SINOPSIS :
"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah
pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat
dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak
pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.
Di
sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza
mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya
mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat.
Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu
nekad bertukar sekolah.
Setelah bertahun lamanya masa berlalu....
Ainnur
bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi
ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar
surat.
Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya
itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu
dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban
jiwa dan raga.
Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.
pernah nampak novel ni kat kedai. tapi tak beli pula. Btw, cerita ni dah dijadikan drama :)
ReplyDeleteJemput join
http://madihahdaisy.blogspot.com/2014/01/1st-anniversary-giveaway-by-madihah.html