BAYI DIHUMBAN DARI TINGKAT 5! PECAH KEPALA..'ANGKARA MANUSIA BERTOPENGKAN IBLIS'!!

KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan. Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan
perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis!
 
 

Showdown 2013 Audition



The Biggest Dance Competition is back with New Vibe. New Format. New Categories. Bigger Prize Money! Come for the audition this coming 11th May, 9am-3pm at Menara Matrade (Hall A), Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta. CLICK HERE

1st Double Giveaway by AinMfna

Assalamualaikum..jom join GA awesome ni..klik banner comel kat atas taw..:)

ni banner blog Za ..


       Tarikh Mula : 29 April 2013 ( Isnin )
       Tarikh Tamat : 29 Mei 2013 | 11.30 Malam ( Rabu ) @ Cukup 100+ Penyertaan 
       Tarikh Umum Pemenang : Belum diketahui

Samsung Galaxy S4, your life companion.

Samsung Galaxy S4, your life companion.

Finally, the Samsung Galaxy S4 series have arrived to our shore. Not only is it a gadget to keep your loved ones near by, Samsung Galaxy S4 comes with various function that surpass a normal phone; it cares for your health and well-being as well!

Check out the many features of the Samsung Galaxy S4 that helps to make your life richer, simpler, and more fun! Click Here

Hebatnya ciuman

Assalamualaikum..mak cium ceq cepat..banyak2 taw..:D

Doa Elak Dirogol

Assalamualaikum..bersama-sama kita amalkan..insyaAllah.

Susah kalau orang tak paham bahasa melayu!

Assalamualaikum..just share pengalaman sendiri..hemm..susah kalau jumpa orang macam ni?orang yang macam mana?ORANG YANG TAK PAHAM BAHASA MELAYU! Serius memang tersangat-sangaaaaaaaaaat meluat..bukan apa..contoh yang selalu Za lalui dalam kehidupan seharian..Za takda kredit handphone.dan tetiba membe mesej..just nak tanya dok buat apa.makan dak lagi..Za pun reply2 dan kredit memang dah nazak ni*bahasa budak2*.Za pun bagitahu terus-terang yang kredit takde dan tiba2 melenting tak tentu pasal kata kita sengaja tak nak mesej ngan dia,mesej pakwe boleh ada kredit pulak.wahh,ini sudah lebih woi!!! 

*sejujurnya selalu mengharapkan menang topap dalam segmen/ga dalam blog je*
dah memang aku takda kredit,bukan sengaja taknak mesej.aku bukannya kaya nak topap selalu..hampa2 penah  berada dalam situasi macam ni??

p/s : ada sape2 nak tolong bagi topap free? :3

April-May Giveaway By Simplesyara

Assalamualaikum..Za bukan Maxis/Celcom/Digi..tapi Za pengguna Maxis..:) hehe..*ok tak lawak* kelik banner kalau nak join.

Tarikh Penting :


Tarikh mula 28 April 2013 *pukul 1 petang*
Tarikh habis 28 Mei 2013 *pukul 1 petang*
Tarikh umum pemenang 30 Mei 2013

Tip mudah menyediakan penawar sakit tekak atau batuk

SHARING: penawar sakit tekak atau batuk
Tip mudah menyediakan penawar sakit tekak atau batuk

Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan.
Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam.

SELAMAT MENCUBA!! =)

Mula-mula sakit,lepas tu syok

You paksa I → You kata
tak sakit sebab you nak
buat slow → You suruh I
buka → I pun buka lah →
You dah masukkan → I
sakit → Bila you dah
cabut → I nampak ada
darah → You dah berjaya
cabut gigi I :D
 
 

Doa dapat anak lelaki atau perempuan

Assalamualaikum..sape2 nak anak mengikut apa yang korang nak,sila amalkan doa2 ni..tapi kita hanya mampu merancang,Allah S.W.T. yang menentukan..:)

Selepas 'bersama' baru kantoi

Assalamualaikum..err..sori kalau agak melampau entry ni..

Gwiyomi apakah ini?

err..gwiyomi yang korang kata cute tu macam ni ke?

KISAH TITANIC TENGGELAM DALAM SURAH YASSIN!!

KISAH TITANIC TENGGELAM DALAM SURAH YASSIN | Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

Ucaplah, SUBHANALLAH!
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.
 
وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ

43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR!!
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :
''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.
Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.
 
''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic.

SUBHANALLAH!
 

Kisah suami curang,isteri mengadu pada tok kadi

Seorang isteri yang cemburukan
suaminya mengadu kepada Tok
Kadi.

Si Isteri: Suami saya curang, bila
saya tepon, selalu ada
perempuan lain yang jawab.

Tok Kadi: Apa kata perempuan
tu?

Si Isteri: Saya tak faham sebab
dia cakap omputih. Kalau tak
silap dia kata, "…. Please leave a
message after the tone".

Tok Kadi : @#%?

Dapat masuk form6 tapi....

Assalamualaikum..Alhamdulillah..Za dapat masuk form6.tapi..Za tolak..sebab Za tak minat..sori form6..gud luck kat korang2 yang nak sambung form6..:)

iPhone 5 dan iPad Mini untuk dimenangi

Mash-up your own video, share it and WIN!

iPhone 5, iPad Mini, Fujifilm Instax Mini .. Here's how you can WIN them!

Register and submit your entry and stand a chance to win these amazing prize from F&N!---> CLICK HERE <----

10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya..

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
 
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sayangi ibu & isteri anda :)
 
 sumber

Masuk melalui tingkap bersaiz kertas A4

Assalamualaikum...terpegun tengok cara dia masuk..:o

Kelebihan Minum Air Masak

Assalamualaikum..tengah syok ber'fb' tadi,terjumpa pulak so apa salahnya share kan?

-LuPikirLaSendirii -

Siapa heroin dalam cerita ni?

Assalamualaikum..Korang peminat cerita Iron Man?korang nak taw siapa heroin dalam cerita Iron Man ni?26 April akan muncul..jom tengok SINI

Internet untuk Twitter 3 bulan PERCUMA!!

Assalamualaikum..just nak bagitaw yang sekarang korang boleh dapatkan internet secara percuma 3 bulan untuk melayari twitter..dapatkannya di sini

Hebatnya kaum Hawa

Assalamualaikum..Za bangga jadi kaum Hawa..:)

Terima kasih buat aku macam ni,KAWAN

Assalamualaikum..Aku tak dak mood nak meng'update' entry banyak2 malam ni..just nak update pasal seseorang insan yang aku dah anggap kawan walaupun kitorang tak rapat..Aku ingat dia boleh jaga perasaan aku sebab Capital D bersama dengan aku..biarlah aku bagi nama insan tu Capital P.selama aku kenal dia,dia baik.selalu lemparkan senyuman dia kat aku dan Capital D.tapi senyuman dia tu ada makna..patutlah tadi aku tergerak hati nak buka fb Capital D.rupanya Capital P ada send mesej dalam inbox.tak perlulah aku nak jelaskan secara terperinci mesej tu macam mana.yang jelas,rindu dan sebagainya ada..sangat menyakitkan hati aku yang membaca..Capital D aku tak on9 selalu fb sebab line internet takda kat rumah,so dia tak sempat nak baca..Capital P and Capital D dok sekelas tahun lepas.masa sekolah Capital P tak tunjukkan sikap dia yang macam sekarang..tapi kenapa dia mulakan semua tu sekarang..maybe sebab kami semua dah habis sekolah.dan tak berjumpa macam selalu..sesak dada bila taw kawan sendiri buat macam ni..satu sekolah taw macam mana hubungan aku dengan Capital D..sangat rapat..dia je disisi aku.tetiba sekarang ada pulak yang nak merampas kebahagiaan kami..hemm..biarlah entry ni berakhir kat sini..sebab aku dah tak mampu nak taip sebab dikaburi oleh 'mutiara jernih'..:')

p/s : entry meluah perasaan,touching2 sebentar.sori kalau korang tak suka..:')

JANGAN

~ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

~ JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

~ JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

~ JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

~ JANGAN ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.

~ JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

~ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

~ JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

JEMPUTAN KE PARTI MICROSOFT

Assalamualaikum..just nak bagitaw yang Microsoft ada buat parti u alls..korang dijemput taw,..selanjutnya tengok Sini . eh nak bagitaw lagi..korang boleh jumpa 2 artis popular taw..nak taw siapa?tengok SINI .

Artis popular jemput ke parti

Assalamualaikum..Za nak bagitaw ni yang 2 orang artis popular jemput korang ke parti..nak taw lebih lanjut?klik JEMPUTAN

Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus

GAMBAR 1 menunjukkan pendakap gigi tulen yang berfungsi meluruskan semula struktur gigi sementara gambar 2, 3, dan 4 pula contoh set tiruan yang kini menjadi fesyen dengan dipasarkan dalam pelbagai warna.
BENTONG – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus.
Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan pendakap gigi di pasaran dalam talian.


Menurutnya, pendakap gigi semakin popular terutama dalam kalangan remaja bukan kerana fungsi mencantikkan gigi tetapi lebih kepada trend atau fesyen semasa.
“Kalau mahu mencantikkan gigi, orang ramai perlu mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar pergigian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas Bentong semalam.
Tiong Lai juga berkata, kerajaan boleh menyekat atau mengawal penjualan pendakap gigi namun tidak boleh mengawal pembelian menerusi internet.
Angkasawan Negara yang juga doktor gigi, Mejar Dr. Faiz Khaleed ketika dihubungi semalam menganggap amalan memakai pendakap gigi yang dibeli melalui internet berbahaya dan merugikan diri sendiri.
“Pendakap gigi berkualiti diperbuat daripada keluli tahan karat manakala peralatan sama yang dijual di internet tidak diketahui asal usulnya,” kata beliau.
Walaupun kos memasang set pendakap gigi di klinik boleh melebihi RM4,000, harga bagi set yang mempunyai pelbagai corak di internet hanya RM150 hingga RM170 sepasang.

Jom kelik2 iklan :)

Assalamualaikum..selamat malam..entah kenapa hari ni rasa macam takde mood nak update..mungkin sebab letih kut..jaga budak kecik yang semakin nakal..penat2..eh,tertaip banyak pulak..hehe..Za just nak mintak tolong korang..eh?korang tengok sapa tu?Za cakap korang la..yang comei2 dan hensem2 yang tengah baca entry Za ni..hehe..jom tekan2 iklan..jujur taw..Za tak suka orang yang tak jujur..please ok..

korang kelik iklan ni taw..

dah kelik?korang tingallah iklan korang dalam komen..nanti Za kelik..

p/s : sedekah2..xD

Warga emas ‘hamilkan’ anak sotong

gambar hiasan
SEOUL- Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng.
Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gu si, lidah serta pipinya.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah juga terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.

Doa tidur vs Gwiyomi

sumber dari HafizHamidun

16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI




1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim
ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
 
sumber dari BabyIdamanShop 

Respect Your Bff!


Assalamualaikum..korang mesti ada bff kan?bukan boy fren forever..tapi best fren forever..Za ada..dua2 dok kat KL sekarang..rindu diorjom ke topik utama..apa yang perlu ada dalam PERSAHABATAN? jom tengok..

FRIENDSHIP D0'S
Respect each other.
Menerima perbezaan dan pendapat.
Saling menjaga hati dan perasaan sesama sendiri.
Menyokong sesama sendiri.
Mendengar.
 Menunaikan janji.
Berkongsi dan cuba menyelesaikan masalah.
Terbuka untuk bersahabat dengan orang baru.
Laugh and have fun together.
Mempercayai sesama sendiri.
Berkongsi kejayaan.
Sentiasa punya masa bersama.
Put effort into the friendship.
Jadilah seorang sahabat yang baik setiap hari.

FRIENDSHIP DONT'S
Gosip.
 Sentiasa bersaing.
Cancel plans.
Judge according to looks.
Cemburu.
 Suka membuat fitnah.
Bercakap negatif.
Tiada tolak ansur.
Mempunyai niat buruk di sebalik persahabatan.



Tanda-tanda pasangan curang

Assalamualaikum..Za nak ajar cam na nak korang nak taw pasangan korang curang..*macam pandai sangat nak ajar orang*hehe..

Kurang berikan perhatian
-Pada permulaan korang akan berasa perubahan terhadap diri pasangan.Misalnya,tidak lagi berbalas mesej dan mencuba mencari kesalahan korang walaupun kesalahan yang korang lakukan itu tidaklah sebesar mana dan mula bertindak menengking serta berbual secara sinis dengan memperli dengan kata-kata menyakitkan hati.
Menghabiskan banyak masa di tempat kerja
-Hal ini akan berlaku secara tiba-tiba dengan menghabiskan banyak masa di tempat kerja kemudian pulang lewat ke rumah.Ini sering terjadi kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.Tetapi janganlah berfikiran buruk terhadap mereka kerana mungkin benar mereka berkerja keras untuk beri kesenangan kepada korang.Sebelum membuat andaian buruk,siasat terlebih dulu untuk tahu perkara sebenar.
Bau
-Setiap pasangan yang sudah berkahwin akan mengenali bau pasangan mereka dan jika ada terdapat perubahan pada bau pasangan korang perlu lebih berhati-hati.
Jawab panggilan telefon secara sembunyi
-Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan,rasanya tidak perlu untuk pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka.Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon di hadapan pasangan mereka.Ini adalah untuk megelakkan rasa curiga.Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah,rahsia dan sebagainya.Jadi tidak perlu untuk dirahsiakan.
Layan internet sampai larut malam
-Zaman serba canggih ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk curang.Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet.Sekiranya sebelum ini pasangan korang tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam,korang perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu.
Bil bayaran yang luar biasa
-Seorang yang cuba untuk curang pasti  akan menghabiskan lebih banyak wang.Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang,apabila diperuntukkan untuk dua orang sudah pasti perbelanjaan akan semakin meningkat.Hal ini sering terjadi kepada orang yang sudah berkahwin.Pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada,ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga.Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

Tidak memakai cincin yang diberi
-Kebanyakan orang yang bercinta akan memakai cincin sebagai tanda cinta.Cincin juga adalah satu 'sentimantel value' untuk sesebuah pasangan.Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dulu sebelum memulakan agenda mereka.Kerana cincin melambangkan status empunya diri.Sekiranya pasangan korang sudah tidak memakai cincin yang korang berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya,korang perlu mengesyaki sesuatu.

p/s : tapi jangan serbu tak pakai helmet kalau lepas baca ni betul2 ada pada pasangan korang.serbu dengan berhemah ye,, B)

Novel Khilaf Semalam

Sinopsis:-
Demi menjaga maruah kedua-dua buah keluarga mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Mereka percaya itu bukan khilaf mereka tetapi sesuatu telah menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini, cuma mereka sendiri tidak pasti kenapa dan bagaimana ianya berlaku.
Liyana Balqis menjadi pesalah dan rela dihukum walaupun terpaksa. Hasbul Warits, sejak menjadi pesalah secara tidak sengaja dia terikat dengan Liyana Balqis dan berkongsi ibu dan ayah dengan gadis ini. Kehadiran sepasang kembar, Irfan dan Aulia menceriakan hidupnya. Liyana Balqis menjadi ibu muda yang terpaksa bersusah payah menjaga anak-anaknya sementara sang suami sibuk dengan pengajiannya. Mujurlah dengan bantuan ibu mertuanya, dia berjaya menjaga kedua-duanya.
Sehinggalah suatu masa, dia juga terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya demi cita-cita yang belum terlaksana. Dia juga mahu menjadi insan yang berjaya, walaupun berat hati meninggalkan si kecil dia tetap melangkah pergi.
Kemunculan Liyana Balqis sebagai salah seorang pelajar baru di tempat yang sama memberi ruang kepada dia dan suaminya bersatu kembali. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk bertemu. Ketika hari pendaftaran, Ziky yang merupakan sahabat Hasbul Warits sedang terpukau dengan gadis yang menyapa mereka. Diperkenalkan sebagai anak kepada guru sekolah Hasbul Warits, Liyana Balqis selesa begitu. Tidak seorang pun tahu apakah hubungan mereka berdua. Rahsia dijaga dengan rapi tanpa seorang pun menyedarinya, waima insan paling rapat dengan mereka sekalipun. Ziky juga selesa dengan pengakuan itu. Peluangnya cerah.
Selepas Salwa menyepi muncul pula pesaing baru, Ruby teman sekampus mereka menambahkan derita. Sejak hari pertama bertemu mata dengan gadis dari keluarga berada itu, Liyana Balqis tidak pernah senang dengannya.
Apakah yang menghidupkan api cemburunya? Mungkin keakraban Ruby dengan Hasbul Warits yang menjadikan dia seorang yang cemburu.
Walaupun dia tidak pernah mengaku gadis itu kekasihnya, tetapi kebanyakan masa dia habiskan bersama Ruby. Pada dia, Liyana Balqis mungkin tak tahu tetapi dia silap. Rupa-rupanya si isteri terlebih dahulu dapat menghidu perbuatan itu. Diam tak bermakna dia langsung tidak mengambil tahu aktiviti lelaki itu di belakangnya. Hasbul Warits tahu itu khilafnya, dia cuba untuk memenangi semula hati Liyana Balqis. Bagaimana?
Kecewa dengan apa yang sedang berlaku, Liyana Balqis menjadi keras hati namun hati perempuan seperti kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi, apabila dituangkan air lembut jua akhirnya. Demi anak-anak yang memerlukannya, dia perlu melakukan sesuatu. Berdegil tidak mendatangkan kebaikan langsung kepada dia dan anak-anak yang semakin membesar.
“Peluang tak diberi tapi dicari. Andai sangkar emas ini bukan lagi untukku, lepaskan aku. Aku ingin terbang. Aku ingin bebas.”

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.