“Kadangkala kita ingin
sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan
mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn,
pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang
bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah
peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang
menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya.
Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah,
Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung
terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak?
Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua
ini?!” –
Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian
Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan
segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak
akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus
diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” -
Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn
Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun
bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung
nyawanya? Mampukah Karn
menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula
yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua?
Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan
teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do
anything for her...”