Sinopsis
Pernah dengar pasal Geng Mat Ngek? Ya, memang Ayu jatuh cinta dengan
Shahrul. Tapi Shahrul tak senakal Geng Mat Ngek yang suka mengusik,
menyakat, membahan dan mengenakan kaum perempuan. Lebih-lebih lagi ketua
Geng Mat Ngek, Jeffry. Nakalnya… Bencinya dia melihat Jeffry.
Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada
pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Ayu terpaksa menerima Jeffry
sebagai suaminya. Perkara yang tak pernah dibayangkan terjadi dalam
hidupnya, membuatkan dia sengsara. Hubungannya dengan ibu menjadi
dingin. Terpaksa pula berhadapan dengan keluarga Jeffry yang
kacau-bilau. Argh... tertekan!
Macam manalah hidup dia selepas sebumbung dengan Jeffry? Sedangkan dia masih mengharapkan Shahrul.