Tabiat pemakanan yang sihat



Kebanyakan penyakit berpunca daripada amalan makanan yang tidak seimbang.Gaya hidup yang selesa menyebabkan seseorang makan dengan kuantiti yang banyak.Sebab tu,cara nak elakkan daripada terkena penyakit,amalkan tabiat pemakanan sihat dan seimbang.Meh nak share beberapa panduan yang boleh diikuti tentang cara pemakanan yang sihat.. ^_^


*SARAPAN*
Bijirin yang mengandungi tinggi serat seperti emping beras,bijirin jagung dan susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dengan marjerin lembut.Teh dan susu rendah lemak..


*MINUM PAGI*
Buah-buahan seperti epal,jambu batu,betik dan limau.Kopi dan susu rendah lemak.


*MAKAN TENGAH HARI*
Sandwich,roti penuh bijirin dan marjerin lembut,sup sayur dan ikan bakar atau ikan rebus serta buah-buahan.Minum pulak pilihlah air suam.


*MINUM PETANG*
Popia basah dan buah-buahan.Teh dan susu tepung rendah lemak.


*MAKAN MALAM*
Nasi putih,sup sayur yang dicampur dengan isi ayam yang telah dibuang kulit,roti penuh bijirin,rojak atau salad sayur-sayuran serta buah-buahan.Minum susu tanpa lemak.Kurangkan pengambilan minuman teh dan kopi kerana mengandungi banyak kafein yang tak sesuai untuk penghidap penyakit migrain.


9 comments:

  1. hehhe..memang main bedal je makan

    ReplyDelete
  2. betul tu nadia..Acik makan ikut suka sbb berat badan ok lagi...za...happy birthday ye..x dpt nk post entry hari tu..nnt acik pos hadiah bila banjir dah mula surut

    ReplyDelete
  3. Saya makan apa yang sedap je..tak sedap tolak tepi..hahahha

    ReplyDelete
  4. kadang pakai makan je sebab dah tu je yg ada :)

    ReplyDelete
  5. Slalu akak makan ikut selera jer.. hehehe..

    p/s Za akak tag untuk GA nih..
    http://izzeyda.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-czech-germany.html

    ReplyDelete
  6. Teringin nak amalkan gaya hidup sihat camni tapiii .......

    ReplyDelete
  7. Adoi za...cik akak engko nie..makan tak boleh kata...janji sedap..kiki

    ReplyDelete
  8. Tak terikut nak makan camni..
    Bedal punya bedal, berat bertambah.
    Dalam menyesal tu pun makan banyak lagi..;-(

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.