Tip untuk bantu orang yang susah bangun pagi



Assalamualaikum..Za nak share sikit tentang tip untuk bantu orang yg liat sangat nak bangun pagi..kalau yg senang bangun pagi,rasa lapang ja dada..tapi kalau nak kejutkan orang yg susah bangun pagi ni memang sangat-sangat-sangat menguji kesabaran..rasa macam nak simbah air ja..haha.. * cara kejam*


TIPS 1 :  TIDUR YG EFEKTIF
-Untuk memudahkan bangun pagi,sebaiknya tidur lebih awal.Kalau tidur tidak mengikut putaran jam yg betul akan membuatkan seseorang sukar untuk bangun pagi.Dan jika salah mengambil posisi tidur,macam bantal terlalu tinggi atau suhu bilik terlalu dingin pula akan menyebabkan kerap terjaga pada tengah malam.Kemudian tubuh merasa tidak mendapat rehat yg secukupnya..


TIPS 2 : HINDARI MINUM KOPI DAN COKLAT SEBELUM TIDUR
-Kajian menunjukkan kedua-dua minuman ini adalah yg paling berpotensi mengganggu semasa tidur.Kandungan yg terdapat didalam minuman tersebut akan membuatkan perut rasa tidak selesa dan tidur turut terganggu.

TIPS 3 : BUKA TINGKAP DI WAKTU PAGI
-Sinar matahari yg masuk ke dalam bilik akan membantu individu yg susah bangun pagi ni.So,pastikan buka tingkap atau minta tolong emak bukakan tingkap bilik ketika mengejutkan korang bangun pagi..

TIPS 4 : WUJUDKAN DUA JAM LOCENG
-Korang mesti guna jam loceng untuk kejutkan korang kan..selalu satu ja..so,kali ni jom ubah sikit..guna dua jam loceng.hahaha..Letak satu kat kanan,satu lagi kat kiri.Cara ni memudahkan untuk bangun pagi.Tapi,jangan pulak sambung tidur selepas matikan bunyi jam tu..

TIPS 5 : MINUM SEGELAS AIR
-Selepas alarm berbunyi,duduk dan minum segelas air.Minum sampai habis.Cara ni berguna untuk mengaktifkan tubuh dan badan kembali cergas untuk memulakan waktu pagi.

TIPS 6 : JADIKAN SEMUA AMALAN DI ATAS SEBAGAI RUTIN
-Selepas dah berjaya bangun pagi setiap hari,contoh Ahad hingga Jumaat * Kedah punya * tapi bila sampai hujung minggu kembali bangun lewat,ini salah.Jika dah biasakan diri bangun awal setiap hari,tubuh akan terbangun sendiri pada jam yg sama.Tapi,rutin tersebut akan rosak jika bangun lewat semula.


P/S : Anak dara tak baik bangun lewat..

4 comments:

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.