Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Resipi Lokan Goreng mudah dan sedap




Assalamualaikum..Resipi untuk hari ini..Masak yg mudah2 jaa..Tapi sedap taw...^_^


BAHAN-BAHAN : 

- Lokan
- Jintan manis (ditumbuk)
- Jintan putih ( ditumbuk)
- bawang merah kecil (ditumbuk)
- bawang putih
- bawang merah besar
- ubi kentang
- cabai melaka
- serbuk kunyit


CARA-CARANYA :

1.Masukkan sedikit minyak dan bawang putih,panaskan.Tumis jintan manis,jintan putih dan bawang merah kecil yg dah siap tumbuk.

2.Lepas tu masukkan lokan dan ubi kentang.Goreng sampai lokan dan ubi kentang lembut. 

3.Masukkan sedikit serbuk kunyit.Haaaaa,jangan lupa masuk bawang merah besar ye..

4.Akhir sekali campak ja cabai melaka.Goreng2 sampai rasa dah cukup masak.

5.Pastu tunggu apa lagi?Hidang dan kenyangkan perut lerrrrr...... :P



P/S : Maaf yer,resipi entah apa-2..Maklumlah masak ikut suka hati jaa.. 


Resipi telur goreng taucu



Assalamualaikum..Fevret ni..Meh nak share resipi..Yang ni Za buat untuk 4 orang makan taw.. ^_^


Bahan-bahan :

-4 biji telur (digoreng dulu)
-Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
-sebiji bawang merah kecil 
-seulas bawang putih
-Cabai melaka 2 biji
-Sedikit halia
-Taucu



Cara-cara memasak :

1.Masukkan bawang putih,bawang merah kecik,dan halia ke dalam kuali.

2.Masukkan 2 sudu besar taucu.

3.Tambah 1 setengah cawan air untuk dijadikan kuah.

4.Apabila mendidih,masukkan bawang besar.

5.Akhir sekali masukkan telur yg dah digoreng tadi dan biar sekejap pastu boleh hidangkan.. 


P/S : Tak perlu tambahkan garam ye,sebab taucu tu dah memang masin. Selamat mencuba! :D


Resepi roti sardin gulung




Assalamualaikum..Terlebih rajin pulak nak buat roti sardin gulung ni..Dan sila abaikan bahagian yg hangit-2 dalam gambar di atas..huhu..Saat entri ni dipublish,dah habis makan sebenarnya..Mesti ramai yg dah taw macam mana nak buat roti ni..Cuma meh la Za nak share jugak resipi dalam blog pink Za ni..



Bahan-bahan yg diperlukan :

-Roti potong Gardenia
-Sardin (dihancurkan)
-Bawang besar (dipotong dadu)
-Perahan asam limau
-Cili merah (dipotong halus)
-sedikit garam
-Telur 2 biji


Cara-cara membuat :


1.Gaulkan sardin yg dihancurkan tadi dengan bawang besar yg dipotong dadu,cili merah,sedikit garam dan sedikit perahan asam limau.

2.Ambik roti,kepitkan adunan tadi bersama-sama.

3.Pecahkan telur dan asingkan di dalam satu bekas yang lain.

4.Salutkan roti tadi dengan telur.

5.Panaskan minyak dan goreng roti.

6.Angkat dan sedia dimakan..



Resipi Sayur campur versi campak-campak




Assalamualaikum..Mari-2 nak share resipi yg simple tapi sedap lagi berkhasiat..Za suka sangat makan sayur campur..Yang ni versi simple yer..Kita masak mungkin cara berbeza,yg ni cara Za..Za masak campak-2 ja semua ni..


RESIPI SAYUR CAMPUR VERSI CAMPAK-CAMPAK

Bahan-bahan :

- Sayur bunga kobis
- Kobis
- Kacang buncis
-Lobak merah
-Brokoli
-Bawang putih
-Bawang merah
-Sedikit serbuk kunyit
-Sedikit garam

Cara masak :

-Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang merah..
-Masukkan bunga kobis,brokoli,kobis,kacang buncis dan lobak merah.
-Masukkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.
-Kacau kesemua sayur dan tunggu beberapa minit untuk masak.


Ok,dah siap..nama pun simple..Yang penting,campak ja ok.. :P



Mee Sanggul Goreng Simple Tapi Sedap




Assalamualaikum..Ok taw tajuk macam syok sendiri.. -_- Tapi,kisah apa..hehe..Teringin sangat nak makan mee sanggul,so dah siap goreng..Dan dah selamat dimakan..Senang ja nak goreng mee sanggul ni..Sila scroll hingga habis entri untuk taw resipi..hehe..


BAHAN-BAHAN :

250 g mee sanggul - rendam dengan air dulu
400 g udang, dibersihkan (saiz ikut suka)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 sudu besar cili kisar
1 cekak sawi,(potong kecik-kecik)
Sedikit tauge


Bahan Sos:-
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 - 4 sudu besar kicap



Cara membuatnya:-

1. Dalam kuali panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili dan goreng hingga garing, masukkan bahan-bahan sos dan gaul hingga rata.

2. Masukkan mee sanggul dan gaul hingga rata.

3. Masukkan sawi dan taugeh tadi.Masukkan garam secukup rasa.Udang jangan lupa masukkan jugak..

4.Gaul hingga mee sanggul masak.Hidangkan.. 





P/S : Simple kan?Resipi orang malas masak sebenarnya..hehehe.. :P


Nasi Goreng Kampung



Assalamualaikum..Jemput makan..hehe..Nasi goreng kampung..Ni makan kat kedai..tapi tetap jugak nak share resipi dalam blog..Kot nak buat dekat rumah kan..



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 pinggan nasi putih, 
  •  ikan bilis (ikut suka banyak mana)
  • 2 ulas bawang putih,
  • 2 ulas bawang merah 
  • 5 batang cili padi(bagi yang suka pedas),
  • 1 inci belacan,
  • 1 biji telur,
  • serbuk lada hitam,
  • secubit garam(secukup rasa), 
  • sayur kangkung, 

Cara-cara masak :


1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi,belacan dan garam(tidak perlu begitu halus)

2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.

3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.

4..Masukkan telur,kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.

5.Masukkan sayur kangkung,kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.

Kuih Lopes



Assalamualaikum..Menu petang tadi..hehe..Makan kuih lopes..Sedap..So,sekarang nak share sikit cara nak buat kuih lopes..


Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
  • Daun pisang



air gula kuih lopes


Bahan untuk Air gula:
  • Daun Pandan
  • Gula melaka
  • Air


Cara membuat kuih lopes:

  1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
  4. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.

*Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. 


Selamat mencuba!


Hantu petai??



Assalamualaikum..Hantu petai??hehe..Tajuk konon2 nak bikin gempak..Nak story-mory pasai petai ja..Petai busuk?Peduli apa..haha..Sedap oii..Sebenarnya family panggil Za hantu petai sebab suka makan petai tak kiralah samaada jeruk,ulam,sambal dan selagi berasaskan petai..Hehe..So,meh nak share sikit cara-cara nak buat sambal petai dengan udang..*Za tak makan udang sebab alergik,tapi kalau dalam sambal petai balun makan jugak*


BAHAN-BAHAN
udang,dibersihkan *suka makan udang?letak banyak.tak suka udang,letak sikit..hehe*
petai, ambil isinya *kalau ambik kulit sekali lagi sedap*
bawang besar, hiris kasar
asam keping *ikut tahap mana korang nak rasa masam2*
cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas



CARA MEMBUATNYA 

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 


Masukkan asam keping dan kacau rata. Masukkan  petai. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sat,kacau2 dan akhir sekali matikan api. Sedia untuk dimakan.. ^_^



P/S : First time rasanya share resipi dalam blog pink ni..Resipi apa entah,rasa macam cincai ja..


 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.