Putus cinta sangat menyakitkan

Assalamualaikum..lamanya tak update blog ni..hemm..nak share something yang menyedihkan.our relationship is OVER ! sedih sangat..tak taw nak taip dah..masih dalam mood sedih..mungkin masing-masing ada salah. takpe,masa untuk cari jodoh masih panjang.enjoy dulu sekarang..kerja,kerja..ok la nak out,assalamualaikum.

p/s : yang mana ada pasangan tuh,please jaga relationship korang ok. ;')

Novel Kuli Rumah Untuk Dia

Sinopsis:-

“Ini mata ikan, dan ini hidungnya!” –Minn
“Ini hidung?” –Syak
Melihat wajah cuak Syak merenung ikan di depan mata membuat Minn ketawa bagai nak gila!
Minn Alia, seorang gadis yang berasal daripada keluarga kaya telah bercadang untuk bekerja sebagai pembantu rumah, pekerjaan yang disangka sesenang mengopek kulit kacang! Menyamar dengan identiti orang gajinya sendiri iaitu Syaminah Kadir, Minn Alia membuat tipu helah mendapatkan kerja menjadi orang gaji di Vila Cahaya, rumah Tengku Arshad sekeluarga. Di Vila Cahaya, Minn Alia belajar menjadi orang gaji sebenar. Ada Kak Nur sebagai teman, Tengku Arshad majikan yang jarang dilihat, dan Syakirul Hafiz anak majikan yang berlagak hebat sehingga membuat Minn terpening sendiri!


Kadang-kadang tingkah Minn Alia membuat Syakirul bersyak wasangka…
“Masinnya awak goreng telur ni? Apesal hitam sangat?” –Syak
“Pasal saya letak kicap lebihlah. Kan ke Encik Syak suka letak kicap dalam telur?” –Minn
Orang gaji tak reti nak masak? Lalu bagaimanakah akhir kisah mereka berdua? Mampukah Minn Alia kekal berpura-pura menjadi pembantu rumah keluarga Tengku Arshad sedangkan perasaan cinta sudah mula bersemi antara mereka?
Saat identiti Minn Alia terbongkar, mampukah Syakirul memaafkan gadis yang telah mendapat tempat di hatinya?


I was so wrong, I’m sorry. Minn Alia say sorry, is it okay?” soal Minn Alia sebak.
Kuli Rumah Untuk Dia, kisah si gadis troublemaker yang memeningkan kepala mencari kebahagiaan hakiki miliknya.
“Kalau dia cintakan Syaminah, kenapa dia tak dapat terima kau sebagai Minn Alia?” – Syuhada
For God’s sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that!” –Minn Alia
 
 
“Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman…. namun tetap takdir indah teratur agar kita bias mengutip cinta-cinta yang tersulam….”

Novel Bukan Isteri Sempurna

Sinopsis:-

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

 Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

 “Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”

The REAL reason why people take selfies on the internet?


The REAL reason why people take selfies on the internet?

Watch how a trio of bros save a very hungry friend from the ultimate internet embarrassment! For more info,click HERE

#UrMalaysianIsShowing if you're wearing one of these Chari-tees.

#UrMalaysianIsShowing if you're wearing one of these Chari-tees.

Get these oh-so-Malaysian t-shirts, cun cards & learn how to be a Malaysian here! Stand proud & proclaim your Malaysianisms! For more info,click HERE

Adibah Noor mahu kongsikan bersama perkara paling BEST yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Tahu tak servis apa yang membolehkan kita menonton filem & rancangan TV dari 5 alat yang berbeza?

Tonton filem, rancangan TV, LiveTV dan acara-acara secara 'streaming' di smartphone, tablet, laptop & PC di mana jua dan bila-bila masa! Untuk maklumat lanjut,klik DISINI .
 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.