERUS TERTANGGAL
-Ha macam mana nak buat ni?Nak buang ke?Eh jangan...Basuh berus dengan syampu baby.Pastikan bulu berus tu menghadap ke bawah untuk biarkan ia kering..

8.BEDAK KOMPAK HANCUR
-Jangan buang bedak kompak yg hancur tu..Korang boleh kumpulkan lebihan bedak yg hancur dan campurkan dengan sedikit alkohol untuk jadikan ia kembali padat.Tekan kepingan bedak dengan teliti sebelum biarkan semalaman.Tekstur bedak yg hancur tu akan kembali seperti biasa pada esok pagi..


9.PISAU CUKUR
-Sentiasa bercukur dengan mengikut arah bulu tumbuh untuk elakkan liang roma nampak besar sekali gus menyebabkan permukaan kulit menjadi kasar.


10.MENCABUT BULU KENING SECARA BERLEBIHAN
-Cara untuk mengukir kening kembali terbentuk menarik adalah menggunakan celak pensil..Lukis kening mengikut bentuk bulu kening yg dicipta dan cuba tebalkan sedikit garisan bagi mengelakkannya nampak terlalu nipis.



2 comments:

  1. tips yg bagus, tapi MY yg bawah sekali tak suka, sayang lah nak buang bulu kening...hihihi

    ReplyDelete
  2. Nur x pnh try lagu semua nih..sebab skng lebih selesa tnpa mekap ;)

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.