Fakta tentang Perempuan & Lelaki


Fakta atau auta?jom baca..:)

Untuk memilih pasangan,lelaki lebih suka kepada perempuan yang kurus.Perempuan pula lebih berminat dengan lelaki yang ala-ala chubby.
Dikatakan bahawa rata-rata manusia di seluruh dunia secara purata akan jatuh cinta terlebih dahulu sebanyak tujuh kali sebelum ditakdirkan bertemu pasangan yang sesuai dan berkahwin.
 Dalam satu kajian yang dilakukan,67% lelaki dan 86% perempuan memberitahu bahawa mereka sebenarnya lebih tertarik dengan seseorang individu yang mudah melemparkan senyuman berbanding individu yang menjaga penampilan luaran jer.
 Untuk pengetahuan korang,cabang ilmu pengetahuan yang mempelajari ciuman dikenali sebagai philematology,manakala philamamania pula adalah dorongan untuk mencium.Philematophobe pula adalah istilah bagi orang yang benci dengan ciuman.
Menakjubkan...bandar Verona yang menjadi tempat tinggal pasangan romantis paling terkenal di dunia,Romeo dan Juliet menerima 1000 keping surat setiap 14 Februari yang ditujukan kepada Juliet.
Sebanyak 58% daripada populasi lelaki di seluruh dunia memilih untuk memberi kejutan kepada pasangan apabila memberikan sesuatu hadiah,berbanding bertanyakan sendiri kepada GFnya apa hadiah yang diingini.
Tidak seperti perempuan,lelaki dikatakan lebih senang untuk berkenalan dengan orang baru dan mengaturkan temu janji pertama dengan seorang perempuan.Hmmmm...boleh percaya ker fakta ni??

4 comments:

  1. ada yang aina setuju . ada yang idok :P

    ReplyDelete
  2. x taw la :p x pnah lalui lagi bnda2 cmni haha

    ReplyDelete
  3. tengah fikir2 jap fakta ni semua... he he he...

    ReplyDelete
  4. ada yang faktaa.. ada autaa jugak.. hehe

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.