Tips Pilih Jam Tangan



Assalamualaikum..nak pilih jam tangan pun kena ada tips taw..Tersalah pilih,tak dapat nak undur balik..jom baca tips yg Za nak kongsikan dengan korang..


1.BERSESUAIAN DENGAN GAYA HIDUP
-Jika kita lihat kini,terdapat pelbagai jam tangan murah dijual di kedai-kedai biasa.Maka pilihlah jam tangan yg bersesuaian dengan kerjaya korang.Sekiranya rutin harian korang lebih kepada 'business casual',maka jam tangan kasual sesuai untuk korang.Namun,jika korang seorang eksekutif yg kerap menghadiri majlis,maka 'dress watch' pilihan terbaik.

2.PASTIKAN DUIT CUKUP
-Sebelum membeli jam tangan,pastikan bajet mencukupi untuk membeli yg berjenama besar.Namun,jangan bimbang.Ada saja jam berharga RM10 yg dijual di pusat membeli-belah.Asalkan dapat tahu kedudukan masa dan murah.

3.KRITERIA JAM
-Memilih jam bukan sekadar untuk melihat masa saja.Tapi harus tahu berkaitan faktor lain.Pilihlah jam tangan mengikut kriteria yg korang cari.Kemudian baru beli.

4.RUJUK MAJALAH
-Sekiranya korang tak tahu membuat pilihan bagi memilih jenama jam yg terbaik,buat rujukan pada majalah atau internet bagi menjimatkan masa untuk mendapatkannya di gedung membeli-belah nanti.

5.BATERI
-Adalah penting untuk mengetahui jangka hayat jam yg mahu dibeli.Biasanya jam tahan lama boleh membantu korang lebih berjimat kerana korang tak perlu membeli banyak jam setiap kali rosak.Misalnya,jam yg banyak dijual di pasar malam cepat rosak dan akan membuatkan korang kerap membeli jam lagi.

6.BERKAITAN KUALITI
-Jam tiruan banyak terdapat di pasaran.Sebaiknya korang membeli jam di syarikat atau pengedar yg sah.Jika berkemampuan,pilihlah satu jam berjenama terkenal dan boleh tahan lama.


1 comment:

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.