Sinopsis:-
Sahabat
 sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan 
hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah 
a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan 
bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan 
pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut 
di dalam negara sahaja.
Kepulangan
 Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan 
satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua 
sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan 
Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. 
Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya 
tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan 
Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.
 
 
Disebabkan
 tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap 
tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha
 bersetuju sahaja
 dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. 
Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik 
sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada
 Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun 
disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya 
bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati 
Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan 
mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu
 benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya 
terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan 
kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah
 kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama 
seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan
 dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan
 wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang 
merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam
 PERKAHWINAN…