Tau fu fah baik untuk kesihatan


Assalamualaikum..Za nak share sikit tentang kebaikan tau fu fah..tak taw ape tu tau fu fah?tengok gambar kat atas tu.. :)

Kalau di sebut douhua,doufuhua,tow huay atau tau hua,mungkin ramai terutama daripada masyarakat Melayu dan India tidak tahu.Ia sebenarnya nama lain bagi tau fu fah atau puding tofu yang menjadi kegemaran ramai.
Hidangan ini dikatakan mula dihasilkan pada zaman Dinasti Wang Barat dan sejak itu,ia diubah suai resepinya mengikut cita rasa.Di Malaysia,ia biasanya dimakan manis tetapi di China,ada yang memakannya bersama minyak cili,kicap,lada,kacang atau nasi.
Tau fu fah dibuat daripada susu soya tawar.Ia kaya dengan asid lemak asas,protein,vitamin dan mineral yang memberi tenaga kepada badan.
Susu soya dan tau fu fah juga boleh memperbaiki profil lipid(kerana mengandungi lemak tidak tepu dan tiada kolesterol) dan menguatkan salur darah(disebabkan kehadiran asid lemak omega-3 dan omega-6 yang melindungi salur darah daripada lesi dan pendarahan.
Bagi yang mahu mengurangkan berat badan,ia pilihan tepat dengan syarat kurangkan kuantiti sirapnya.Ia juga mempunyai fitoestrogen iaitu hormon tumbuh-tumbuhan yang unik untuk mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki berumur.
Bagi wanita menopaus,hormon ini dapat melindungi mereka mengurangkan gejala menopaus,risiko sakit jantung,diabetes dan obesiti.Malah ia juga dapat membantu meningkatkan penyerapan kalsium yang sekali gus mencegah kehilangan jisim tulang yang menjadi penyebab osteoporosis.

9 comments:

  1. Yeah! Aina suka yang warna hitam *tak tahu apa nama kuah tuh. Yang kuah warna putih, Aina tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  2. ish..ni yg rasa mcm nk mkn taufufah ni...mana nk cari? lmbat betul bulan puasa.

    ReplyDelete
  3. x tau plak yg taufu fah ni baik utk kesihatan...boleh turun berat plak tu...ni yg best ni kn...ade org ckp kalo ltak dlm peti ais lg best....mkn sejuk2 gitu... btw, jenguk2 la blog kite...kite baru lg... wanhudadiniey.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. farah pun suka makam jugak dulu tapi sekarang dah tak makan dah tapi sejak tahu tau fu fah ni baik untuk kesihatan kena makan balik ni

    ReplyDelete
  5. nini kureng minat la plak dgn taufufah ni..hehe

    ReplyDelete
  6. sedap suka sgt..pasar malam ada jual kan

    ReplyDelete
  7. Saye suka perisa pandan n pisang ehe

    ReplyDelete
  8. Saye suka perisa pandan n pisang ehe

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.