Assalamualaikum..Terlebih rajin pulak nak buat
roti sardin gulung ni..Dan sila abaikan bahagian yg hangit-2 dalam gambar di atas..huhu..Saat entri ni dipublish,dah habis makan sebenarnya..Mesti ramai yg dah taw macam mana nak buat roti ni..Cuma meh la Za nak share jugak resipi dalam blog pink Za ni..
Bahan-bahan yg diperlukan :
-Roti potong Gardenia
-Sardin (dihancurkan)
-Bawang besar (dipotong dadu)
-Perahan asam limau
-Cili merah (dipotong halus)
-sedikit garam
-Telur 2 biji
Cara-cara membuat :
1.Gaulkan sardin yg dihancurkan tadi dengan bawang besar yg dipotong dadu,cili merah,sedikit garam dan sedikit perahan asam limau.
2.Ambik roti,kepitkan adunan tadi bersama-sama.
3.Pecahkan telur dan asingkan di dalam satu bekas yang lain.
4.Salutkan roti tadi dengan telur.
5.Panaskan minyak dan goreng roti.
6.Angkat dan sedia dimakan..