Rahsia warna gincu


MERAH
-Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri tinggi.Selain itu,mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain.Pendek kata,jangan cuba main-main dengan mereka.Buruk akibatnya nanti!Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

COKLAT
-Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej.Bagi mereka,bakat dan keupayaan diri adalah perkara lebih penting.Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri tinggi dan stabil dari segi emosi.Mereka juga simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

LIP GLOSS TANPA WARNA
-Ia menjadi pilihan mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa warna.Malah paling tidak pun,mereka hanya memilih pengilat bibir mengikut warna bibir.Walaupun tanpa warna,ia tetap memberikan kesan tersendiri.Personaliti si pemakainya juga cukup mudah.Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai.Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.

UNGU
-Mereka memilih warna ungu adalah mereka yang sofiskated dan punya pertahanan diri jitu.Selalunya mereka ini jenis berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain.Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini.


3 comments:

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.