Resipi Lokan Goreng mudah dan sedap




Assalamualaikum..Resipi untuk hari ini..Masak yg mudah2 jaa..Tapi sedap taw...^_^


BAHAN-BAHAN : 

- Lokan
- Jintan manis (ditumbuk)
- Jintan putih ( ditumbuk)
- bawang merah kecil (ditumbuk)
- bawang putih
- bawang merah besar
- ubi kentang
- cabai melaka
- serbuk kunyit


CARA-CARANYA :

1.Masukkan sedikit minyak dan bawang putih,panaskan.Tumis jintan manis,jintan putih dan bawang merah kecil yg dah siap tumbuk.

2.Lepas tu masukkan lokan dan ubi kentang.Goreng sampai lokan dan ubi kentang lembut. 

3.Masukkan sedikit serbuk kunyit.Haaaaa,jangan lupa masuk bawang merah besar ye..

4.Akhir sekali campak ja cabai melaka.Goreng2 sampai rasa dah cukup masak.

5.Pastu tunggu apa lagi?Hidang dan kenyangkan perut lerrrrr...... :P



P/S : Maaf yer,resipi entah apa-2..Maklumlah masak ikut suka hati jaa.. 


FeecaMella Raya 2015 Giveaway




FeecaMella Raya 2015 GIVEAWAY!!!!!

Assalamualaikum,

Hi!

Bersempena Hari Raya 2015 ni, kita nak buat Giveaway untuk kawankawan blogger since kita pun baru start blog balik kan? Boleh lah tambah and kenal kenal dengan ramai kawan.

Giveaway ni adalah collaboration dengan FeecaMella (local Fashion Brand). Eh? macam dah lambat sikit buat giveaway Raya ni sbb yelah dah raya kan? tapi takpelah. still Raya jugak. so masih sempat nak bercantik-cantik dengan FeecaMella Raya collection Lagi! :) Without further due, Macam mana nak enter giveaway ni? haaa. senang je.


Kawankawan hanya perlu jawab 1 soalan mudah and berpeluang untuk menang 
giveaway awesome dari kami :)
Boleh lah dapat duit raya and bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.
Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :) 

Giveaway bermula dari 23 July 2015
and berakhir pada 31 July 2015

Pemenang akan diumumkan di blog ini and FeecaMella Instagram
pada 2 hari berikutnya 2 August 2015 :)

Syarat-Syarat Wajib Penyertaan : 

1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway"
-----> (Copy & Paste kandungan entry ini)

2. Follow blog ini, Aynal Mansor

3. Follow Instagram @FeecaMella 

4. Like Facebook FeecaMella

Soalan :

1. Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan?
----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :))

*******

Letakkan link penyertaan & nama instagram kawankawan di ruangan komen di bawah ini. !! :)

CONTOH PENYERTAAN :


Semoga Berjaya!! :)

Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose





Assalamualaikum..Klik banner kalau nak join.. ^_^


10 Kaedah yang betul untuk kekal wajah ayu

Gambar hiasan dari google




Assalamualaikum..Dah lama tak kongsikan tip dalam blog pink ni..So,sekarang nak bagi sedikit tips untuk kekalkan wajah ayu korang..Korang taw tak yg kaedah penggunaan alat solekan yg betul boleh jadikan kejelitaan wajah kekal lebih lama?Jemput baca ye...



1.BIBIR BERDARAH 
-Sebelum sapu gincu di bibir,oleskan pelembap bibir terlebih dulu untuk elakkan bibir pecah dan berdarah.Kemudian,sebelum ratakan gincu pada bibir,buat garisan menggunakan penggaris bibir yg sesuai dengan warna gincu.


2.BULU HALUS
-Buang bulu halus menggunakan salutan lilin paling lembut pada kulit korang.Lepas tu,semburkan penyembur rambut pada bekas penyingkiran tadi sebagai perlindungan.


3.PEWARNA KUKU ROSAK
-Korang pakai pewarna kuku?Kalau pewarna kuku korang rosak,apa yg korang kena buat?Cuba korang ratakan semula dengan jari sendiri.Kalau tak berjaya jugak,gunakan warna lain pada bahagian permukaan atas kuku korang menggunakan span dan cipta rekaan yg baru agar lebih ceria.


4.CELAK KERING
-Celak garisan luar mata mengering?Titiskan sedikit air ke dalam bekas celak tu..Gaul sehingga sebati..Cara ni boleh melambatkan tempoh untuk membeli celak yg baru..


5.MASKARA BERGUMPAL
-Kalau korang nak beli maskara,cuba tanya kat penjual tersebut sama ada diorang ada sediakan sampel berus atau tak..Lebih elok,gunakan sampel percuma yg masih elok sebelum disapu ke bulu mata korang.


6.KULIT MENGELUPAS
-Minyak kelapa antara pelembap yg terbaik untuk kulit wajah..Korang boleh sapukan minyak kelapa pada kawasan kering sebelum mengenakan sebarang alat mekap..


7.BULU BERUS TERTANGGAL
-Ha macam mana nak buat ni?Nak buang ke?Eh jangan...Basuh berus dengan syampu baby.Pastikan bulu berus tu menghadap ke bawah untuk biarkan ia kering..

8.BEDAK KOMPAK HANCUR
-Jangan buang bedak kompak yg hancur tu..Korang boleh kumpulkan lebihan bedak yg hancur dan campurkan dengan sedikit alkohol untuk jadikan ia kembali padat.Tekan kepingan bedak dengan teliti sebelum biarkan semalaman.Tekstur bedak yg hancur tu akan kembali seperti biasa pada esok pagi..


9.PISAU CUKUR
-Sentiasa bercukur dengan mengikut arah bulu tumbuh untuk elakkan liang roma nampak besar sekali gus menyebabkan permukaan kulit menjadi kasar.


10.MENCABUT BULU KENING SECARA BERLEBIHAN
-Cara untuk mengukir kening kembali terbentuk menarik adalah menggunakan celak pensil..Lukis kening mengikut bentuk bulu kening yg dicipta dan cuba tebalkan sedikit garisan bagi mengelakkannya nampak terlalu nipis.



Review Novel Cinta si Wedding Planner





SINOPSIS


Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner  dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
 Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
 Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
 “Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
 Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
 Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
 "For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA
 Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
 “Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara?  Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?



Review Novel Eksperimen Cinta






Sinopsis


Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 



Review Novel Dia Isteri Luar Biasa





SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


Review Novel Cik Bunga dan Encik Sombong




SINOPSIS



Aku?Aku Intan Asnidar.Mana cantik pun.Kulit pun ala-ala hangit.Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan.Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat berbeza.

Dia?Dia memang segak.Nama dia pun sedap,Harris Isqandar.Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas.Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya.Tapi tak kisahlah semua tu,tak penting sangat.Kemudian-kemudian nanti,rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya,dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari.Okeylah sebab satu hari saja,kira aku tolong orang dalam darurat.Tapi paling terkejut bila dia cakap,

"Okey Intan,mulai sekarang,awak adalah tunang dan bakal isteri saya.Sekiranya ada sesiapa kacau awak,tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri.Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.''


'Terkejut amat aku.Tapi sebelum tu mak dia,Datin Nora ada beri amaran kepadaku,''Jangan mimpi nak jadi menantu saya!''


Ah!Aku pun tak nak jadi menantu dia.Tak berminat langsung.Tapi,sungguhlah kata orang,kalau sudah jodoh,tentu saja tak ke mana.Tinggal lagi,lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar?


Skirt chiffon murah

Assalamualaikum..Selamat petang..Ada yg berminat tak dengan skirt chiffon?Za ada jual..murah ja..Meh Za share gambar dalam blog ni..










Ha amacam?Rasa2 ada yg berminat tak?Murah2 ja nak jual..RM30 TERMASUK KOS POS SEMENANJUNG MALAYSIA..



Berminat boleh whatsapp Za 0174256371 ( WHATSAPP SAHAJA )



Alhamdulillah..Hadiah misteri telah terjawab..




Assalamualaikum..Alhamdulillah rezeki menang dalam giveaway yang mana 1 entah..Shawl instant cotton dan duit cash RM5..Sebenarnya patut update dah lama,tapi sekarang baru nak update..Terima kasih kepada semua pihak penganjur dan pihak sponsor.. Semoga murah rezeki kita semua.. ^_^




IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015





Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie




Assalamualaikum..Jom ramai-2 join giveaway ni..Klik banner kat atas.. :)


Giveaway akan berakhir sehingga 30 APRIL 2015


Rezeki Menang Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih







Assalamualaikum..Alhamdulillah..Ada rezeki menang cash RM50..Sebelum ni tak pernah berpeluang nak menang..Nombor bertuah sangat..Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua sponsor.. ^_^


P/S : Dah selamat masuk dalam akaun..



Review Novel Keranamu Aku Rela




Assalamualaikum..Novel ni Za dapat sebab jadik top komen di blog kak Suria Amanda.. Terima kasih.. ^_^ Kat bawah ni Za tunjukkan sinopsis novel..



SINOPSIS

Air mata Tasnim tidak pernah kering.Merebut cinta Jeffrey dia dibenci keluarga lelaki itu.Namun,jodoh antara mereka kuat.Malangnya,takdir menentukan Jeffrey disahkan menghidap leukimia.

Setiap hari menunggu mati,Jeffrey hiba melihat derita Tasnim.Dia merencana sendiri.Isterinya berhak memliki bahagia kedua.Jadi,Tasnim mesti dilepaskan.Tasnim akan dipaksa berkahwin lain.Dia sendiri sudah memliki lelaki yang bakal menjadi suami baru Tasnim.

Cinta Tasnim cinta mati.Berulang kali dia menolak permintaan Jeffrey.Dia rela jadi balu daripada mereka bercerai hidup!Namun,Jeffrey tetap melafazkan talak.Tasnim pasrah.Hatinya remuk-redam.Mereka berpisah bukan dek sengketa!Cuma,dia bingung disuruh mengahwini lelaki yang memang dikenalinya.


"Bahagialah,Tasnim.Cinta matimu hidup dalam hatiku...''


P/S : Korang nak hadiah sebagai penghargaan setiap bulan?Jemputlah ke blog Suria Amanda :)





Review Novel Hati Perempuan










Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran
disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta
hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril?

Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?
 


P/S : Best sangat-2 !! :D

Mini Giveaway by Erza

Salam
 
http://eirza.blogspot.com/2015/03/mini-giveaway-by-erza.htm
CLICK BANNER TO JOIN

1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower

2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "Mini Giveaway by Erza"

4. Tinggalkan URL entri korang di SINI


5. Siap dan good luck friends!!!



Mini Giveaway ini akan berlangsung selama seminggu aje


hadiah : 1 x Dress by random.org

MAC GIVEAWAY by Ummialyaanas




Assalamualaikum..Jemput join giveaway yg menarik ni..Hadiah pun best-2..Klik banner kat atas kalau nak join.. :)



Buang blackhead & whitehead dengan cara yang mudah

Assalamualaikum..Ada masalah blackhead dan whitehead?Pernah dengar pasal Vietnam Mask?Alaa..Mask yang kecil molek tu..Tak taw?Meh tengok gambar kat bawah ni..




Kecik ja botol dia..Dalam 22g..Mask ni dalam bentuk cecair taw..Boleh guna 1-2 kali dalam seminggu..Boleh lah kan tahan sampai sebulan atau 2 bulan macam tu..Masa beli,akan dapat sekali dengan kertas tisu macam gambar kat bawah ni..Kertas tisu ni untuk korang tempekkan kat atas mask tu..Tunggu antara 15-30 minit..Bila dah kering,tarik ja kertas tu..




Memang best..Tak macam mask yang Za guna sebelum ni..Vietnam mask ni berjaya tarik keluar blackhead dan whitehead yg Za ada kat hidung.. ^_^ Dah tak banyak macam dulu dah..Korang tak percaya?Meh Za belanja gambar.Mohon jangan geli.. :P






Kasi zoom sikit..Banyak kan?Memang guna mask ni habis tercacak keluar semua..Lepas guna,rasa ringan ja hidung ni..Sebenarnya,mask ni boleh guna untuk seluruh muka dan belakang badan..Terpulang kat korang nak tempek mask tu kat mana..SELURUH MUKA BOLEH GUNA!!
Tak nak try ke?? Eh,lupa pulak nak terangkan cara guna mask ni..Mudah ja...


Tekapkan tuala/kapas yg dituam dengan air suam di tempat yg korang nak letak mask.Letak mask dan kertas tisu yg disediakan..Biar kering selama 15 atau 30 minit.Lepas tu,korang boleh tarik.Last sekali,basuh muka dengan air.. 





* Berminat boleh whatsapp Za ( 0174256371 ).. Harga rm20 termasuk kos pos semenanjung Malaysia..


GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : SITI ZAWIAH
instagram id :  sitizawiah95


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Review Novel Isteri Separuh Masa





Sinopsis:-
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?


FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH




Assalamualaikum..Jom ramai-2 join giveaway ni..Klik banner kat atas.. ^_^

:: Senarai Hadiah ::
Shawl × 3 pemenang
Purse comel × 2 pemenang
Frame gambar × 2 pemenang
Note book + pensel × 3 pemenang
Keychain × 3 pemenang
Fridge Magnet × 3 pemenang
Sheseido Mask (3) × 2 pemenang
Top up RM5 × 2 pemenang


Segmen Bloglist by JINDRISSKA




Assalamualaikum..Support giveaway rakan-2 blogger..Ada rezeki boleh masuk dalam bloglist.. klik banner comel kat atas tu kalau nak join.. ^_^

SEGMEN TAMAT 23/03/2015
(pengumuman pemenang insyaallah pada 24/03/2015)


p/s : dah lupa follower yg ke berapa..sorry.. :)


February Giveaway by Mellya and Friends




Assalamualaikum..Jom join sebelum terlambat..Tamat hari ini ! Klik banner kat atas.. ^_^

INSTAGRAM : sitizawiah95

TWITTER :  zawiah_95

FANPAGE : Siti Zawiah Life


tag : Blogger FD


SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA DYLLAREZAN



Assalamualaikum..Jom pakat2 join giveaway ni..Klik banner kat atas.. ^_^


Hadiah cabutan bertuah: 

2 x topup RM 5
5 x keychains dari koleksi kesayangan

Tarikh tutup: 11:59pm pada 13/3/2015
Jadi, jom lah join ramai ramai! 


Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Review Novel Putera Kodokku




Sinopsis
Selamba badak! Muka tembok! Perigi cari timba! Sebutlah apa sahaja pun, Effa tidak peduli. Apa pun yang terjadi, hati Putera Kodok harus dimiliki. 

Siapa Putera Kodok? Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid. Kacak. Kaya. Cukup serba-serbi. Buat Effa mabukkan cintanya siang dan malam. Tapi, harap muka saja handsome... penakutnya bukan main pada SI KODOK!

Masalahnya, ego Rayyan tinggi melangit. Sedikit pun dia tidak teringin beristerikan Effa. Tidak mungkin jejaka pujaan Malaya seperti dia memilih minah sengal macam Effa. Simpang malaikat empat puluh empat!

Namun, istilah putus asa tidak pernah wujud dalam hidup Effa. Sepuluh langkah Rayyan lari, seribu langkah Effa mengejar. Tragedi melanda melukakan hati Effa. Ternoktahkah cintanya buat Putera Kodok?



Review Novel Bicara Hati 2




Sinopsis
“SETIA ke akhir hayat!”
Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.

Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat. 

Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.

Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?



Review Novel Teman Lelaki Upahan



SINOPSIS

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat? Syarat apa?”
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.
Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
 Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Review Novel Asam Pedas Untuk Dia




Assalamualaikum..Rasa macam dah review sebelum ni..Tapi,check balik senarai novel yg dah direview rupanya belom lagi..Huhu..Meh Za nak review..Sekarang novel ni dah diapdatasi kat
TV3 kan..Best taw novel ni.. Jom baca sinopsis.. ^_^


Sinopsis
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.