Mee Ladna sedap




Assalamualaikum..Jemput makan..Tekak terasa nak makan mee ladna lah pulak.. ^_^


P/S : Puas hati sangat2 makan mee ni,. ^_^


Tabiat pemakanan yang sihat



Kebanyakan penyakit berpunca daripada amalan makanan yang tidak seimbang.Gaya hidup yang selesa menyebabkan seseorang makan dengan kuantiti yang banyak.Sebab tu,cara nak elakkan daripada terkena penyakit,amalkan tabiat pemakanan sihat dan seimbang.Meh nak share beberapa panduan yang boleh diikuti tentang cara pemakanan yang sihat.. ^_^


*SARAPAN*
Bijirin yang mengandungi tinggi serat seperti emping beras,bijirin jagung dan susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dengan marjerin lembut.Teh dan susu rendah lemak..


*MINUM PAGI*
Buah-buahan seperti epal,jambu batu,betik dan limau.Kopi dan susu rendah lemak.


*MAKAN TENGAH HARI*
Sandwich,roti penuh bijirin dan marjerin lembut,sup sayur dan ikan bakar atau ikan rebus serta buah-buahan.Minum pulak pilihlah air suam.


*MINUM PETANG*
Popia basah dan buah-buahan.Teh dan susu tepung rendah lemak.


*MAKAN MALAM*
Nasi putih,sup sayur yang dicampur dengan isi ayam yang telah dibuang kulit,roti penuh bijirin,rojak atau salad sayur-sayuran serta buah-buahan.Minum susu tanpa lemak.Kurangkan pengambilan minuman teh dan kopi kerana mengandungi banyak kafein yang tak sesuai untuk penghidap penyakit migrain.


Tips kawal emosi waktu pagi




Assalamualaikum..Lama tak update pasal tips dalam blog ni..Kali ni nak berkongsi tips pulak yer..Pernah bangun pagi dan korang bad mood?Tipulah kalau tak pernah..Korang rasa bad mood sebab apa?Haa..Mesti buat ni tak kena,nu tak kena..Jangan biarkan semua tu mengganggu kehidupan seharian kita yer..Tak elok..Meh nak kongsi tips macam mana nak kawal emosi waktu pagi.. ^_^



1.SIAPKAN PAKAIAN
-Sebelum tidur,sediakan pakaian yg nak dipakai untuk esok pagi.Kalau perlu gosok,gosok pada waktu malam.Jangan buat esok pagi masa nak pergi kerja yer..Mana nak taw tiba-2 ada kecemasan pagi tu,tak sempat nak gosok baju pulak..Takkan nak pi kerja dengan baju yg berkedut-2 kot kan..Mesti spoil mood..



2.CAS SEMUA GADJET
-Ambil semua gadget korang,tak kiralah sama ada handphone pintar,handphone tak pintar,ipad,powerbank dan apa-2 sajalah,korang caj sampai bateri penuh pada waktu malam sebelum tidur.Secara psikologi,bila korang bangun tidur esok pagi pastu tengok semua gadget tu bateri penuh mesti korang happy kan..Kan..Kan..ececeh,tak mengaku. :P



3.SENARAIKAN APA YANG KORANG NAK BUAT
-Untuk elakkan rasa tertekan waktu pagi dok fikir apa yg korang nak buat,apa kata kalau korang buat senarai perkara yg perlu korang lakukan supaya memudahkan korang menyelesaikannya..Cara tu jugak boleh menjimatkan masa dan korang takkan terlupa..



4.SENYUUUMMMMMMMMMMMMM
-Masa bangun tidur tu,cuba senyum sambil menggeliat.Ini dapat membuatkan korang teringat perkara yg indah dan secara tak langsung semangat positif mula timbul dalam diri..Kalau boleh,elakkan bangun dalam keadaan terpaksa dan muka 'ketat' taw!



5.MANDI SAMBIL MENYANYI
-Sewaktu sedang mandi,tak salah kalau korang menyanyi.Bukanlah nyanyi kuat-2,cukup sekadar untuk korang yg dengar.Dan sambil menari-2 sikit..hehe..Jangan malu,tak dak sapa nak tengok kan..Sebab boleh menjadikan kita lebih segar dan bersemangat untuk terus bersiap.Tak percaya?Cuba try test.. :P



6.DENGAR LAGU KESUKAAN
-Masa bersiap-siap nak pi kerja tu,apa kata kalau korang pasang dan dengar lagu kesukaan korang..Hasilnya sama seperti korang mandi sambil menyanyi tadi.. :D



Koleksi novel yang sedia ada

Assalamualaikum...Hantu novel memang macam ni..hehe..tapi setakat ni baru ada banyak ni je..Tak tambah-2 lagi koleksi yg sedia ada ni..Mungkin masa akan datang akan memenuhkan rak lagi..Mana nak taw kan.. ^_^


Kalau nak baca sinopsis novel SILA KLIK SINI 

















Peneman setia



Assalamualaikum..Peneman setia disaat suka dan duka.. ^_^ Hanya mampu guna  Samsung Trend Plus .. Hasil duit 8share dan duit gaji..Beli bulan 4 hari tu..Baru nak update hari ni..hehehe..


P/S : Bersyukur dengan apa yg ada.. :)


GA MYSTIC CITY BY BAJUWARNACOKLAT




Assalamualaikum..Peminat novel?Jom join giveaway ni..Mana taw ada rezeki..Klik banner kalau nak join.. :) Tarikh tamat 30 Januari 2015


GIVEAWAY 2 YEAR BLOG TENGKUBUTANG



Assalamualaikum..Jom pakat2 join Giveaway ni..Banyak hadiah menarik menanti pemenang..Klik banner kat atas.. ^_^


GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA




Assalamualaikum..Jom join ramai-2..Klik banner kat atas.. :)


Menang Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014



Assalamualaikum..Mesti ada yang kata "Eh dia ni tak habis2 update menang giveaway"..Heheh..maaf yaa..Dah tak taw nak update apa dalam blog pink ni..Update menang giveaway jadik 1 entri jugak iye dak?Alhamdulillah,ada rezeki dalam giveaway ni..Terima kasih kepada pihak penganjur giveaway iaitu Diari Jejaka Hangat . Topup dah selamat guna tadi.. ^_^


Rasa nak baca novel ni




Assalamualaikum..Selamat malam..Rasa macam nak ulang baca novel ni,walaupun dah banyak kali baca..hehe..Mood nak ber'ombak rindu' mai dah..Baca novel dulu yer.. ^_^


P/S :Terpaksa tinggalkan blog mulai esok selama 2 hari..Balik kampung..


Review Novel Pergi bersama Janji



Sinopsis

Pada usia 17 tahun, salahkah Marissa Norhanis bercinta? Dia nekad. Demi sebuah cinta suci, dia rela menempuh segala rintangan. Dia tidak mahu kalah sebelum berjuang.

Siapa kata cinta itu melalaikan? Dia sudah pun membuktikannya. Biarpun bercinta di bangku sekolah, dia tetap memperoleh keputusan cemerlang. 

Disebabkan itu, dia membuat keputusan drastrik. Cinta bersama Zafran harus diteruskan. Namun, memateri cinta tanpa restu keluarga, tentu banyak cabarannya.

Saat dia ditinggalkan sepi, Marissa Norhanis sedar kekhilafan lalu. Ikut rasa pasti binasa, ikut hati merana sendiri. Dia berusaha bangkit, mencari harga diri yang hampir hilang.



Menang Blogger Area Mega Giveaway



Assalamualaikum..Alhamdulillah rezeki lagii..Za check senarai pemenang,dan Za menang topup Rm10..Dah inbox fb sponsor untuk tuntut hadiah.. Terima kasih penganjur giveaway dan semua pihak sponsor yg terlibat..Terima kasih jugak kepada sponsor topup yg Za menang.. Semoga terus dimurahkan rezeki.. :)



P/S : Dah guna topup pagi tadi.. ^_^



Kasut baru




Assalamualaikum..Kasut baru untuk diri sendiri..Mahal ke murah?Tak penting sebenarnya untuk Za harga kasut tu.Za lebih pentingkan keselesaan..dan lawa.Hahaha..bagi pandangan Za kasut dalam gambar tu simple sebab tu lawa.Eh?Apa2 ja lah..Motif tunjuk kasut baru?Saja nak wujudkan 1 entri untuk diupdate..hehehehe.. :P



P/S : Malam ni hujan,tidoq syok ni.. hahaha..


Resipi Sayur campur versi campak-campak




Assalamualaikum..Mari-2 nak share resipi yg simple tapi sedap lagi berkhasiat..Za suka sangat makan sayur campur..Yang ni versi simple yer..Kita masak mungkin cara berbeza,yg ni cara Za..Za masak campak-2 ja semua ni..


RESIPI SAYUR CAMPUR VERSI CAMPAK-CAMPAK

Bahan-bahan :

- Sayur bunga kobis
- Kobis
- Kacang buncis
-Lobak merah
-Brokoli
-Bawang putih
-Bawang merah
-Sedikit serbuk kunyit
-Sedikit garam

Cara masak :

-Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang merah..
-Masukkan bunga kobis,brokoli,kobis,kacang buncis dan lobak merah.
-Masukkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.
-Kacau kesemua sayur dan tunggu beberapa minit untuk masak.


Ok,dah siap..nama pun simple..Yang penting,campak ja ok.. :P



 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.