Kerja tapi tak dapat gaji!

Assalamualaikum..Za baru bersemangat nak kerja dekat satu kedai ni..kedai tu ada jual hadiah and toys untuk budak2.*orang dewasa pun boleh* Za baru jumpa owner kedai tu tadi..tapi dia nak Za berkerja seminggu tanpa gaji kat kedai dia.then,lepas pada seminggu baru nak tentukan confirm atau tak dapat kerja tu dan baru dapat gaji..hemm...ramai cakap macam rugi..tapi,Za fikir2 balik memang banyak rugi..andai kata kalau tak dapat kerja tu,minyak moto lagi..masa lagi..tenaga yg telah digunakan..aiyoo..banyak oo buat tapi tak dapat gaji..gaji maksudnya RM @ duit..!!giler oo...macam free ja berkhidmat untuk kedai dia..kerja dari pagi sampai malam.nak balik tu pulak 1 hal,jalan kawasan nak balik rumah Za gelap.takut la kan..Za ni perempuan.macam2 boleh jadik..so,Za dah buat keputusan nak cari kerja dekat kedai lain je..Mak ngan ayah cakap baik kerja kilang,balik pun awal.duit pun masyuk banyak jugak..hemm..any idea dari korang?

p/s : disebabkan Za tak dapat kerja lagi,boleh tolong Za? [ KLIK SINI | KELIK SINI | KELIK SINI ]

Review blog Pemenang Mega Topup Giveaway By AS

Assalamualaikum..baru dapat online netbook ni..penatnya cari kerja..fuhh..jom Za nak review pemenang2,Tahniah Za ucapkan..:) nak terjah blog diorang,sila tekan 'PEMENANG ....'

PEMENANG PERTAMA
-bertemakan warna pink..*kita geng*
-susunan di sidebar kemas.
-header cantik.
-blog ni hanya untuk contest kot..*kalau salah maaf yer*
-loading cepat dan ringan je..

PEMENANG KEDUA
-bertemakan warna oren.
-sidebar kemas dan teratur.
-tahap ke'loading'an sangat cepat.
-tak taw nak komen apa dah sebab blog awak cantik.:) *rasa macam pernah review blog ni,tapi dah tak ingat*

PEMENANG KETIGA
-bertemakan warna pink dan blue.
-sidebar kemas dan tak berserabut.
-senarai2 bloglist kalau boleh letak scrollbar.*hanya pendapat*

PEMENANG KEEMPAT
-blog bertemakan warna pink.*jumpa geng lagik*
-blog yang ringkas tapi menarik.
-sidebar pun tak berserabut..kemas dan teratur..

PEMENANG KELIMA
-blog yang bertemakan warna pink lagi.
-blog yang sangat simple but nice.
-sidebar tersusun elok.
-loading pun ok la..

PEMENANG KEENAM
-blog bertemakan warna pink.
-header comel.
-sidebar ok dan tak berserabut.

PEMENANG KETUJUH
-warna pink lagi..*banyak geng sungguh*
-sidebar ok je.
-tahap ke'loadingan' pun ok.
-nak taw tentang owner blog,sila ke blog beliau.:D

PEMENANG KELAPAN
-tertarik dengan header yang comel tu.
-sidebar kemas dan teratur.
-tahap ke'loading'an pun cepat.
-wujudkan cbox,senang pelawat nak tinggalkan pesanan.*Za cari cbox takde atau memang dah ada tapi Za tak nampak,maaf yer.*

PEMENANG KESEMBILAN
-blog awak memang takde header eh?ataupun Za yang tak nampak.
-wujudkan cbox untuk pelawat awak tinggalkan jejak.
-letak follower widget dalam blog lagi bagus.

PEMENANG KESEPULUH
-blog bertemakan pink.
-sidebar tersusun kemas dan teratur.
-takde nak komen apa dah sebab blog awak nice.:)

p/s : Alhamdulillah,menang topap dalam GA ni..:)

Segmen Menang Blouse Tribal #2

Assalamualaikum..nak menang blouse tribal? jom { KELIK SINI ] :) 30/5/2013 - 30/6/2013

Duo Big Giveaway!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

Partner Giveaway by Atiqah-Farah

Assalamualaikum..jom join GA ni..hadiah semua menarik..tekan banner kat atas.

Blog Lucah lagi!!!

Assalamualaikum..tengah syok tengok entry mana mendapat sambutan  dekat pageview..top blog?wah..blog Za ni dikategorikan top blog ka?haha..*senyum* try klik kat entry tu..rupa2nya..gambar perempuan tunjuk body..lucah untuk diceritakan disini..blog ni dara lagi oo...Za tak buat entry2 lucah or ghairah kat sini..macam mana la boleh sampai website macam tu..sediiihhh..

RM50 Untuk Top Referrel


Assalamualaikum..jom join ramai2..syarat2 semua simple je..:)blog akak simple tapi menarik..warna pink..*sama la kita* itu je kot.nak join? tekan header akak tu..:)

Tarikh tutup 30JUN2013

Menang dalam Mega Giveaway by Adam Faiz

Assalamualaikum..Alhamdulillah,Za menang dalam ni.dapat perfume lelaki..ha..Za perempuan..nak bagi kat sapa ni?huhu.. nak tengok senarai pemenang? KLIK SINI .Terima kasih penganjur ADAM FAIZ dan sponsor Pemborong Kain Sulam,Kain Pasang dan Tudung Cantik

p/s : dah PM sponsor..tak sabar nak dapat hadiah..:D

Kenali lelaki melalui sifat luaran

Assalamualaikum..mungkinkah ciri-ciri yang ada di bawah ada pada pasangan korang?ha..jom jom jom selidik..:D

1.RAMBUT PANJANG
-Lelaki berambut panjang nampak macam ganas tapi sebenarnya ada yang mengaitkan mereka sebagai seorang yang romantik dan berjiwa lembut.Nampak luaran ganas dan sukar didekati namun sebenarnya mereka berhati 'tisu',berjiwa lembut.Bukan itu saja,ada kajian mengatakan lelaki jenis ini juga nampak romantik dan seksi.

2.RAMBUT PENDEK ALA ASKAR
-Tegas dan mungkin kelihatan agak kasar.Itu yang selalu digambarkan mengenai lelaki berambut pendek ala askar ni.Tapi ada juga wanita sukakan gaya sebegini kerana ia seakan melambangkan ciri-ciri maskulin seorang lelaki.Nampak lebih jantan.
3.BOTAK
-Nampak ganas dan jahat,itu hanya luaran saja.'Don't judge the book by it's cover'.Bagi sesetengah wanita beranggapan lelaki botak sebenarnya memeliki sifat kelelakian yang kental,tahan cabaran tetapi masih terselit kelembutan di dalam dirinya.Selalunya,lelaki botak juga seorang yang manja!

4.BERKUMIS
-Nampak lebih matang,ada ciri-ciri maskulin dan seorang yang mengambil berat.Tetapi lelaki berkumis juga sering kali dikatakan seorang manja dan tak lokek belaian.Untungnya wanita yang dapat lelaki seperti mereka!
5.BERMISAI
-Wah!Macho tu bro!Kalau bermisai lentik,lagi nampak lebih ganas dan garang.Tetapi hakikatnya tidak bukan?'Come on bro!',buktikan yang  anda juga seorang lelaki yang budiman dan menghargai orang lain.

6.KURUS
-Lelaki kurus sering dikatakan memliki kemahuan dalam seksual yang agak tinggi berbanding dengan lelaki berbadan tegap.Dan lelaki kurus juga memilik tahap cemburu yang sukar untuk dibendung.Jaga-jaga,jangan sampai makan diri sendiri.
7.GEMUK ATAU BOROI
-Dikatakan mempunyai sifat penyayang luar biasa,berfikiran jauh dan matang mengendalikan hubungan berbanding dengan lelaki yang bertubuh sederhana atau kurus.Tak kiralah walau perut anda umpama wanita mengandung 5 bulan sekali pun,pasti kekasih akan berasa selamat berada di samping.

GIVEAWAY liptint from BELLONISTA BEAUTY

Assalamualaikum..giveaway ini akan berlangsung sehingga 26/5/2013 jam 1159 pm 


Saya dah selamat BERTUNANG :)

Assalamualaikum..tahniah kepada Za..ehhh,mak andak Za sebab dah selamat bertunang kelmarin..hujung tahun kahwin pulak..insyaAllah..seronok sakan kelmarin tangkap gambar..tak taw nak taip macam mana lagi.biar gambar yang menceritakan segalanya..:D

Hantaran bertunang pihak perempuan kepada pihak lelaki :

cupcake secara dekat

nyummy ! cupcakes xD
penjaga hantaran
7 hantaran kesemuanya
rombongan lelaki
teka mana mak andak kita?
dah sarungkan cincin :D
sopannya..anak sapa la ni.
Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan :

5 hantaran kesemuanya kecuali sirih junjung takde.
sepupu yang paling banyak cakap plus comei
sepupu yg paling rapat
nak tunjuk epal,tapi tak nampak epal
2 sepupu,mak andak dan mak long bergambar
dua orang sepupu yg gorgeous
p/s : maaf,banyak gambar dalam entry ni..hahha..

Suprise & Awesome Giveaway by SN

nbsp;                                                                            
MEGA GIVEAWAY 
" SUPRISE & AWESOME GIVEAWAY BY SN " 


CLICK BANNER !

PRIZES :
 Peplum Lace Kurung, Jubah Dress, CTAC bag, Tudung/shawl ,Baucer discount, top up
cash, button bagde, Sabun GLuta 3 layer, jam moustache, anak tudung bawal berwarna
keychain felt craft, brooch felt,  shiseido black mask, broochquilling bookmark, Dress Labuh,
 Blouse, keychain Domokun, etude house styling eyeliner & tomatox, Gift dari Utara ,
1 unit mug PUTIH bercetak BERNILai RM27 (Sem)/RM32 (sbh/srwk), bookmark , coklat oreo



SAYA TAG : 
a) http://ohthrillers.blogspot.com/
b) http://kisahgadisketawa.blogspot.com







tarikh tamat : 28 JUN 2013

Tolong ! Tolong !

Assalamualaikum..Za nak mintak tolong korang2 yang comel dan hensem ni..tolong like header yang pertaruhkan dalam contesT ni..jasa korang Za hargai sangat2..:)

GAMBAR NI <---- TOLONG LIKE..
PAGE NI       <---- TOLONG LIKE JUGAK..


Kerja atau Sambung study?

Assalamualaikum..selamat malam.Hari tu dah dapat keputusan upu..Za tak dapat.takdak rezeki..redha je la.takkan nak meraung pulak kan dah tak dapat..Allah taw yang mana terbaik untuk Za..Za ucapkan tahniah kepada yang dapat melanjutkan pengajian dalam course yang korang minat..semoga berjaya di alam universiti.Za pun tengok ramai kawan2 Za yang nak melanjutkan pengajian dalam kolej swasta.macam2 course diorang nak pilih.tapi Za dah ada perancangan sendiri.Za tak pilih mana2 kolej..Za rasa Za nak kerja.Za taw zaman sekarang semua nak sijil,ijazah,diploma and sebagainya dalam kehidupan..tapi salah ke kalau Za nak timba ilmu dalam bidang kerja dulu,then baru sambung pengajian?hina ke dengan cara tu?salah ke?ramai kawan macam memperlekehkan keputusan yang Za buat..Za taw apa yang Za rasa,and Za taw apa yang Za nak.tak perlu korang atur hidup Za..tapi Za nak tanya dekat orang yang berpengalaman.mungkin ada yang membaca entry ni,dan nak bagi nasihat,pendapat atau sebagainya tentang keputusan yang Za buat tu.please..Za baru je lepas habis sekolah menengah.mungkin keputusan yang Za buat tanpa memikirkan hal semasa ke?komen taw.Za nak taw pendapat korang.thanks..:)

Review follower yang ke 1000 & wishlist checked

Assalamualaikum..Alhamdulillah..follower blog pink Za ni dan mempunyai 1000 orang..tapi ikut je la..yang membaca tak taw la berapa kan..hehehe,,try cari link blog follower tu tadi,tapi tak jumpa..hemm..pape pun thanks yer..dan wishlist pun tertunai..:D

p/s : entry pendek je..:P

Special Giveaway by Syazlia & Diana

Assalamualaikum..jom join GA ni..korang boleh pilih hadiah sendiri taw..:D

Hadiah yang telah menambat hati ialah :

- tudung bawal tribal by De Bawal
-shiseido by Anseneda

 'Special Giveaway by Syazlia & Diana  bermula dari 17 Mei 13 - 31 Mei 13.'

Apa pendapat korang?


Assalamualaikum..Za nak mintak pendapat korang semua..Za baru tukar navigation blog ni..rasa macam nak ringkaskan sebab dekat sidebar panjang sangat.kalau letak dekat tepi tu korang rasa mengganggu korang tak bila nak baca entry?or Za patut tukar dengan navigation jenis lain?tolong bagi pendapat taw..Za hargai sangat2 pendapat korang..:)

Terima kasih Muna

Assalamualaikum..blog Za direview lagi..kali ni direview oleh Muna . Bila Za baca entry ni Za senyum sampai ke telinga..hahha..thanks Muna.Muna doakan Za dan Capital D berkekalan,amin..amin..InsyaAllah..thanks again Muna..eh jom ke blog Muna..blog dia cantik taw..header ada cupcakes.nak 1 boleh?lapaq pulak..hehhe..klik SINI untuk ke blog Muna..:D

Cara Mengenali Karakter Seseorang Di Facebook

Assalamualaikum..yang mana 1 korang?hehe..sumber dari FB

Segmen Topup 24 Jam by Miss Ezzatie

Assalamualaiku..jom join..:) malam ni dah tamat. http://ezzatie-ezzatie.blogspot.com/2013/05/segmen-topup-24-jam-by-miss-ezzatie.html

Segmen Menang Blouse Tribal!

Assalamualaikum..jom join..hadiah dah taw kan..mestilah blouse tribal..nak ! nak ! 16/5/2013 sehingga 20/5/2013 nak join? klik SINI

MEGA GIVEAWAY by Nisa, Iza dan Saadah

Assalamualaikum..jom join GA ni..
Tarikh Tamat : 18 May 2013
Pengumuman : 19 May 2013

Mai belajaq loghat Kedah

Assalamualaikum.selamat malam..hai korang2..*tak da balasan* ok.taw dah tak da sapa nak baca entry ni..sob..sob..sob..:'( *abaikan touching2 I* Za bosan sebenarnya..tetiba idea ni menari2 dalam fikiran..*ceh , menari2 tuuu* Za nak share loghat2 atau perkataan yang orang Kedah guna.mungkin ada yang taw,dan ada yang tak taw kan..*Za kedahan punya orang maaaa* meh ceq nak ajaq hampa2 semua nohh..:P

belemoih     = comot
aiq          = air
aiq acaq     = air parit/longkang
gerek        = basikal
ceq          = saya
ketegaq      = degil
ikan sembilai = ikan laga
nyor         = kelapa
toyu         = kicap
nyorok       = sarapan pagi 
camca        = sudu
cengey       = garang
celuih       = muat
pulun        = bersungguh
taboh        = pukul
merghela/merghenyam = galak/gatai
ciwi         = menunjuk-nunjuk
tokua        = tauhu
mangli       = terbiasa
ghengau      = cakar
seqheyat     = surut
hambat       = kejar
perati       = tengok/ushar
contiang     = lukis
ligan        = kejar
tokak        = gigit
gon          = bukit/cerun
tetomoih     = jatuh tersungkur
kutey        = cubit
manih melecaih = manis terlampau
lokoih       = basah kuyup
kawaq        = pencuri
loqlaq       = cuai
hawin        = baling
tengalong    = tuju/baling
merghekah    = koyak
meruah       = berak(untuk ayam,kucing)
kelepiaq     = tepis
ceroi        = cair
habaq        = beritahu
mangkaq      = bengap
tidoq tak jeqhap = tidur tak puas
hampa        = awak semua
hang         = awak
depa         = mereka
koi          = makin
jenoh        = teruk/tak larat
hat          = yang
darai        = pondan
kalut        = kelam kabut
lagu ni      = macam ni
merap        = manja/merengek
nala         = dasyat
merton       = penukul

p/s : banyak sebeanrnya loghat2 ni..tapi setakat ni dulu kot..hahaha..rajin tak?klik la tabung kawin Za dan nuffnang..:)

Contest Headerku Owsem by Sharina

-Klik banner kalau nak join-

Assalamualaikum
Jom ramai-ramai kita join Contest Headerku Owsem by Sharina, hanya perlu pertaruhkan header korang yang comel-comel itu dan sedikit syarat, confirm korang boleh follow punya lah
Jom tengok hadiah dulu [Sini]
Contest ini dianjurkan oleh Sharina Elyana
bersama sponsor Yasira, Aisyah Humaira, Nabila Medan, Syiela, Pelangi Collection,
Choc Empire, Cik Ana, Fatin Diana

Good Luck
header yang dipertaruhkan :

Kerongsang dan topap untuk korang

Assalamualaikum..Za just nak maklumkan dalam entry pendek malam ni.Za ada buat segmen ringkas di fbpage Za..just like dan klik iklan..tarikh tamat 18/5/2013.. fbpage SitiZawiahLife

Mei topap giveaways by Cik Yaya

 
http://misteriomuchacha.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
Assalamualaikum..jom join..Za pakai line Maxis.. tag kak fd dan kak nieyxzha

Hadiah yang sesuai untuk Hari Guru

Assalamualaikum..hai..bertemu lagi kita dalam blog pink Za..*apesal macam tengah mengacara majlis je ni?*huhu..jom kali ni Za nak share tentang hadiah yang sesuai untuk Hari Guru.jom baca..

1.PEN
-Korang selalu nampak cikgu korang guna apa?pen kan?tak kira la jenama apa,warna apa,tapi dia tetap guna pen.bukan pensil ok,Korang boleh beli pen dan bagi dekat cikgu korang sebagai hadiah Hari Guru.Tapi,selalu cikgu banyak guna pen warna merah kan?untuk tanda pemarkahan atau latihan2 buku korang..ikut citarasa korang la yer..

2.BUKU
-Korang boleh juga beli buku untuk cikgu korang.mungkin dia boleh buat catat nota ke,apa2 je la yang dirasakan sesuai.tapi Za nasihatkan korang beli buku yang kulit kosong takda corak kartun2 yer..*ye laa cikgu sekolah menengah mana nak guna buku corak kartun2* :P

3.BUNGA
-Korang boleh je bagi bunga.sekuntum pun takpe..korang kan student lagi,mana nak cari duit nak beli sejambak besar tu kan?tapi,kalau korang kongsi duit dengan kawan2 sekelas,ok je..lebih pada cukup kot..:)

4.KAD UCAPAN
-Korang boleh pilih sama ada nak beli or buat sendiri.kalau nak save bajet,buat sendiri la kan?buat yang simple tapi kreatif.Korang boleh jugak letak ayat2 untuk cikgu korang tu.tapi make sure letak ayat yang sopan dan boleh buat cikgu tu senyum bila baca.jangan letak ayat macam ni ok??!! "Cikgu,saya ingat lagi hari tu saya nak pi jumpa cikgu,tetiba dah sampai kat meja cikgu,saya nampak cikgu tengah korek hidung,terus saya tak jadik jumpa cikgu sebab saya tengok cikgu tengah sibuk benor.." Sure lepas pada tu,tiap2 hari korang kena buat kerja bersih tandas sekolah.kuang3x..

5.JAM
-Korang perhatikan semua tangan cikgu korang..mesti kebanyakannya pakai jam kan?ha..tu maknanya masa itu emas bagi dorang..masa untuk masuk kelas korang nak mengajar,meeting dengan pengetua..kan2?kalau takde jam,susah nak tengok masa sekian dan sekian.kalau terlambat masuk,korang hepi la kan?*jangan tipu,dosa taw..:P*

p/s : Za cuma bagi cadangan..kalau ada yang tak sesuai,maafkan Za..:)

Majlis cukur jambul Muhd.Adib

Assalamualaikum..selamat malam..tengah buat ape tu?*macam la ada yang membaca* sapa2 yang dah baca entry [ sini ] ,taw la blog Za ni tak berupdate kelmarin.semalam ingat nak update,tapi terlampau letih,terus tido..taknak taip panjang2,jom tengok ..eh jap2..sebelum tu.kot2 korang tak tahu sape dia ni kan. baca [ PART 1 ] , [ PART 2 ] & [ PART 3 ] .ha sila menjamu selera..eh..sila menjamu mata..:P


sepanjang proses mencukur jambul @ rambut Adib,dia tido je..senang nak cukur.:)

p/s : 25/5 ni pulak balik kampung sebelah mak.ada lagi acara keluarga..nanti Za update ye..

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.