Tips elakkan dehidrasi kulit



1.Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.Jika cuaca betul-betul panas,korang perlu minum lebih daripada itu.Sekiranya badan tak dapat cukup air,ia akan menyebabkan tubuh korang dehidrasi.Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja.Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan.Sebagai contoh,kopi boleh membuatkan kulit korang bertambah kering dan juga mungkin menyebabkan masalah kulit lain seperti jerawat.

2.Makan makanan berkualiti tinggi yg kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.Elakkan makan kanji,gula,makanan ringan,kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3.Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yg menyebabkan masalah kulit kering.

4.Elakkan berada di dalam tempat yg berhawa dingin untuk satu jangka masa yg lama.Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering.Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh walaupun suhu persekitaran sejuk.

5.Basuh muka korang tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka.Cucian yg lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka korang tu.

6.Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka korang,sama ada berminyak atau kering.Ini akan membantu korang untuk memilih produk penjagaan dan solekan yg betul.Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit.Jika kulit korang berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari,ia mungkin bermakna produk yg korang gunakan tidak sesuai.

7.Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam.Tidur yg secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.Pastikan bilik korang dapat pengudaraan yg bersih.

8.Tekap kulit muka korang menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yg diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.


2 comments:

  1. Terima kasih berkongsi :)


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.