Jangan sebar foto serpihan mangsa

Alor Gajah: Ibu kepada ketua pramugara MH17 Mohamad Ghafar Abu Bakar, Maimon Sarpan, 74, memohon masyarakat tidak menyebarkan gambar serpihan pesawat dan keadaan mangsa bagi menjaga sensitiviti keluarga mereka.
Maimon berkata, tindakan berkenaan menambahkan lagi kesedihan yang dialami keluarga mangsa nahas terbabit. 
"Saya minta supaya mereka tidak menyebarkan gambar berkenaan kerana ia menambahkan lagi kesedihan kami, jagalah hati keluarga keluarga semua mangsa. 

"Hancur rasa hati bila terima berita ini, hanya Allah yang tahu isi hati saya sebagai ibu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah di sini.

IBU kepada Ketua Pramugara MAS, Mohd Ghafar Abu Bakar menunjukkan gambar lama bersama anaknya. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Menurutnya, dia mengetahui mengenai kejadian menimpa anak sulungnya itu selepas dihubungi menantunya Normi Abdullah, 54, jam 12 tengah malam tadi.
sumber SINI

2 comments:

  1. Bagus juga permintaan tu.

    Walaupun cuma serpihan, tapi itu adalah sebahagian daripada mangsa. Mungkin yang kita pegang, share itu aurat dia. Nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Betul tu ..hormatilah permintaan mereka

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.