Review Novel : Pelakon Cinta & Mr.G

Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...
Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!

“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”-  Syed Zakuan Zafran.
“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” - Tengku Marylin Myacella.
 
 
Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.

“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”-  Syed Zakuan Zafran.
“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella.

Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…

Review Novel : Bakal Isteriku,Gengsternya!


Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayya, Ilham, Faryzal dan Nazarul.
Tengku Syamrein Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika. Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui. Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati. Sanggup jadi tutor peribadi di sisi ‘Gangster Princess’ hanya kerana nak ubah perangai Bella supaya jadi Zyya.

“Awak tau tak Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak. Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain! Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!”

Mampukah Syamrein mengubah perangai Bella yang agak gengster dan menyakitkan hati itu? Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella? Bisakan Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut? Apa yang pasti, Syamrein dan Bella, bolehkah berjalan seiring?

Novel Review:Sinopsis Kekasih Halal


Sinopsis
Lutfa Shirin Mawar. Seorang gadis yang gemar mencari konklusi untuk permasalahannya dengan berfikir dan terus berfikir. Dia tahu dia perlu membuang rasa cintanya buat lelaki yang pernah dia tunggu satu masa dulu. Dan, dalam sanggup ataupun tidak, kakinya sudah terikat dengan sebuah pernikahan walaupun baginya terlampau awal untuk dia bergelar seorang isteri.

“Mama awak kata, kalau awak nak keluar dengan saya, maknanya awak setuju nak tunang dengan saya. Cuti semester nanti, kita kahwin.”

Lutfa memanglah tak nak Feroz. Tapi, seperti apa yang orang kata... tak kenal maka tak cinta, tak mengerti maknanya sebuah cinta, maka tak adalah pula rasa sayang. Membina rumah tangga atas dasar tuntutan keluarga membuatkan Lutfa jatuh cinta kepada suami sendiri. Cuma Lutfa tidak membuka mulut memberitahu dia sudah berkahwin. Orang bertanya pun, dia senyum. Kan dah letak status Married kat Facebook tu!

Jadi bila orang lain nampak Lutfa bersama Feroz (suami Lutfalah tu!), tanggapan mereka adalah Lutfa bercinta sahaja dengan Feroz. Kadang ada ke sana ke sini bersama. Bila ada nampak Lutfa tidur rumah Feroz, mulalah kata Lutfa perempuan begitu, perempuan begini. Lutfa pula bukan jenisnya buka mulut bercerita. Sebab kawan baik Lutfa dah jadi tukang cerita. Lutfa dan Feroz kekasih halal! Suami isteri!

Tapi, kalau orang dah tak percaya... Sungguh! Lutfa begitu mencintai suami yang begitu penyayang, yang menepati semua ciri-ciri lelaki yang dia pernah idam-idamkan. Namun, ada satu perkara yang dia tidak tahu.

Kecurangan si suami dalam dia tidak sedar!

Juga ada lelaki lain yang menyimpan rasa hati untuknya. Siapa Johan dalam hatinya?

Hebat tak jika kereta terbaru Proton dinamakan oleh ANDA...



Menangi kereta kompak BARU Proton. Hanya namakannya, betul ni!
Jom namakan kereta kompak baru Proton! Peluang anda untuk memenanginya & hadiah lumayan dalam peraduan ini! Sila ke Maklumat lanjut untuk mengetahui cara2nya. !



 MAKLUMAT LANJUT

Rawatan muka & makeover eksklusif PERCUMA sempena Raya.

Rawatan muka & makeover eksklusif PERCUMA sempena Raya. Macam mana nak dapat?Jangan lepaskan peluang untuk memenangi kunjungan dari mobil Fair & Lovely ke rumah anda sempena Raya ini! Anda boleh nikmati pengalaman rawatan muka dan makeover eksklusif untuk anda dan 10 rakan untuk Raya nanti. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ,sila ke SINI

7 bloglist untuk bulan Julai

Assalamualaikum.. Tadi Za nak cari bloglist baru untuk blog pink ni..target 10 peserta..tapi yang join cuma 7.. *sedihnyerr* anyway,takpe daripada takda langsung kan..tak sempat tadi nak buat ping dalam group kat fb..so,Za masukkan 7 link blog yang join tadi dalam bloglist Za untuk  bulan Julai..nak tengok?pi je kat sidebar bloglist.. * takda mood nak buat entry panjang berjela-jela bagai * daa..

p/s : esok kerja.. malasnya !! =,='

3 tahun bersama..

Assalamualaikum..Alhamdulillah..hubungan kami masih elok dan bahagia..bergaduh manja tu adat la kan..sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula kekasih hati..* dah start merapu* eh2,bukan hari ni taw anniversary kami *betul ke dak aku eja perkataan omputih tu* tapi kelmarin..tapi *berapa banyak tapi daaa* kami tak boleh spend time together2 sebab hari ni kat sungai petani hujan !! waaa... baru mengidam nak makan kek coklat ngan dia..huhu..tak dak rezeki nak buat macam mana..redha je ler..to si dia,terima kasih sepanjang 3 tahun hubungan kita,hang gembirakan aku,hang  ceriakan aku,hang perhabih duit untuk aku * ceq ni kuat kikis duit dia* ,hang bagi aku teriak * kurang asam jawa tol* ,and segala-galanya yang hang buat untuk aku..thanks b.hang la kawan baik aku and kekasih hati aku *malu pulak* sampai bila2..amin..why aku taip entry macam ni?jawapan aku,saja suka2..nak menghabiskan cuti aku hari ni..

p/s : B,hang bila baca jangan gelak taw ! * si dia selalu kata Za FAILED kalau buat entry jiwang2 ! *
 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.