Makna di Sebalik Hadiah

Jom baca makna di sebalik hadiah yang pasangan korang bagi untuk korang..:)

PERCUTIAN
-Sudah jelas dan nyata..jika korang mendapat hadiah berupa  pakej percutian,bermakna si dia ingin merakamkan kenangan terindah bersama korang.Dengan memanjakan korang juga akan menjadi satu perkara wajib sepanjang perhubungan yang terjalin.

COKLAT DAN BUNGA
-Hadiah seperti coklat dan bunga boleh dikatakan hadiah yang biasa diberikan.Aroma bunga dikatakan mensimulasikan bahagian otak yang mempengaruhi hati seseorang dan membuat orang tersebut memilik perasaan gembira kepada orang yang menghadiahkan bunga itu.Manakala,coklat pula mengandungi phenylethylamines,kandungan bahan kimia yang merangsang pengeluaran hormon  endorfin yang boleh membuat diri seseorang bahagia.Maknanya...memberi hadiah coklat atau bunga menjadi pilihan kerana ia boleh mewakili perasaan.

MADE BY YOURSELF
-Jika seorang lelaki memeberikan korang sebuah hasil karyanya sama ada berbentuk puisi,CD kompilasi atau koleksi album yang mengandungi foto korang dengannya,bermakna sebahagian daripada dirinya berada dalam diri orang.Malah,si dia menganggap korang adalah insan yang sangat istimewa.

PAKAIAN
-Diakui lelaki bukanlah golongan yang terlalu menitikberatkan tentang pakaian.Maka jika menerima hadiah pakaian dari lelaki korang,itu bermakna si dia mahu sentiasa diingati oleh korang.Tetapi kalau si dia memberi kasut tinggi sebagai hadiah,ia memberi makna yang berbeza.Si dia mahu berhubungan yang lebih intim daripada korang.

BARANGAN BERHARGA(barang kemas)
-Rasa-rasanya susah nak jumpa perempuan yang tidak suka dengan barang-barang berharga seperti barang kemas,kan?So,korang pastinya amat beruntung jika mendapat seorang BF yang kaya dan mewah serta tidak ada masalah dengan duit.Jika ada di antara Bf korang yang menghadiahkan barang kemas,maknanya dia sudah bersedia untuk memberikan komitmennya kepada korang dan mahu hubungan tersebut berkekalan sampai bila-bila.

3 comments:

  1. huhu..selalu pergi bercuti and dapat hadiah kasut and pakaian jer dari si dia..yang lain2 tak pernah lagi la dapat :D
    hehe..nice entry :D

    ReplyDelete
  2. pernah dapat jam ngan coklat.. ehhe >.<

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.