Cara mudah dapatkan kuku bersih dan cantik



BUANG KOTORAN
-Buang kotoran di bawah kuku dengan bahagian runcing yang biasanya disertakan bersama pemotong kuku.Berhati-hati ketika membersihkannya kerana objek tajam boleh mendatangkan bahaya.Pastikan setiap kotoran yang terperangkap di bawah kuku dapat dibersihkan sepenuhnya.Berada di bawah lampu atau cahaya terang  juga dapat membantu kerana kotoran mudah dilihat.

CUCI BAHAGIAN LUAR KUKU
-Apabila bahagian dalam kuku benar-benar bersih,beralih pula ke bahagian luarnya.Gunakan berus gigi bersih dan campuran air serta sabun lalu gosok pada kuku.Jangan abaikan bahagian dalam kuku dan seluruh jari.Jika ada yang menggunakan pengilat kuku,biarkan saja jika ia tertanggal sedikit.Apabila selesai,basuh tangan dan lap hingga kering.

GOSOK KESELURUHAN KUKU
-Gunakan penanggal pengilat kuku dan gosok di keseluruhan permukaan kuku.Cara ini bukan saja dapat menanggalkan baki pengilat,tapi turut membantu menyingkirkan kotoran yang masih ada.

RENDAM KUKU
-Rendam kuku dalam semangkuk air suam yang dicampur sabun dan biarkan selama tiga minit.Jangan rendam seluruh tangan,cuma kuku.

POTONG KUKU
-Basuh tangan sekali lagi dan kali ni gosok sepenuhnya dengan sabun serta air suam.Jangan gosok,tapi lapkannya secara lembut hingga kering.Sapu losen bertekstur mewah dan biarkan ia meresap pada seluruh tangan.Potong kuku setiap 10 hingga 15 hari bagi memastikannya pendek dan dalam keadaan baik.


4 comments:

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.