Review Novel Asam Pedas Untuk Dia




Assalamualaikum..Rasa macam dah review sebelum ni..Tapi,check balik senarai novel yg dah direview rupanya belom lagi..Huhu..Meh Za nak review..Sekarang novel ni dah diapdatasi kat
TV3 kan..Best taw novel ni.. Jom baca sinopsis.. ^_^


Sinopsis
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Percubaan pertama BERJAYA






Assalamualaikum..Yes..Percubaan pertama berjaya..Alhamdulillah..Tapi ada yg kekurangan tu boleh diperbaiki lagi..Rupanya,letih jugak la nak buat roti ni..Pertama kali Za buat roti ni..Mini pizza..Chicken floss..Roti sosej..Dari timbang  sukatan,bulat-bulatkan doh..gelek..wahhhh penat sangat..Tapi best sebab dapat pengalaman baru..Lepas ni tiap2 hari kerja menguli doh dan bakar roti..Perut,bersabarlah..Bukan boleh sangat,bau roti yg menggoda tu..Yang kenyang pun boleh lapar balik..heheh..Mungkin lepas ni dah kurang sikit aktiviti berblog..Tapi,harap semangat nak update entri takkan hilang.. ^_^



2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday



Assalamualaikum..Jom ramai-ramai join giveaway ni..Klik banner kat atas..


Ucapan : " Selamat hari lahir..Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan bahagia disamping insan tersayang.."




CPUV DiGi Year End Sale




Assalamualaikum..Lama sungguh tak update pasal cpuv yang Za dapat..Kali ni dapat Cpuv DiGi Year End Sale..Cpuv yg pertama di tahun 2015..Moga-moga dapat hasil lah..Kalau nampak,klik2 yer.. Terima kasih Nuffnang



GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Siti Zawiah
instagram id :  sitizawiah95


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Hadiah Top Komen Disember 2014 Blog Suria Amanda





Assalamualaikum..Hadiah dress dari blog KAK Suria Amanda dah sampai petang kelmarin..Za dapat sebab jadi top komen bulan Disember 2014..Alhamdulillah..Cantik sangat dress ni.Za suka..Lepas ni nak kena pi cari jaket atau kardigan untuk dipadankan dengan dress ni..Terima kasih sangat-2 Kak SA... Korang jom lah jadik top komen pulak..Kita bersaing secara sihat,Insha Allah..


P/S : Dress ni panjang,tapi Za tangkap gambar tak full,tu nampak macam pendek.. ^_^



#1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA




Assalamualaikum..Hadiah dari Langkawi..Jom ramai-2 join..Klik banner.. ^_^


TARIKH PENTING

GIVEAWAY BERLANGSUNG
25/12/2014  -  25/01/2015

FULL UPDATE LIST PESERTA
12/01/2015 *Pas abis final exam, akn diupdate skit2..*
UMUM PEMENANG
27/01/2015

TARIKH POST HADIAH
06/02/2015

1st Giveaway by Mass-Naim


Syarat-syaratnya sangat simple

>> Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.

>> Wajib Like Page Pu3 Outlet 

>> Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.

>> Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "

>> Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.

>> Backlink kan URL entri anda di kotak komen dibawah entri ini.

>> Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org

>> Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.

Senarai hadiah :

** Cathy Choo 24k Active White Gold
Top Referral - 1 x Pemenang

** Shawl
3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga

** Topup RM5
2 x Pemenang Saguhati

Mari join beramai-ramai (^_^)

So, Good Luck semua =)

Segmen Bloglist By ciksepet.com




Assalamualaikum..Jom support segmen ni..Klik banner kalau nak join yer.. :)


My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin




Assalamualaikum..Jemput join..Klik banner  di atas.. ^_^ Tag KAK FD


Redeem Topup kali ke2 di WhoHAA




Assalamualaikum..Alhamdulillah dah dapat tebus points WhoHAA dengan topup Maxis Rm5.. ^_^
Tak taw apa itu WhoHAA? Boleh baca sini.. JOM DAFTAR WHOHAA Serius memang best ! Dengan jawab survey yg diorang bagi,pastu kumpul points dan tebus barang apa yg korang nak..Tak tipu..Nak daftar tak? PERCUMA .Tak perlu duit.. KLIK UNTUK DAFTAR WHOHAA . Ni link topup yg Za redeem untuk kali pertama..KLIK UNTUK BACA .



P/S : Selamat mendaftar WhoHAA dan dapat barang free :)


Review Novel Kurela Cinta Ini Bertamu



Assalamualaikum..Baru habis baca novel ni,saat untuk update di blog pink ni..Novel ni best.. ^_^


Sinopsis:
Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”

Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?



P/S : Memang best novel ni.. ^_^


Hasil penggunaan Ephyra Skin Bar




Assalamualaikum..Alhamdulillah Za diberi kesempatan untuk mencuba produk terbaru dari Ephyra iaitu Ephyra Skin Bar..Ada rezeki diantara 50 orang yang bertuah..Boleh rujuk sini..


2 kali sehari Za guna sabun ni..Setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur..Masa mula-mula guna sabun ni,kulit Za sedikit mengelupas dan jadi pedih..Bekas parut jerawat jadi merah-merah..Tawakal jelah masa guna.Dan alhamdulillah makin lama makin ok.Hasil penggunaan seperti gambar di bawah..Gambar tiada sebarang edit atau flash kamera yer..








Gambar selepas penggunaan ephyra skin bar *Za bertudung merah *



Walaupun tak hilang sepenuhnya,tapi Alhamdulillah rasa muka makin kurang jerawat.Parut-parut jerawat pun semakin pudar.Mungkin makan masa yang lama sikit untuk hilang sepenuhnya disebabkan parut lama kan..Kulit muka rasa lebih segar setiap hari dan kurang berminyak..


Epyhra Skin Bar mengandungi Glutathione , Alpha Arbutin , dan  Collagen yang sangat bagus untuk kulit muka dan keseluruhan badan..Za pun gunakan sabun ni untuk badan.Sabun ni juga boleh hilangkan bau badan kita..Dan yang paling best sabun ni sangat wangi..Sebab mengandungi pewangi aromaterapi yang mengasyikkan..


Cara penggunaan Epyhra Skin Bar ialah basahkan wajah dengan air.Kemudian gosokkan Ephyra Skin Bar pada telapak tangan,sapukan secara lembut pada seluruh muka.Urut 2-3 minit.Untuk kulit gelap/bermasalah,boleh urut lebih sikit selama 5 minit.Bilas dengan air.Untuk kesan lebih cepat,disyorkan untuk guna sabun 2-3 sehari..


Dan Za dapat kalender 2015 dari Ephyra juga..Terima kasih Ephyra.. :)



Sekiranya berminat,boleh dapatkan di link di bawah..




Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

Takoyaki?Sedap ke?




Assalamualaikum..Hai korang..Kelmarin Za dapat makan Takoyaki..Ni pun kawan yang rekemen untuk cuba..Nasib baik kena dengan tekak yang kemelayuan ni..Rasa sedap jugak lah..Apa tu takoyaki?Macam bebola je lebih kurang,tapi boleh letak isi udang,sotong,ayam,ketam..Takoyaki berasal dari Jepun,kalau tak salah la..Kalau salah,maafkan Za ye..Kedai takoyaki ni terletak di Central Square,Sungai Petani,Kedah..Kedai tako berada di tingkat 4..Sederet dengan kedai Hot & Rolls..Harga untuk 10 biji tako RM10..Berbaloi jugak lah kan..







Gambar tak berapa nak clear..Maklumlah guna handphone murah je..Terima kasih kepada my bff sebab sudi bawak dan rekemenkan makan tako..Insha Allah,boleh mai makan lagi nanti..^_^


P/S : Eh,my bff pun ada blog taw..Sudi2kan lah follow dia punya blog.. http://nurulnajihain.blogspot.com/



Tips merawat gigi yang kekuningan



Assalamualaikum..Ada yg menghadapi masalah kekuningan pada gigi?Apa yg menyebabkan gigi kuning ni?Banyak sebab sebenarnya..Malas menggosok gigi sebelum tidur yang akan menyebabkan kuman terkumpul di celah-celah gigi seterusnya mengaktifkan bakteria degil.Kedua,cara menggosok yg salah juga punca gigi tak sihat dan kekuningan.Untuk yg merokok pulak,kesan nikotin turut menjejaskan warna putih asli gigi dan menukarkannya menjadi kuning.Selain tu,penggunaan ubat gigi yg tak sepadan dengan gigi pun boleh menjadi punca masalah ni..


Jom amalkan cara tradisional memutihkan gigi..


1.KAYU SUGI
-Merawat gigi boleh dilakukan menggunakan kayu sugi atau lebih dikenali sebagai dahan dan akar phohon yg dapat digunakan untuk membersihkan gigi,gusi dan mulut.Cara ni dah dilakukan sejak zaman dulu lagi untuk menjaga kebersihan dan kekuatan gigi.Namun,syaratnya ia mestilah lembut dan terjaga kebersihannya.



2.MEMAKAI ARANG KAYU
-Arang tu hitam kan?Kalau guna tak hitam lagi ke gigi tu?Sebenarnya,arang dapat menolong memutihkan gigi.Tapi,jangan guna banyak sangat.Dan jangan guna terlebih kerap..Guna bila perlu sahaja.



3.KULIT JERUK
-Tak sangka kan?Kulit jeruk yg selama ni kita buang ja dapat merawat masalah gigi kuning..Caranya,gunakan bahagian kulit jeruk yg berwarna putih untuk gosok pada gigi.Lakukan secara teratur setiap hari dan gigi akan kembali putih.Tapi,jaga-2 untuk orang yg mempunyai gigi sensitif sebab kandungan vitamin C di dalamnya tak sepadan dengan gigi korang.


4.GUNA STRAWBERI
-Selain sedap untuk dimakan,strawberi jugak menyimpan keistimewaan yg lain.Ia dapat membantu memulihkan gigi secara semula jadi.Hanya gosokkan strawberi di gigi.



5.LEMON DAN GARAM
-Berkumur dengan jus lemon yg dicampurkan dengan setiap garam turut memberikan kesan memberangsangkan.Tapi,jangan terlalu kerap sebab garam dapat merosakkan lapisan gigi kalau diambil terlampau kerap.



6.GUNA BUAH PINANG
-Buah pinang..Kat kampung senang nak cari kan..Buah pinang ni boleh memutihkan gigi..Caranya,bakar buah pinang pastu hiris lembut sehingga menjadi halus.Kemudian,gosokkan bijinya yg telah halus ke gigi dengan menggunakan sabut pinang ataupun kain.Lakukan 2 minggu sekali dan tunggu hasilnya.Selain tu,buah pinang turut menguatkan gigi.



7.PRODUK SUSU
-Tahukah korang yg produk susu yg terjual di pasaran seperti keju dan yogurt mengandungi kalsium yg tinggi dan baik untuk membantu memulihkan gigi.Jadi,banyakkanlah minum susu untuk dapat manfaatnya.



8.GOSOK GIGI SETIAP HARI
-Cara yg terakhir,rajin mengosok gigi setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu pagi,petang dan malam sebelum tidur.Masa berus tu jangan terlalu kasar ye..



Review Novel Tolong Pikat Hatinya




Sinopsis 
ZARA dan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara pula hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada ‘hantu’ silamnya.

Mereka berjanji menjadi ‘teman tapi mesra’, tetapi tak siapa sangka, panahan cinta sudah mengena tepat di hati mereka.

Namun, cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana gadis itu hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini?

“Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu.” - Zara



P/S : Memang best.. ^_^


Follow kalau sudi




Assalamualaikum..Finally,Za ada jugak instagram..Biasa lah selalu ketinggalan..Semua dah ada,Za jugak yg lambat ada..Mai la follow kalau sudi..  Instagram : @sitizawiah95




P/S : pendek pulak entri malam ni.. heheh


Tips pilih pakaian yang betul sebelum membeli

ihsan dari pak google




Assalamualaikum..Hari ni terasa nak bagi tips pulak..So,terlahirlah entri yang diberi tajuk Tips pilih pakaian yang betul sebelum membeli...Korang pantang nampak baju cantik,pastu nak beli?Dh tak peduli apa-2?Sebelum menyesal sebab beli,mai-mai ceq nak habaq..Jemput baca..




1.SAIZ YANG BETUL
-Sebaiknya sebelum membeli,apa kata korang cuba pakai dulu.Tak semua baju yang nampak cantik selesa untuk dipakai.So,sebelum membazir,apa kata korang pastikan dulu berbaloi untuk dibeli ka dak..


2.WARNA YANG SESUAI
-Pemilihan warna pun penting taw..Cuba fikir sat,baju yang nak dibeli tu warna sesuai ka dak?Padan ka dak dengan kasut yang sedia ada?Sesuai ka dak dengan warna tudung kat rumah nanti?Semua tu patut diambil kira sebab untuk memudahkan korang gayakan baju tu bila-bila masa..


3.JENIS MATERIAL
-Kalau korang yg senang berpeluh,seeloknya pastikan dengan teliti kualiti serta jenis kain baju yg korang nak beli tu..Adakah ia jenis kain yg serap peluh atau sebaliknya.Bukan apa,takut-2 jenis kain yg tak bersesuaian menjadikan bau badan korang semakin kuat pulak..Huhuhu..


4.ZIP BERFUNGSI
-Korang kena pastikan jugak zip,kalau ada zip lah,berfungsi dengan baik atau sebaliknya.Mana nak taw kan,dok syok bergaya tapi terdedah pulak tempat yg tak sepatutnya..


5.TAK KOYAK
-Malang tak berbau..So,pastikan sebelum membeli,korang periksa betul-2 baju tu.Takkan nak beli baju yang berlubang sana sini kan?Terseksi pulak kalau pakai..Ada sesetenagh kedai pulak tak boleh pulangkan duit balik kan..So,dah rugi kat situ..



Semoga dengan apa yg Za share ni dapat manfaat untuk korang dalam memilih baju yang betul.. ^_^



Petua hilangkan lingkaran gelap bawah mata




Assalamualaikum..Mesti pernah alami lingkaran gelap  bawah mata kan?Tu tandanya mata kita lesu dan memberi kesan kepada penampilan diri sekiranya kita tidak atasi.Mata yg letih akan membuatkan wajah nampak kurang bermaya.Walaupun boleh ditutup dengan mekap,tapi hanya sementara..Jom cuba beberapa petua di bawah untuk merawat masalah ni..


1. Ambil kiub ais dan sapukan keliling mata.Urut lembut selama beberapa minit.Kalau rasa sejuk sangat,berhenti sekejap lepas tu ulang balik.Bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan sekaligus membuatkan mata menjadi lebih segar.



2.Untuk yg tak tahan sejuk,boleh letakkan tuala yg lembap dalam peti sejuk selama 30 hingga 60 minit.Ambik tuala lembap tersebut dan tekapkan pada mata.Buat beberapa kali sampai mata rasa segar.



3.Sediakan 2 hiris timun.Jangan hiris nipis sangat,ambik timun dan tekapkan pada mata selama setengah jam.Kalau nak kesan yg lebih baik,rajin2kanlah ulang buat ni beberapa kali dalam seminggu.



4.Uncang teh pun boleh guna..Ambik uncang teh yg dah digunakan kemudian tampal pada mata.Biar selama setengah jam untuk dapat kesan lebih baik.Ha nak pesan ni,kalau guna uncang teh yg dah dimasukkan gula,tolong bersihkan betul2 uncang sebab takut semut mai hurung pulak masa guna.. :P



5.Dapatkan tidur yg secukupnya.Ni penting..Sekurang2nya 6 atau 7 jam sehari.Kaedah terbaik untuk dapatkan mata lebih segar bugar dan boleh elakkan lingkaran gelap bawah mata.



6.Campurkan perahan timun dan gel daun lidah buaya pastu simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.Pastu ambik kapas muka,celupkan ke dalam campuran gel tadi dan terus sapu di bawah mata.Tunggu sampai kering baru dibilas.Ulang dua atau tiga kali seminggu untuk dapat kesan yg lebih baik..


Selamat mencuba.. ! :D


Resipi telur goreng taucu



Assalamualaikum..Fevret ni..Meh nak share resipi..Yang ni Za buat untuk 4 orang makan taw.. ^_^


Bahan-bahan :

-4 biji telur (digoreng dulu)
-Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
-sebiji bawang merah kecil 
-seulas bawang putih
-Cabai melaka 2 biji
-Sedikit halia
-Taucu



Cara-cara memasak :

1.Masukkan bawang putih,bawang merah kecik,dan halia ke dalam kuali.

2.Masukkan 2 sudu besar taucu.

3.Tambah 1 setengah cawan air untuk dijadikan kuah.

4.Apabila mendidih,masukkan bawang besar.

5.Akhir sekali masukkan telur yg dah digoreng tadi dan biar sekejap pastu boleh hidangkan.. 


P/S : Tak perlu tambahkan garam ye,sebab taucu tu dah memang masin. Selamat mencuba! :D


Menang Simple Giveaway by Bbwana Adienia




Assalamualaikum..Selamat malam...Hadiah dari Blogger Kak Wana dah selamat sampai tengah hari tadi..Alhamdulillah..Hadiah yg sebelum ni tak sampai..huhu..Tak pasti apa yg dah terjadi dengan hadiah tu..Wallahu'alam..Terima kasih Kak Wana..Sanggup hantar hadiah untuk kali yg ke-2.. Akak sponsor yg baik.. ^_^



P/S : Kak Wana ambik tempahan buat kek jugak taw..Sapa2 yg nak tempah,boleh pi kat blog dia..Kak Wana jugak rajin share resipi..


Hadiah top komen November blog Suria Amanda




Assalamualaikum..sebenarnya tak perasan entri ni masih dalam draf..Punyalah lama..Huhu..Baru berkesempatan nak publish hari ni..Za dapat beg ni dari blog kak SA a.k.a. suriamanda.blogspot.com . Top komen dalam bulan November..Za suka sangat beg ni..Terima kasih blogger SA.. :)


P/S : Dok tunggu hadiah untuk top komen bulan Disember pulak..hehe..


Resepi roti sardin gulung




Assalamualaikum..Terlebih rajin pulak nak buat roti sardin gulung ni..Dan sila abaikan bahagian yg hangit-2 dalam gambar di atas..huhu..Saat entri ni dipublish,dah habis makan sebenarnya..Mesti ramai yg dah taw macam mana nak buat roti ni..Cuma meh la Za nak share jugak resipi dalam blog pink Za ni..



Bahan-bahan yg diperlukan :

-Roti potong Gardenia
-Sardin (dihancurkan)
-Bawang besar (dipotong dadu)
-Perahan asam limau
-Cili merah (dipotong halus)
-sedikit garam
-Telur 2 biji


Cara-cara membuat :


1.Gaulkan sardin yg dihancurkan tadi dengan bawang besar yg dipotong dadu,cili merah,sedikit garam dan sedikit perahan asam limau.

2.Ambik roti,kepitkan adunan tadi bersama-sama.

3.Pecahkan telur dan asingkan di dalam satu bekas yang lain.

4.Salutkan roti tadi dengan telur.

5.Panaskan minyak dan goreng roti.

6.Angkat dan sedia dimakan..



Menang Giveaway by Kameq Deanna






Assalamualaikum..Salam jumaat..Jumaat yg pertama di tahun baru 2015..Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ni..Dan alhamdulillah jugak masih ada rezeki nak menang giveaway..Baru abang posmen hantar tadi..terus buat entri..tak sempat2 betoi..hehe..Za menang 1 naskhah buku dan Rm10..Boleh pilih cash atau secara topup.Tapi Za pilih topup je.Dan semua hadiah dah dapat..






Ni lah buku yang Za dapat..Terima kasih kepada PEMILIK BLOG KAMEQ DEANNA.. :)


First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking


Hi Blogger ,
Jom join "First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking" by http://life-of-lyene.blogspot.com/ . Tujuan segmen ni untuk tambah kawan dan tingkatkan pengunjur blog .. 
** Klik BANNER untuk join sekali :) .


Tarikh tamat segmen 21 January 2015 .

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan




Assalamualaikum..First entri di tahun 2015 dan first segmen jugak Za join..Klik banner kalau nak join ya..

Hadiah penyertaan:
1) RM30 x seorang
2) RM20 x seorang
3) RM10 x 3 orang

Keep in mind! >_<
Tempoh segmen berlangsung: 19 Dec 2014 - 19 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015
Tarikh pembayaran hadiah : Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.
 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.