5 Perilaku Peminat Anti K-pop Paling Gila

Walaupun memiliki ribuan peminat setia ataupun dipanggil 'kipas-susah-mati' (die hard fan),selebriti bergenre Korea Pop ( K-Pop) juga mempunyai peminat yg membenci mereka (anti-fans).Perilaku mereka bertindak luar batasan hingga ada kalanya membahayakan nyawa si idola. Pelbagai ragam dan muslihat dilakukan anti-fans untuk meluahkan kebencian mereka.Bermula dari laungan,jeritan caci maki dan perkataan kurang sopan hinggalah berusaha untuk meracun selebriti berkenaan,ada saja usaha mereka.Berikut disenaraikan lima selebriti K-pop yg diletakkan dalam senarai  tertinggi menghadapi situasi genting dengan anti-fans mereka.

1.Hangeng 'Super Junior'
-Bekas anggota Super Junior itu pernah dikejutkan apabila seseorang melompat ke atas panggung sambil menjerit ke arahnya menyuruh dia ke China.Dia juga pernah mendapat 'hadiah' berupa kantung kecil dipenuhi darah dan pisau tajam yg sengaja ditusuk di atas gambarnya.

2.Taecyeon '2PM'
-Kejadian ini bukannya dilakukan peminat yg membencinya tetapi peminat fanatik Taecyeon sendiri.Dia pernah menerima surat yang ''Kamu tak akan boleh hidup tanpaku" .Apa yg mengerikan apabila ia ditulis menggunkan darah haid.Lebih gila apabila peminat itu turut memberi pembalut tuala wanita untuk membuktikan keaslian darah terbabit.

3.Yoon Eun Hye
-Entah mengapa,si cantik bekas anggota Baby V.O.X dan pelakon Yoon Eun Hye mempunyai ramai anti-fans.Dia pernah diserang menggunakan pistol air yg diisi kicap dan cuka.Disebabkan insiden itu,dia terpaksa dibawa ke hospital kerana cecair terbabit tepat mengenai matanya.Difahamkan,kornea mata Eun Hye rosak sementara sebelum diubati.

4.Yunho 'TYXQ'
-Yunho juga pernah terancam nyawanya pada 2006 gara-gara perbuatan anti-fans.Dia meminum jus dalam botol yg sudah dicampur dengan 'lem super' iaitu gam yg kuat.Disebabkan itu,dia muntah darah dan dikejarkan ke hospital.Heechul daripada 'Super Junior' pula membela Yunho di media sosial turut mendapat ancaman hingga dia terpaksa berdiam diri.Namun akhirnya si pesalah itu berjaya ditangkap.

5.Jay Park
-Jay Park pernah mendapat ancaman ketika dia masih menjadi ketua dalam kumpulan 2PM pada 2009.Anti-fans berjaya menemui status lama di akaun Myspace milik Jay Park yg bertulis "Orang Korea adalah Gay.Saya benci mereka" (Korea is gay.I hate Koreans).Kenyataan yg ditulis pada 2005 itu menjadi senjata bagi anti-fans lain hingga membuatkan lebih 3,000 orang menandatangi petisyen bertajuk "Jaebum Should Commit Suicide" agar Jay membunuh diri.Akhirnya,Jay kembali ke Amerika Syarikat selain memutuskan untuk keluar daripada 2PM.


P/S : Jangan terlampau obses,Jangan terlampau membenci.

1 comment:

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.