Mee Sanggul Goreng Simple Tapi Sedap




Assalamualaikum..Ok taw tajuk macam syok sendiri.. -_- Tapi,kisah apa..hehe..Teringin sangat nak makan mee sanggul,so dah siap goreng..Dan dah selamat dimakan..Senang ja nak goreng mee sanggul ni..Sila scroll hingga habis entri untuk taw resipi..hehe..


BAHAN-BAHAN :

250 g mee sanggul - rendam dengan air dulu
400 g udang, dibersihkan (saiz ikut suka)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 sudu besar cili kisar
1 cekak sawi,(potong kecik-kecik)
Sedikit tauge


Bahan Sos:-
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 - 4 sudu besar kicap



Cara membuatnya:-

1. Dalam kuali panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili dan goreng hingga garing, masukkan bahan-bahan sos dan gaul hingga rata.

2. Masukkan mee sanggul dan gaul hingga rata.

3. Masukkan sawi dan taugeh tadi.Masukkan garam secukup rasa.Udang jangan lupa masukkan jugak..

4.Gaul hingga mee sanggul masak.Hidangkan.. 





P/S : Simple kan?Resipi orang malas masak sebenarnya..hehehe.. :P


9 comments:

  1. Sekali-sekala makan yang simple. Kadang-kadang lebih sedap dari yang remeh-remeh nak.masak.

    ReplyDelete
  2. dulu nak dapatkan mee sanggul ni beli kt kampung je (taiping).. susah nak cari kedai yg jual ni.. skang ni tak tau la sbb skang pon still beli kat sana.
    suka mak sendiri yg masak, sedap. basah basah gitu.. heee

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan mee sanggul nii.. tapi nampak macam sedap..

    ReplyDelete
  4. arrrghhh nampak sedap! thor goda i! :D

    ReplyDelete
  5. nampak sedap, tapi tak pernah masak guna mee sanggul lagi..

    ReplyDelete
  6. tak pernah mkn..huhu.. nampak sedap :)

    ReplyDelete
  7. Akak baru plan pg nie nk msk mee sanggul..hehehe

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.