Harga nombor plat kereta di China MAHAL

gambar sekadar hiasan

Penduduk China lebih gemar memandu kereta keluaran asing seperti Buick,Ford,Volkswagen dan Toyota,malah sembilan daripada 10 pengguna jalan raya di Shanghai didapati memilki kereta dari negara Barat.Ia bukan menandakan mereka lebih sukakan rekaan atau enjin keluaran asing,namun harga bagi nombor plat untuk kenderaan keluaran tempatan yg mencecah puluhana ribuan yuan menjadi penyebab kepada kelembapan jualan kenderaan tempatan.

Shanghai antara empat bandar di China yg mengawal penjualan kenderaan dengan cara menetapkan kuota kepada pendaftaran nombor plat hingga ada yg mencecah RM44,262 bagi satu nombor plat.Malah harga berkenaan tidak masuk akal kerana ia sudah melebihi nilai kenderaan yg dikeluarkan di China seperti jenama terkenalnya,Chery,Geely dan Great Wall.Biarpun golongan berpendapatan sederhana boleh membeli kereta,harga nombor plat yg tidak munasabah membuatkan mereka tidak mampu memilik kenderaan.

No comments:

Post a Comment

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.