Tips merawat gigi yang kekuningan



Assalamualaikum..Ada yg menghadapi masalah kekuningan pada gigi?Apa yg menyebabkan gigi kuning ni?Banyak sebab sebenarnya..Malas menggosok gigi sebelum tidur yang akan menyebabkan kuman terkumpul di celah-celah gigi seterusnya mengaktifkan bakteria degil.Kedua,cara menggosok yg salah juga punca gigi tak sihat dan kekuningan.Untuk yg merokok pulak,kesan nikotin turut menjejaskan warna putih asli gigi dan menukarkannya menjadi kuning.Selain tu,penggunaan ubat gigi yg tak sepadan dengan gigi pun boleh menjadi punca masalah ni..


Jom amalkan cara tradisional memutihkan gigi..


1.KAYU SUGI
-Merawat gigi boleh dilakukan menggunakan kayu sugi atau lebih dikenali sebagai dahan dan akar phohon yg dapat digunakan untuk membersihkan gigi,gusi dan mulut.Cara ni dah dilakukan sejak zaman dulu lagi untuk menjaga kebersihan dan kekuatan gigi.Namun,syaratnya ia mestilah lembut dan terjaga kebersihannya.



2.MEMAKAI ARANG KAYU
-Arang tu hitam kan?Kalau guna tak hitam lagi ke gigi tu?Sebenarnya,arang dapat menolong memutihkan gigi.Tapi,jangan guna banyak sangat.Dan jangan guna terlebih kerap..Guna bila perlu sahaja.



3.KULIT JERUK
-Tak sangka kan?Kulit jeruk yg selama ni kita buang ja dapat merawat masalah gigi kuning..Caranya,gunakan bahagian kulit jeruk yg berwarna putih untuk gosok pada gigi.Lakukan secara teratur setiap hari dan gigi akan kembali putih.Tapi,jaga-2 untuk orang yg mempunyai gigi sensitif sebab kandungan vitamin C di dalamnya tak sepadan dengan gigi korang.


4.GUNA STRAWBERI
-Selain sedap untuk dimakan,strawberi jugak menyimpan keistimewaan yg lain.Ia dapat membantu memulihkan gigi secara semula jadi.Hanya gosokkan strawberi di gigi.



5.LEMON DAN GARAM
-Berkumur dengan jus lemon yg dicampurkan dengan setiap garam turut memberikan kesan memberangsangkan.Tapi,jangan terlalu kerap sebab garam dapat merosakkan lapisan gigi kalau diambil terlampau kerap.



6.GUNA BUAH PINANG
-Buah pinang..Kat kampung senang nak cari kan..Buah pinang ni boleh memutihkan gigi..Caranya,bakar buah pinang pastu hiris lembut sehingga menjadi halus.Kemudian,gosokkan bijinya yg telah halus ke gigi dengan menggunakan sabut pinang ataupun kain.Lakukan 2 minggu sekali dan tunggu hasilnya.Selain tu,buah pinang turut menguatkan gigi.



7.PRODUK SUSU
-Tahukah korang yg produk susu yg terjual di pasaran seperti keju dan yogurt mengandungi kalsium yg tinggi dan baik untuk membantu memulihkan gigi.Jadi,banyakkanlah minum susu untuk dapat manfaatnya.



8.GOSOK GIGI SETIAP HARI
-Cara yg terakhir,rajin mengosok gigi setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu pagi,petang dan malam sebelum tidur.Masa berus tu jangan terlalu kasar ye..



8 comments:

  1. Wah.. Boleh try guna strawberry la pas ni..

    ReplyDelete
  2. stawberi! strawberi~ and milk. :D

    ReplyDelete
  3. Goods tips..kna la rajin brsihkn Gigi baru putih bersih hihi

    ReplyDelete
  4. Susah oh nak gigi putih berseri ni paling senang pun jumpa dentist je tapi duittt hahah

    ReplyDelete
  5. akak paling suka yang no 8 hehehe

    ReplyDelete
  6. sya slalu amalkan yang number 8 tuh . tapi tak berapa kesan . mungkin sebab sya gosok terlalu kuat ( tapi memang pon ) heheheee . thanks for info . nanti nak cuba number 4 & 7 pulak lah . :)

    ReplyDelete
  7. Pokok pinang ada la blkg rumah, org tua2 dulu suka makan .. Kalau bab gosok Gigi .. Dayah gosok sehari 6 kali , sebelum ambil wuduk mesti gosok .. Tapi maybe cara gosok tak betul kut .. Huhuhuu .. Thanks for the tips

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.