Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Petua hilangkan lingkaran gelap bawah mata




Assalamualaikum..Mesti pernah alami lingkaran gelap  bawah mata kan?Tu tandanya mata kita lesu dan memberi kesan kepada penampilan diri sekiranya kita tidak atasi.Mata yg letih akan membuatkan wajah nampak kurang bermaya.Walaupun boleh ditutup dengan mekap,tapi hanya sementara..Jom cuba beberapa petua di bawah untuk merawat masalah ni..


1. Ambil kiub ais dan sapukan keliling mata.Urut lembut selama beberapa minit.Kalau rasa sejuk sangat,berhenti sekejap lepas tu ulang balik.Bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan sekaligus membuatkan mata menjadi lebih segar.



2.Untuk yg tak tahan sejuk,boleh letakkan tuala yg lembap dalam peti sejuk selama 30 hingga 60 minit.Ambik tuala lembap tersebut dan tekapkan pada mata.Buat beberapa kali sampai mata rasa segar.



3.Sediakan 2 hiris timun.Jangan hiris nipis sangat,ambik timun dan tekapkan pada mata selama setengah jam.Kalau nak kesan yg lebih baik,rajin2kanlah ulang buat ni beberapa kali dalam seminggu.



4.Uncang teh pun boleh guna..Ambik uncang teh yg dah digunakan kemudian tampal pada mata.Biar selama setengah jam untuk dapat kesan lebih baik.Ha nak pesan ni,kalau guna uncang teh yg dah dimasukkan gula,tolong bersihkan betul2 uncang sebab takut semut mai hurung pulak masa guna.. :P



5.Dapatkan tidur yg secukupnya.Ni penting..Sekurang2nya 6 atau 7 jam sehari.Kaedah terbaik untuk dapatkan mata lebih segar bugar dan boleh elakkan lingkaran gelap bawah mata.



6.Campurkan perahan timun dan gel daun lidah buaya pastu simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.Pastu ambik kapas muka,celupkan ke dalam campuran gel tadi dan terus sapu di bawah mata.Tunggu sampai kering baru dibilas.Ulang dua atau tiga kali seminggu untuk dapat kesan yg lebih baik..


Selamat mencuba.. ! :D


Petua merawat tapak kaki pecah



Assalamualaikum..Korang pernah dak hadapi masalah tapak kaki pecah?Mesti rasa tak selesa kan..Kalau dibiarkan,mungkin akan jadi lebih serius..Eeee ngeri tambah sakit lagi.. T_T
So,meh Za nak share sikit petua nak rawat tapak kaki pecah..


PETUA-PETUA MERAWAT TAPAK KAKI PECAH

1.Masukkan beberapa keping asam keping kedalam besen yg berisi air suam.Rendamkan kaki dalam masa setengah jam.Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh kaki halus dan cantik.

2.Sapukan losyen di tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari.Lakukan sehingga kaki sembuh.

3.Sapukan getah betik muda ke tempat yg merekah sehingga kulit kaki dalam keadaan seperti sedia kala.Tapi,perlu dilakukan dengan kerap.

4.Selain itu,boleh jugak gunakan belimbing buluh.Dengan cara gosokkan tumit kaki dengan buah tu.Kemudian berus lembut untuk menyapu belimbing buluh di permukaan tumit kaki..

5.Rendamkan kaki dengan air suam dan gosokkan dengan bawang putih sehingga tumit kaki kembali halus seperti dulu.

6.Gunakan selipar walaupun berada di dalam rumah atau di tempat kerja.Yalaa,mungkin korang kena berdiri lama kat dapur masa memasak.

Sekian,Selamat mencuba! :)


 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.